Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, August 18, 2011

Usrah Halal Market, Shah Alam - Hanya Barangan Muslim Halal

  Mohd Shubhi       Thursday, August 18, 2011
Jika anda mahu mendapatkan bekalan makanan kering yang dijamin halal dan dibuat oleh orang Islam, anda boleh dapatkannya di kedai Usrah Halal Market yang terletak di Seksyen 3 Shah Alam. Lokasinya adalah di bawah bangunan perniagaan kepunyaan MAIS di seksyen 3 tersebut.

Saya mengenali tuan punya kedai itu dan menjamin orangnya memang amat menitik beratkan barangan jualannya hanya dibuat oleh orang Islam dan menepati syarat-syarat yang dituntut syarak.





Bersih dan kemas
Sekarang ini terdapat bekalan daging rusa, daging burung puyuh, daging ayam organik yang sedang dijual dengan harga yang berpatutan. Jika anda teringin rasa burung puyuh yang sudah diproses hanya menanti untuk disalut kunyit dan digoreng, boleh dapatkannya di sana.

Terdapat juga murtabak yang sungguh sedap dijual dengan harga RM15 sekeping. Ia merupakan murtabak yang dibekukan dan anda hanya perlu memasaknya sebelum dijadikan hidangan berbuka puasa.

Kalau anda mahukan steak atau lamb chop dan lain-lai yang seumpama dengannya, juga da dijual. Ia amat mudah disiapkan hanya perlu dimasak atas kuali dan panaskan sos yang tersedia untuk di makan sebagai hidangan berbuka.

Untuk sebarang pertanyaan hubungi En Zabidi 013-2917012



Pekerja membungkus barangan



Barangan dari timur tengah juga banyak dijual di sini


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Usrah Halal Market, Shah Alam - Hanya Barangan Muslim Halal

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !