Jas duit

Jasduit - Just do it !

Saturday, August 27, 2011

Beli Baju Raya Di Jalan TAR

  Mat Bihi       Saturday, August 27, 2011
Hampir semua para Ustaz yang memberikan tazkirah sepanjang ramada sejak dua tiga tahun lepas akan mengingatkan para jemaah bagaimana surau serta masjid akan kekosongan selepas masuknya fasa ketiga puasa iaitu sepanjang 10 hari terakhir puasa.

Kebanyakan daripada mereka meletakkan punca berlaku perkara tersebut disebabkan oleh orang ramai mula sibuk untuk menyediakan barangan bagi menyambut aidilfitri dengan bershopping pada waktu malam di pusat-pusat membeli belah.


Saya rasa tak ramai daripada mereka yang memang jemaah regular yang akan berbuat begitu. Malah mereka yang benar-benar nak beribadah sepanjang ramadan akan sentiasa memastikan mereka berada di surau sepanjang malam ramadan.

Cuma mereka yang memang tak nak ke surau sahaja yang tak perduli samada ramada atau tidak. Mereka biasanya ke surau pada awal ramada kerana nak ambil feel ramada tu dengan bertarawih, kemudia rasa semangat itu akan pudar dan akhirnya mereka hanya akan lepak dirumah atau melepak di kedai mainum bersama rakan.

Tahun ni kebetulan pada awal ramadan ada free sikit masa siang. Jadi ambil kesempatan ini untuk beli baju raya anak-anak awal di Jalan TAR. Walaupun awal orang ramai dah mula membeli kelengkapan raya di jalan TAR ini.



Mana-mana saja fikir nak main



Dah bosan !
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Beli Baju Raya Di Jalan TAR

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment