Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, September 17, 2011

Pengurus Cardiff City Kagum Dengan Safee Sali

  Mohd Shubhi       Saturday, September 17, 2011
Pengurus Cardiff City, Malky Mackay hari ini menyatakan rasa kagumnya dengan keupayaan Safee Sali dan berkata Beckham Malaysia itu seorang pemain yang baik.

Tapi beliau risau dengan syarat ketat negara UK bakal menghalang mereka untuk mengambil Safee Sali sebagai pemain mereka. Dari segi rangking bolasepak dunia negara kita berada di kedudukan ke 146. Pengambilan seseorang pemain dari negara yang buruk kedudukan bolasepaknya adalah sesuatu yang sukar di sana.

Dalam kes Pak Ji Sung yang bermain di Manchester United, mereka mendapatkannya setelah Pak Ji Sung bermain untuk PSV Eindhoven selama beberapa tahun. Ini bermakna Safee Sali perlu bermain untuk satu pasukan di Eropah yang tidak ketat syarat pengambilan pemain luarnya terlebih dahulu sebelum ia menjadi mudah untuk dibeli oleh pasukan dari Britain.

Baca beritanya di sini. 
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pengurus Cardiff City Kagum Dengan Safee Sali

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !