Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, October 11, 2011

Jika Anda 40 Tahun Ke Atas Anda Harus Baca Ini: Tanda-Tanda Barah Usus

  Mohd Shubhi       Tuesday, October 11, 2011

Kanser atau barah usus adalah barah kedua yang paling banyak menyerang kaum lelaki dan ketiga pada kaum wanita di negara kita. Jika ia dikesan pada peringkat awal kemungkinan berjaya merawatnya adalah 90%.

Jika anda berumur 40 tahun ke atas, mempunyai sejarah keluarga yang terkena barah usus dan mengalami tanda-tanda di bawah ini eloklah segera mendapatkan pemeriksaan doktor kalau-kalau ada barah. Rawatan awal lebih mudah untuk menyelamatkan anda
  • Keluar darah daripada dubur
  • Keluar darah selepas buang air besar.
  • Rasa lebih kerap buang air besar daripada kebiasaan
  • Air besar lebih cair
  • Kerap sembelit
  • Rasa tak puas lepas buang air besar
  • Perut sakit
  • Berat badan tetiba menurun
  • Rasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jika Anda 40 Tahun Ke Atas Anda Harus Baca Ini: Tanda-Tanda Barah Usus

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !