Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, October 4, 2011

Kenapa Kita Berniaga ?

  Mohd Shubhi       Tuesday, October 4, 2011
Ada seorang kawan baru pencen awal, bersara daripada khidmat tentera. Oleh kerana dia ada pangkat maka banyaklah juga wang pencen yang dia dapat untuk meneruskan hidup sebagai orang awam. Dia datang berjumpa dengan saya dan bertanya apa perniagaan yang dia boleh buat dengan wang RM300 ribu yang dia dapat.

Soalan ringkas yang saya tanya adalah kenapa dia nak berniaga. Jawabnya ringkas juga, "sebab nak cari duit". Jadi saya berkata padanya nak buat apa lagi berniaga sedangkan dia sudah ada duit. Berapa ramai orang yang berniaga tetapi tak pernah ada peluang untuk simpan sampai RM300 ribu, masih lagi terumbang-ambing terkial-kial membayar hutang dan menyara hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang.


Dia termenung panjang dengan cakap saya itu dan berkata, "habis kau suruh akau jangan berniagalah, aku nak buat apa dengan duit tu?" "Ya!" jawab saya ringkas. Kalau kau nak berniaga sebab nak cari duit sedangkan engkau dah ada duit, lebih baik simpan saja duit tu dalam mana-mana saham pelaburan yang sesuai sehinggalah benar-benar sedia nak berniaga". "Kalau tiada engkau akan kehilangan semua duit tersebut sia-sia." Sambung saya.

Ramai orang yang silap dengan konsep perniagaan. Kalau ditanya kenapa kita berniaga ramai yang akan jawab sebab nak buat duit. Sedangkan jawapan itu salah sama sekali. Sebab utama kita berniaga adalah kerana kita ada sesuatu yang hendak ditawarkan. Samada kita ada barang, teknologi, sistem atau apa-apa sahaja yang boleh ditawarkan pada mereka yang mahu menggunakannaya atau mahu membelinya.

Duit akan datang kemudian apabila kita berjaya menjualnya dengan harga yang menguntungkan. Jadi yang datang terlebih dahulu dalam wujudnya sesebuah perniagaan adalah adanya sesuatu yang mahu ditawarkan kepada orang ramai. Kalau anda tak ada 'sesuatu' itu jangalah bazirkan duit yang anda ada dengan 'try an error'.

Berbalik kepada kawan saya tadi, dia tidak bersetuju dengan nasihat saya dan menghilang selepas itu dengan aktivitinya mahu menggunakan duit yang dia ada untuk cari perniagaan. Tak lama selepas lebih setahun dia datang kembali berjumpa saya.

"Betul kata engkau, memang habis duit aku RM300 ribu lesap dan sampai sekarang aku masih tak ada perniagaan. Aku susah sekarang", katanya.

"Apa yang engkau buat sekarang ini untuk sara hidup" tanya saya. " Bawa lori", jawabnya ringkas. " Kan aku dah cakap, alangkah eloknya kalau dari dulu engkau simpan saja duit itu dan mula bawa lori semasa engkau dah ada simpanan RM300 ribu.

Jadi ringkaskan cerita ialah jika anda ada duit dan tak tahu nak berniaga apa, mulakan sesuatu yang tidak memerlukan modal untuk menjana pendapatan. Walaupun anda terpaksa makan gaji dengan harga gaji yang rendah, anda akan belajar dari kerja tersebut sambil mencari rezki dan dalam masa yang sama belajar untuk membuat perniagaan yang sama.

Sambi makan gaji anda akan dapat kemahiran dan selok belok apa yang anda buat dengan matlamat mahu membina perniagaan anda sendiri apabila tiba masanya. Ini akan memudahkan anda dalam semua segi daripada pengetahuan tentang perniagaan itu sehinggalah modal yang diperlukan.

Dari situ barulah anda bersedia berniaga kerana sudah ada sesuatu yang mahu ditawarkan dan jika perniagaan tersebut memerlukan modal, barulah anda keluarkan duit yang anda ada bagi menjayakan perniagaan anda. Tapi ingat, janga habiskan semua duit anda.

Perniagaan yang ideal adalah perniagaan yang memerlukan kos yang sederhana dan terbukti berjaya serta telah dilakukan oleh ramai orang yang lain. Binalah ia sedikt demi sedikit. Pastikan anda fokus pada apa yang anda mahu tawarkan kepada pengguna terlebih dahulu dan keuntungan atau nak buat duit itu datang kemudian. Insyallah anda akan berjaya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa Kita Berniaga ?

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Betul..sbb bisnes ni samada kita untung besar atau rugi besar.

    Saya berniaga kerana minat. Seronok setiap kali ada urusniaga. Jadi bila bisnes gagal/bermasalah, saya tak putus asa.

    ReplyDelete
  2. Ujie,
    betul tu...Warren Buffet kata pilihlah perniagaan yang anda minat...terima kasih

    ReplyDelete
  3. peniaga yg hebat adalah yg pandai mengambil peluang..peluang datang kadang2 tanpa disangka..kalau luarbiasa hebat adalah org yg mencipta peluang..

    ReplyDelete
  4. jika untung besar risk pon besar, begitu juga sebaliknye semua kita tahu.. ramai dikalangan org bisnes yg telalu takut dengan risk biznes..kite org islam untung sbb kite ade lg satu kepercayaan..tiap2 rezeki itu milik allah dan allah akan beri pd ape yg kita pinta..jika gagal maknaye allah lebih mengetahui...

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !