Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, October 6, 2011

Berita Kelantan: Pengurusan Kewangan Kelantan Terbaik - Jabatan Audit negara !

  Mohd Shubhi       Thursday, October 6, 2011

KOTA BHARU, 5.Okt – Pengurusan kewangan Kelantan sekali lagi diiktiraf oleh Jabatan Audit Negara yang terbaik bagi tahun 2010.


Menurut Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Datuk Husam Musa, terdapat empat agensi kerajaan negeri yang diakui paling baik iaitu Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK), Majlis Daerah Gua Musang, Perbadanan Stadium dan PKINK.


Husam berkata mengikut laporan Audit negara tersebut beberapa kategori iaitu kumpulan wang yang disatukan meningkat sebanyak RM51.07 juta atau 52 peratus iaitu RM148.3 juta berbanding tahun 2009 sebanyak RM97.23juta.



Bagi Wang Tunai pada 2010 juga meningkat dibandingkan tahun 2009 iaitu RM79.60 juta kepada RM131.97 juta dan berlaku peningkatan sejumlah RM 53.37 juta atau 65.8 peratus.“ kita juga diakui baik bagi 15 agensi lain selain empat agensi tadi”katanya lagi. Beliau berkata demikian di sidang media selepas mesyuarat mingguan exco hari ini.


Menyentuh serahan Penyata Akaun 2011 sehingga 31.Mei terdapat 18 penyata telah diserahkan kepada Jabatan Audit Negara dari 22 dan ini amat baik dan diakui cemerlang oleh jabatan tersebut.


Kewangan negeri Kelantan juga mengalami penurunan ketara dalam aspek defisit belanjawan iaitu peningkatan prestasi sebanyak 2.2 peratus di mana tahun 2009 sebanyak RM19.46 juta berbanding tahun 2010 hanya RM 3.46 juta sahaja.


Dari aspek hasil negeri juga Husam berkata berlakunya peningkatan iaitu tahun 2009 sejumlah RM334.81 juta sedangkan tahun 2010 sebanyak RM 379.64 juta.“ Pendapatan negeri semakin baik dan berlakunya peningkatan sejumlah RM44.83 juta atau13.4 peratus”kata beliau.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Berita Kelantan: Pengurusan Kewangan Kelantan Terbaik - Jabatan Audit negara !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !