Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, September 8, 2011

Bahas Qada & Qadar - Komen Pembaca Yang Menarik !

  Mohd Shubhi       Thursday, September 8, 2011
Tambahan terkini:
 Sila rujuk Kitab Akidah Ahli Sunnah Wal Jama'ah karangan bekas mufti Sabah Haji Said Haji Ibrahim dalam Fasal 15 bertajuk 'Beriman pada Qada & Qadar' yang menerangkan konsep ini dengan jelas dan jitu terutamanya dalam bab usaha dan juga ketentuan Allah.


Kitab tersebut di atas amat popular diajar di serata Masjid di negara kita sebagai sumber rujukan dalam bab Aqidah. Boleh didapati dalam tulisan rumi dan juga tulisan jawi. Bagi yang belum memilikinya dapatkan segera sebagai koleksi buat dibaca dan menjadi rujukan. Saya membeli dan menadah kitab tersebut daripada Al-Fadhil Al-Ustaz Dr Rahmat pensyarah UIA.


Terutamanya kepada yang mentafsir konsep Qada & Qadar mengikut kepandaian akal logik kepala otak mereka sendiri dibawah ini amat dialu-alukan membelinya dan carilah guru yang boleh mengajarnya. Wallahu'alam. 


Nampaknya ramai juga yang terpanggil untuk membahaskan konsep Qada & Qadar terhadap apa yang berlaku di Somalia...sila baca komen-komen di bawah sebagai aktiviti renungan kita bersama:






Anonymous said...
Salam Subhi, 


Saya merasakankan tulisan anda yang mengelirukan. Sebab itu timbul komen2 yang agak keras. Cuba lihat tuisan anda yang kedua, tiada siapa pun akan membantah kerana jelas.
RUMPUT HIJAU said...Salam Tuan Subhi,


Semasa mengikuti Kursus Pertolongan Cemas beberapa tahun lalu, saya dan juga peserta kursus telah diingatkan berkali-kali supaya memastikan keselamatan diri sendiri terlebih dahulu sebelum memberi pertolongan kepada mangsa.Pada saya prosedur ini perlu dipatuhi apatah lagi dalam misi menghulur bantuan kemanusiaan di negara yang sedang bergolak seperti di Somalia contohnya.
Cuma diharapkan agar gara-gara mahu mencari populariti peribadi,individu berkenaan tidak meremehkan kepentingan dan keselamatan diri serta ahli rombongan yang turut serta pada masa akan datang.
Mohd Shubhi said...Salam semua,
Yang sudah berlaku kita redha, yang sedang berlaku kita tawakkal dan yang belum berlaku kita ikhtiar...kan mudah
Anonymous said...Ust.Ismail kamus pernah kata orang Melayu ni banyak sangat kalau, lama-lama akan tumbuh pokok kalau.


Tapi tujuan UMNO yang cari publisiti murah tu memang keterlaluan. Segala benda yang berlaku ada hikmahnya.
Anonymous said...pegangan kamu tu salah subhi. terkeluar dari landasan aqidah ahli sunnah wal-jamaah.


"Bukankah dalam akidah ahli sunnah wal jamaah, usaha tidak memberikan bekas...habis kenapa berusaha?...kerana itu suruhan Tuhan, bukan dengan usaha itu pasti memberikan kejayaan..."


awak gagal memahami perbezaan di antara syariat dan hakikat.


memang usaha tidak memberi bekas tetapi Allah telah menciptakan peraturan yang dinamakan "sunatullah". Pisau melukai, api membakar. Sekalipun Allah boleh mengubahnya tetapi Allah berfirman "Kamu tidak akan dapati perubahan di dalam sunnatullah itu". 


Bodoh tak bertempat. Belajar agama tak habis sebenarnya awak ni.
pemerhati said...saya bersetuju sgt dengan anon 9:55 di atas.


SUNNATULLAH - itulah Qada dan Qadar, penetapan Allah sejak azali lagi.


Mengapakah agaknya Allah mengkisahkan banyak perkara di dalam Al-Quran? Supaya ambil pelajaran darinya, supaya jgn ulangi kesilapan, supaya jadikan "perkara sejarah" itu sebagai guru. Bukan untuk penglipur lara dan berserah kepada taqdir semata-mata sekalipun semua umat Islam diwajibkan beriman kepada Qada dan Qadar.


Seperti contoh kekalahan di dalam Perang Uhud. Memang ia taqdir. Tetapi apakah kegunaan Allah ceritakan kisah itu dengan begitu indah di dalam Al-Quran? Supaya kita ambil iktibar, supaya kita jangan menjadi seperti umat terdahulu yg tak ikut arahan Nabi.


Samalah seperti kes Noramfaizul di Somalia. Mengapa ia berlaku? Saja-sajakah Allah lakukannya? Maha suci Allah, dan setiap seuatu itu ada hikmahNya, Allah tidak lakukan seuatu itu sia-sia.


Pihak berkenaan perlu ambil iktibar, terutama dari sudut keselamatan dan latihan. Jangan jadikan publiisiti sebagai tumpuan.


Amat malang sekali apabila ada umat Islam yang tak ambil pelajaran daripada apa yang Allah kurniakan.
Anonymous said...mohd subhi said:


Yang sudah berlaku kita redha, yang sedang berlaku kita tawakkal dan yang belum berlaku kita ikhtiar...kan mudah


iblis yg mengajar kamu begitu supaya jadi umat yg lesu.


yg berlaku jadikan iktibar (pengajaran) - itulah pengertian redha. redha bukan sekadar mengetahuinya dan berdiam diri.
Mohd Shubhi said...Kat mana saya kata kita kita kena berdiam diri....?


dari mana kita belajar untuk ikhtiar berusaha buat pedoman masa depan, tentulah dari sunatullah.


Siapa percaya bahawa api membakar, pisau melukai, peluru mematikan...salah benar orang itu..hanya Allah kuasa mutlak memebenarkan apa yang berlaku.


Tak terbakar jika bukan izin Allah, tak terpotong jika bukan izin Allah, tak tembus peluru juga jika bukan Izin Allah.


Apa terbakarkah Ibrahim di dalam Api yang menyala? tidak !


Namun kembali kepada hukum sunatullah kita mabil iktibar, sebagaimana banyak iktibar dalam semua kejadian lain.


Bacalah makna dalam ayat seribu dinar...anda akan faham makna sunatullah yang disuruh kita mengambil iktibar dari segala kejadian sesuatu.


Walau bagaimanapun usaha tetap tidak memberikan bekas, melainkan dengan izin Allah, wallahu'alam.


Kepada semua yang saya komen dengan agak kasar, saya mohon maaf. Memang kita disuruh belajar agama sehingga ke liang lahad, maknanya ilmu Allah yang kita belajar tak akan habis. Sekian.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bahas Qada & Qadar - Komen Pembaca Yang Menarik !

Previous
« Prev Post

10 comments:

  1. keras kepala puak yg jumud macam mohd subhi ini... tanda keras hatinya... zulmat.

    kes nabi ibrahim tidak terbakar oleh api itu mukjizat. tanda kekuasaan Allah. tetapi sunnatullah menyatakan api itu membakar - itu tidak berubah.

    jgn layan saja dia (mohd subhi) ni. tulis macam org pandai agama tetapi malangnya .. pembawaan sesat di dalam ilmu tauhid.

    ReplyDelete
  2. anon 11.23,
    mukjizat itu hanya terma, para rasul kita namakan mukjizat, orang soleh kita namakan karamah, orang sesat kita namakan istidraj, pokoknya perkara luar adat tetap berlaku, tidak semestinya hanya pada para rasul...

    memang Allah Maha Berkuasa...tapi mengatakan api mutlak membakar...silap tu!

    Takkan perkara meyakini kuasa mutlak Allah itu kena pandai agama...itu asas saja...kat mana sesatnya?

    ReplyDelete
  3. itu aku dah kata tadi subhi ni tak tahu bezakan ilmu hakikat dengan syariat. habis dicampurgaulkan semuanya macam Hallaj...

    memanglah semua dengan izin Allah. Malah jika ikut kaum Jabariah, manusia tak ada kuasa apa-apa, semua dah tercatat, hidup ibarat layang-layang, redha saja, dah taqdir.

    org sebegini menyesatkan umat.

    pergilah join Kelab Putera 1 Malaysia tuh kalau dah nak bela sgt mereka tuh. memang sesuai pegangan awak yg sesat dengan mereka. kena redha kematian noramfaizul. tak perlu amik iktibar, tak perlu siasat kenapa berlaku dan tak perlu salahkan ketiadaan langkah keselamatan dan latihan pihak penganjur.

    ReplyDelete
  4. ohhh patutlah pakat marah...sebab tuduh saya bela mamak Azeez.

    Kalau macam tu elok kita tutup saja perbahasan ni...tak lalu saya dituduh bela puak macam tu...

    tamat cerita.

    ReplyDelete
  5. mohd subhi tulis:

    memang Allah Maha Berkuasa...tapi mengatakan api mutlak membakar...silap tu!

    siapa yg kata api mutlak membakar? kamu saja mengandaikan kami berkata demikian.

    itu sunnatullah - apa yg ditetapkan Allah ... faham tak apa maksud sunnatullah? ertinya Allah Yang Maha Berkuasa menetapkan hukum itu ke atas api iaitu "membakar" walaupun bukan wajib api itu membakar. sifat baharu adalah harus - harus ada dan harus tiada.

    kalau nak uji sunnatullah, cuba pergi potong tangan kamu dengan pisau, tengok luka ke tidak.

    beum layak kamu nak tunjuk lagak jika tauhid kamu belum lagi membuktikan pisau itu tidak melukakan tangan kamu....

    alangkan Rasulullah saw sendiri berdarah pipinya di Perang Uhud... sedangkan Rasulullah itu guru tauhid. takkanlah Rasulullah x tahu pedang musuh itu tak mendtgkn bekas... tetapi adalah kerana itulah sunnatullah - sesuatu keketapan Allah yg tidak berubah.

    ReplyDelete
  6. Anon 11.44,
    betul tu, ia hanya perkara harus, jadi pun logik tak jadi pun lojik.

    Suruh orang pi tadah tangan kat pisau untuk dikerat, itu kerja tak bijak...jangan campakkan diri anda pada kebinasaan dengan sengaja.

    ReplyDelete
  7. "Suruh orang pi tadah tangan kat pisau untuk dikerat, itu kerja tak bijak...jangan campakkan diri anda pada kebinasaan dengan sengaja."

    tahu pulak?

    kata tak memberi bekas?

    pergi ke Somalia tanpa pakai baju kalis peluru itulah ertinya "campakkan diri anda pada kebinasaan dengan sengaja"!

    ReplyDelete
  8. yang sesat akan sentiasa bersua dan bersama yg sesat adanya...

    dlm kes ini yg sesat dalam ilmu tauhid (mohd subhi) akan sentiasa bersama dgn puak Azeez yg sesat dari kelan Putera UMNO tu walaupun subhi mengaku dia org pas.

    ReplyDelete
  9. I have been reading the comments and reply mostly between Anonymous and Shubi. I think Anonymous has gone out of context. There is too much assumption being made and mis interpretation on some of the Shubh's statements. I think it best just to stop commenting......

    ReplyDelete
  10. Madani,
    Setuju sangat...ada pihak yang sengaja mahu mencelarukan fikiran orang.
    Thanks

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !