Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, May 2, 2014

Rakyat tak bantu kereta Proton

  Mat Bihi       Friday, May 2, 2014
Rakyat tak support kereta Proton

Pengerusi Proton baru-baru ini meluahkan rasa menyampahnya pada rakyat Malaysia. Katanya rakyat tak bantu support kereta Proton. Sebab itu mereka menghadapi kesukaran untuk meningkatkan hasil jualan kereta proton samada di dalam negara maupun di luar negara.

Jumlah jualan kereta proton menurun sedikit pada tahun 2013. Proton menguasai pasaran penjualan kereta sebanyak 21.2% daripada keseluruhan pasaran kenderaan di negara kita pada tahun 2013.

Jumlah tersebut mencatatkan penurunan berbanding tahun 2012 di mana Proton menguasai sebanyak 22.5% daripada keseluruhan pasaran kenderaan. Pada tahun 2011 pula Proton menguasai pasaran sebanyak 25.9% di negara kita.

Daripada data di atas nampaknya memang Proton sedang menghadapi aliran penurunan dari segi penguasaan pasaran sejak tahun 2011. Jumlah penjualan kereta proton semakin lama semakin kurang dan tidak mustahil jumlah penjualan kereta proton pada tahun 2014 ini akan turun lebih banyak lagi.
Rakyat tak support kereta Proton

Betulkah rakyat tak bantu proton

Penurunan hasil jualan kereta proton samada di dalam dan juga di luar negara di lihat sebagai akibat daripada sikap rakyat yang tak support kereta nasional. Selain daripada itu, persaingan daripada kenderaan luar negara yang membanjiri negara juga dilihat sebagai satu lagi sebab penjualan kereta proton menurun.

Logiknya memang ada, kalau kerajaan membenarkan apa saja jenis kenderaan dari luar negara masuk ke negara kita, ia menjadi satu bebanan kepada Proton kerana rakyat mempunyai lebih banyak pilihan selain daripada kereta proton.

Tambahan pula jika harga yang ditawarkan oleh kenderaan buatan luar negara lebih kurang sama saja berbanding kereta proton, ataupun lebih tinggi sedikit. Harga yang lebih mahal jika diikuti oleh kualiti yang amat berbaloi mempunyai dorongan kuat untuk rakyat melupakan kereta Proton.

Namun begitu, jumlah penguasaan pasaran yang melebihi 20% daripada keseluruhan pasaran kenderaan di negara kita sebenarnya amat tinggi. Kalau nak dikatakan rakyat tak bantu support kereta proton, rasanya agak tersasar. Apatah lagi nak salahkan rakyat tak bantu support proton apabila hasil jualan kereta proton menurun, rasanya memang tak patut sangat.

Bukan rakyat tak bantu support kereta proton, lalu tak membelinya. Malah rakyat rata-rata menggunakan kereta proton di mana-mana saja pelusuk negara kita. Jumlah kereta proton memang banyak di atas jalan raya dan tutup sebelah matapun kita boleh lihat fenomena itu sebab modelnya macam itu juga tak ada perubahan besar yang berlaku.

Cumanya sebahagian besar rakyat sokong untuk beli kereta proton secara terpaksa akibat kekangan masalah kewangan. Kereta protonlah saja yang mampu mereka beli kalau nak merasa kereta baru. Jadi ramailah yang menggunakan kereta proton.
Rakyat tak support kereta Proton

Mensia-siakan sokongan rakyat selama ini

Sejak daripada tahun 1983, rakyat memang bantu support kereta proton. Sokongan rakyat dari dulu sampai sekarang memang ada. Kalau tidak tak ada kereta proton yang begitu banyak di jalan raya dan juga yang tersadai di sebelah jalan raya.

Malangnya proton nampaknya macam tak ambil kesempatan untuk mempamerkan kualiti yang diharapkan oleh rakyat yang telah menggunakannya sejak sekian lama. Takkan nak kata rakyat penipu, pengguna sendiri yang menyebarkan pengalaman mereka di seluruh negara bagaimana pengalaman mereka menggunakan kereta proton.
Rakyat tak support kereta Proton

Bayangkan kesempatan diambil untuk membuktikan bahawa kereta buatan negara mereka bernilai tinggi daripada harga yang ditawarkan kepada pengguna yang selama ini menggunakannya. Sudah tentu rakyat akan sebarkan pengalaman menarik dan membanggakan terhadap kereta negaranya sendiri.

Maknanya Proton telah mensia-siakan peluang puluhan tahun selama ini yang diberikan oleh rakyat Malaysia terhadap mereka. Wang yang proton kumpulkan berbillion-billion sampai boleh bina kilang plant mereka sendiri di Tanjung Malim. Dari mana datangnya wang sebanyak itu?.

Malah Proton juga membazirkan wang begitu saja membeli teknologi pembuatan motosikal untuk dijual kemudiannya dengan hara yang amat merugikan negara. Dari mana datangnya semua jumlah wang yang dikumpulkan tersebut kalau bukan daripada sokongan rakyat?

Tun Mahathir juga menyampah pada rakyat yang tak sokong Proton.Katanya proton buat kenderaan dari A sampai Z berbanding Perodua yang hanya buat aktiviti pemasangan kenderaan dari Jepun dan dijual semula pada rakyat. Perodua, kata Tun Mahathir adalah salah satu punca yang membuatkan Proton merosot.

Patutlah Protonpun melakukan cara yang sama macam Perodua. Ambil kereta Honda Accord, tukar logo di depannya dengan lambang bulan bintang, dan di namakan sebagai Perdana atau lebih tepat lagi Pronda (Gabungan antara Proton dan Honda).
Rakyat tak support kereta Proton

Memang panjang kalau nak dituliskan pasal Proton ni. Satu bukupun mungkin tak cukup. Apa kata anda pula berikan pendapat tentang tuduhan yang kononnya rakyat tak bantu kereta proton. Berikan komen anda di ruang komen di bawah.
logoblog

Thanks for reading Rakyat tak bantu kereta Proton

Previous
« Prev Post

45 comments:

  1. 'support' tu apa eh? 'menyokong' ke dalam bahasa melayu? Entahlah...mungkin pokok kut...tapi 'plant' tu? Aha...yg itu pasti pokok .....hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. support tu orang kampung saya panggil sokong. Plant pulak pekerja kilang kat kampung saya panggil untuk kilang...haha

      Delete
  2. Jika kualiti dan ciri2 keselamatan kereta proton adalah setanding BMW, berapa harga Proton nak jual keretanya kepada rakyat Malaysia?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tentu dengan harga BMW tanpa cukai merapu...atau lebih murah sebab kualiti sebegitu boleh masuk seluruh pasaran dunia, jadi ada volume permintaan yang banyak dan dapat jimatkan kos pengeluaran...bla-bla...

      Delete
    2. selalu sangat dengar alasan harga, bila proton macam sengaja keluarkan produk rendah kualiti dan kurang ciri keselamatan. ceh! serupa jual buah epal busuk dengan separuh harga kat orang miskin...

      Delete
    3. banyak kali juga terkena beli buah macam tu...akhirnya semua masuk bakul, tobat tak mau beli buah macam tu lagi kat pasar malam...! membazir kan wang

      Delete
  3. Tokey kek raub kata : 2+2=5 Hehehe.

    ReplyDelete
  4. Kalo tak suka kereta Proton, sila keluar dari negara ini!!

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. Kesian Formula, jawapan yang kurang matang dan mengulangi skrip menteri :-) yang tidak mempunyai hujah yang bernas

    ReplyDelete
  7. 1st car saya Nissan Livina...sebelum tu Toyota... Skrg beli Saga sbg 2nd car... Saya tetap sokong Proton. Tapi bab kualiti dan keselamatan Saya pilih Nissan dan Toyota...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai lagi yang sokong proton sebenarnya...samada secara terpaksa atau rela

      Delete
  8. tobat taknak proton. bg free pun tak mau.. dah pernah guna dulu macam macam hal.
    serbis mahal spare part mahal.
    oranng kt serbis center kukan main eksen pulaktu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam dah alami pengalaman ngeri nampaknya...!

      Delete
  9. tobat taknak proton. bg free pun tak mau.. dah pernah guna dulu macam macam hal.
    serbis mahal spare part mahal.
    oranng kt serbis center kukan main eksen pulaktu.

    ReplyDelete

  10. Proton sanggup mengeluarkan perbelanjaan yg besar, untuk menaja beberapa event. Bukankah lebih baik wang itu dipulangkan kpd pembeli keluaran Proton dlm bentuk kualiti kereta dan tambahan aksesori yg lain? Termasuklah juga sebagai insentif untuk pekerja dlm menghasilkan keluaran bermutu. Ini tidak, ibaratnya pembeli membayar RM50,000 untuk sebuah kereta bernilai dipasaran RM42,000 dan wang RM8,000 untuk penajaan event. Pada harga RM 42,000 itu pula, ia telah pun termasuk keuntungan kira2 RM5,000 mana aci kalau macam ni? Dlm hal penajaan ini, rasanya Produa tidak melibatkan diri secara aktif untuk menaja mana2 event. Itulah sebabnya keluaran Produa lebih murah tapi bermutu berbanding Proton.
    Untuk makluman, sebahagian drp komponen Proton dihasilkan oleh Produa di Rawang, jangan terkejut pula! Jika tidak percaya, silalah siasat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tak buat cam tu takut orang tak kenal dan tak beli kereta proton pulak...mungkin?

      Delete
  11. Ramai yang komen tentang Proton tentang kualiti yang tak berapa bagus. Cuba tingkatkan kualiti dan design kereta kasi cun. hehe, Proton sebenarnya boleh berjaya. Hyundai dinegara sendiri pun tak dapat sambutan tapi diluar negara mendapat sambutan yang hangat. Pandai-pandailah proton cuba memikirkan jalan penyelesaian untuk meningkat penjualan Kereta PROTON.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak tu, kena usaha yakinkan pengguna yang tak semstinya pengguna Malaysia saja...idea yang bernas!

      Delete

  12. Bukan x sokong...dr perdana aku tukar waja..mcm2 masalah ada pd kete. Service on time bwk x la laju x cecah pun 150km. Masalah tetap ada. Bukan nak rendahkan proton...tpi kualiti mmg kurang. Vendor yg supply part kt proton mmg lower gred terutama part plastik pd kete. Sbb nk byk kurangkn kos. Kete perdana v6 aku gearbox dua kali prob. Engine shutdown tgh drive skali thun ke 2 pakai. Waja aku power window depan belakang rosak. Dua yg kiri tukar frame besi. Yg lama frame plastik, roller cable plastik, cable je dawai besi. Roller hancur cable terbelit window jammed kt tgh2. Yg frame besi ni je bru ok..x pakai cable...pakai frame gear.Handle door plak byk kali patah. Material plastik low qualiti. Byk lagi prob mls nk story sini cukup la 2 tu. Honda, toyota, nissan, bmw dan mcm2 lg brand kete produce kete full spec full quality utk pasaran tempatan negara dorang. Eksport plak x full spec. Tgok honda sbgai contoh..kita dpt spec cap ayam je. Kalu nak pg halfcut ada la brg nk upgrade. Kalu byk duit bli yg recond. Tpi tax x msuk akal. Cuba tgok honda odyssey rb1 absolute sbgai contoh...harga x termasuk tax lebih kurang proton exora. Design menarik..dlman kemas dan high spec.Tpi proton produce...design yg mcm outdate...cuba compare proton exora pasaran malaysia dgn honda odyssey pasaran jepun dua2 mpv cuma cc berbeza. Nmpak x? Kalu exora msuk pasaran jepun nmpk x kuasa beli brand proton di sana? Apapun proton seharusnya menitik beratkan soal quality dr segi design dn alat ganti. Pentingkn pasaran tmpatan dahulu. Jgn yg ekspot je diberi perhatian quality lebih. Aku x pandang rendah kebolehan proton tpi segi kejuteraan design dr proton mmg x mmberasangkan sejak proton di tubuhkan. Yg paling failed model kotak mancis ada yg panggil jamban...ramai yg tau model ni.Buat masa ni aku beralih pada brand lain yg low maintainance dn x penah prob dh pun msuk tahun ke 5 pakai dn minyak pun jimat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Proton macam tak sedar orang ramai boleh bandingkan keadaan kereta mereka dengan kereta keluaran lain...rasanya mereka sendri tahu, tapi tak mampu nak ubah?

      Delete
  13. Harga kereta proton terpakai jatuh teruk sangat, harap proton dapat perkenalkan semula pembelian balik kereta proton lama dengan rebet lebih tinggi untuk beli proton baru. Pembeli puashati dan perniagaan proton berterusan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Elok juga tu, hanya pengeluar proton saja yang sanggup beli semula proton second hand...

      Delete
  14. Bukan tak mau beli, tapi quality ellek....resale value ellek....harga ellek....kalau berkualiti sape tak bangga memiliki keta keluaran sendiri...tgk cam korea....tapi nanti org proton gaji ratus ribu cakap...lu sape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya jugak tu. Kalau rupa tak ada, gemuk gedempul, hartapun elek, perangai pulak macam setan, apa lagi daya tarikan nak diharapkan...

      Delete
  15. Sebenarnya kalau nak diikutkan, rakyat Malaysia telah banyak menyumbang kepada negara dalam isu kereta ni.

    Cukai kereta kita adalah yang tertinggi di dunia. Jika dilihatkan keperluan, kita sebenarnya tidak patut mengenakan cukai kereta yang tinggi. Ini kerana negara kita tidak menyediakan alternatif untuk pengangkutan awam yang cekap, efisien & meluas. Sebagai contoh, kawasan2 yg berpopulasi tinggi seperti Shah Alam, Kajang, Cheras, Langat dan banyak lagi masih tidak disediakan prasarana pengangkutan yang baik. Ini memaksa rakyat membeli kereta. Ini juga punca kesesakan jalan raya.

    Rakyat juga tidak faham kenapa harga Proton Saga di UAE ialah RM 29,000 walhal di Malaysia yang merupakan pengeluar dijual pada harga RM 42,000 (boleh Google untuk mencari bukti). Di pasaran luar negara, Proton sediakan kereta full-spec & lebih berkualiti, tapi di Malaysia kualitinya menyedihkan.
    Itu belum lagi jika kita bandingkan kereta yang dijual di Thailand & Indonesia.

    Contohnya, harga Camry hanya RM 100,000 di sana tetapi di Malaysia, harga Camry RM 150,000. Walhal kilang Toyota ada di sini & Camry yang dijual adalah model CKD bukan CBU. Belum lagi harga kereta2 lain yang merupakan model CKD dan dikilangkan di Malaysia tetapi dijual dengan harga yang mahal.
    Cukai kereta import juga tinggi. Hampir 200-300%. Kenapa begitu mahal sedangkan kereta national bukan suatu pilihan yang baik untuk pengguna?
    Belum lagi bab petrol. Harga petrol di negara2 pengeluar minyak yang lain seperti Saudi, Venezuela, Brunei, Oman, Qatar dan lain2 adalah lebih murah berbanding Malaysia. Kenapa ya?
    Jadi siapakah yang tidak patriotik? Rakyatkah? Atau pembuat dasar? Atau Proton sendiri? Kemana Wang yang banyak disumbangkan oleh rakyat Malaysia?
    Kenapa sistem pengngkutan kita banyak merugikan rakyat?
    Sebenarnya kerajaan Malaysia & PROTON yang perlu insaf & bersyukur sebab rakyat Malaysia ramai yang naif & banyak beralah serta tidak kisah dijadikan mangsa.
    Bersyukurlah wahai pemimpin & kerajaan Malaysia kerana dikurniakan rakyat sebegini.

    ~Razi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedih...sedih..., bila agaknya kita nak bangun ya?

      Delete
    2. Sedih...sedih..., bila agaknya kita nak bangun ya?

      Delete
    3. Maaf. Sebenarnya saya ingin sebutkan diatas: cukai kereta di Malaysia adalah ANTARA yang tertinggi di dunia.

      Jika diikutkan, harga kereta di Malaysia ialah yang KEDUA tertinggi di dunia. Senarai 10 negara yang harga keretanya tertinggi di dunia;

      1.Singapura
      2.Malaysia
      3.Indonesia
      4.Nicaragua
      5.China
      6.Brazil
      7.United Kingdom
      8.St. Kitts and Nevis
      9.Korea Utara
      10.Cuba

      Paling tinggi sudah pastilah Singapura jiran kita tetapi mereka ada asbab yang kukuh. Negara mereka kecil, jadi kesesakan perlu dielakkan. Sistem pengangkutan awam mereka juga baik & efisien. Itu adalah antara nilai yang baik yang boleh kita ambil iktibar.

      ~ Razi~

      Delete
    4. Terima kasih tuan, atas maklumat yang diberikan.

      Delete
  16. Kalau diikutkan sejarah, susah nak lihat rakyat Tanah Melayu nak bangun. Bila dah sampai terduduk, terhantuk, tergadai baru nak terngadah......

    Selagi boleh makan, minum, tidur, kira ok lahtu..... apa pula nak dipikirkan hal2 yang tak ada kaitan... Oi! Si Luncai Terjun Dengan Labu-Labunya.... Biarkan~ Biarkan~

    Apa pula nak dipikirkan hal2 pemerintahan...kitakan ada sultan... Jangan derhaka ~ Pantang anak Melayu derhaka~

    ~Razi~

    ReplyDelete
    Replies
    1. elok kita mulakan dengan diri kita...insyaallah

      Delete
  17. Di sini disertakan pautan untuk kajian & perbandingan:

    1.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0214&pub=Utusan_Malaysia&sec=Ekonomi&pg=ek_01.htm
    2. http://koperasi-online2u.blogspot.com/2013/10/harga-kereta-malaysia-kedua-termahal.html
    3.http://jalopnik.com/the-ten-most-expensive-places-to-buy-a-car-1256855393
    4. http://rafiziramli.com/2014/01/dasar-automotif-nasional-2014-nap2014-tidak-akan-menurunkan-harga-kereta/
    5.http://pagalavan.com/politics/the-ridiculously-high-car-prices-in-malaysia/
    6. http://www.alantanblog.com/tax/malaysian-pay-the-highest-car-prices-in-the-world/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai dah memperkatakannya nampaknya, terima kasih atas info. Insyaallah akan dibaca kesemuanya.

      Delete
  18. yang bercakap `tak sokong' tu mungkin tak pernah memiliki proton (beli second-hand) berusia 10 tahun dengan gaji bawah rm2k. nak sokong apa nama kalau umur 5 tahun pun banyak spare-part yang layak campak laut...

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh difikirkan bagaimana nak tukar kereta proton jadi tukun tiruan, banyak diperlukan di persekitaran laun negara kita. Boleh tambah pendapatan nelayan..

      Delete
  19. sebab apa KIA lebih maju dan dapat sambutan diseluruh dunia? sebab takda UMNO..haha

    ReplyDelete
  20. Replies
    1. boleh huraikan lebih lanjut, mudah nak faham sikit luahan pendapat 'sempit' tu... terima kasih!

      Delete
  21. Tiga comment.

    1. Bentuk kereta Proton sekarang banyak segi dan kotak banding proton wira dulu
    2. Quality dalaman dah sama taraf dengan Toyota dan Honda. First impression teruk
    3. Harga perlu di semak semula.

    ReplyDelete