Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, September 8, 2011

Berlayar Naik Kapal Nelayan Laut Dalam - 2

  Mohd Shubhi       Thursday, September 8, 2011
Bot marin singgah ke kapal

Hari ini 6hb Mac 2011, hari kedua pelayaran dimulakan dengan kejutan azan subuh dari corong pembesar suara kapal. Saya bergegas bangun mencapai berus dan ubat gigi ke bilik air. Masih ada yang menunggu giliran masuk ke tandas dan juga bilik mandi manakala ramai yang sudah sedia di hamparan tikar sembahyang.

Pemandangan kapal waktu malam dari luar
Solat subuh ditunaikan bersama sebahagian dari anak kapal sementara masih ada yang baru sedang mandi dan masih ada juga yang masih tidur. Selesai solat saya lepak di tempat di pantry bancuh dan minum Nescafe, mengunyah biskut kering sambil menonton tv.
Susana dalam rumah kemudi
Cahaya sudah mula terang melalui tingkap bulat kapal. Saya bangun mengambil kemera untuk melihat diluar apa yang boleh dirakamkan. Khairul, kawan saya dah lama berada di atas dek bersama kameranya. Kali pertama hari ini saya melihat ikan lumba-lumba melompat dan menyelam tak jauh dari kapal.

Minum dengan geng penang di bandar hilir
Sukat untuk menrakamkan ikan tersebut yang tak boleh dijangkakan dimana ia akan muncul.  Sempat juga saya tembak beberapa pemandangan menarik sebelum terasa lapar dan turun semula ke dapur. Ada sarapan pulut dimakan dengan kelapa parut dan ikan kering telah tersedia untuk dimakan.

Mula bergerak meninggalkan bandar hilir
Habis makan naik semula ke dek bersama buku interlock karangan Abdullah Hussain, sasterawan Negara yang menjadi kontroversi bangang baru-baru ini. Bagus juga jadi begitu, kalau tak saya tak akan beli dan baca buku tersebut. Memang menarik ceritanya dan patut dibaca oleh semua rakyat Malaysia, nanti akan saya cerita berkenaan buku tersebut bila ada kesempatan.
Pemandangan petang
Kapal telah memulakan pelayarannya sejak pukul 7 tadi menuju ke Tanjung Piai. Dari Bandar Hilir kapal berlayar menyelusuri jalan biasa malalui Johor. Di sebelah kiri kapal kelihatan tanah darat sayup-sayup dari jauh dalam 10 km dari kapal manakala di sebelah kanan pula adalah jalan utama perkapalan. Kelihatan banyak kapal-kapal besar berlayar perlahan.

Ikan Tuna Sirip Kuning, mahal harganya ni !
 Kapal yang bersebelahan kami menuju kea rah Melaka, manakala yang sebelah sana menuju kea rah Johor. Ia adalah lebihraya utama perairan antara bangsa yang 2 hala sebelah menyebelah. Dari jauh Nampak macam kapal tidak bergerak. Tapi sebenarnya mereka bergerak agak laju, menuju ke destinasi masing-masing. Demikian yang diterangkan oleh kapten yang duduk atas kerusi bersama saya di atas dek.

Nelayan




logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Berlayar Naik Kapal Nelayan Laut Dalam - 2

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !