Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, December 28, 2011

Macammana Rupa Mekah Zaman Tok Nenek Kita Dulu (1889 Masehi) - Bergambar

  Mohd Shubhi       Wednesday, December 28, 2011
Tentu ramai yang teringin nak tengok bagaimana agaknya rupa kota Mekah masa zaman orang Tanah Melayu masih dibelenggu penjajahan dulu iaitu pada tahun 1889 Masehi. Masa zaman tu kat Tanah Melayu Musyi Abdullah baru meninggal dunia (beliau ke Mekah pada 1854 dan meninggal di Jeddah)

Masa zaman tu juga keturunan Al-Saud masih belum kuasai Arab Saudi macam sekarang ini. Tanah Arab dikuasai oleh keturunan Al-Rasyid yang merupakan musuh ketat keturunan Al-Saud. Masa itu kerajaan Islam dikuasai oleh Pemerintahan Othmaniah yang bekerjasama rapat dengan keturunan Al-Rasyid di Tanah Arab. Keturunan Al-Saud yang rapat dengan British pula berebut Mekah daripada Al-Rasyid dan berjaya menguasainya ketika Kerajaan Othmaniah mulai lemah pada perang dunia pertama.

Semuanya tinggal sejarah, gambar akan lebih bermakna dengan adanya sedikit fakta sejarah, walau apapun tafsirannya, bagi yang nak menghayati bagaimana Kota Mekah dan bagaimana orang buat haji masa tu tengok koleksi gambar di bawah:
Jemaah Haji di Wadi Mina


Permandangan Kaabah pada 1889

Mekah 1889

Jemaah di padang Arafah

Khemah sementara di Padang Arafah

Padang Arafah

Jemaah berehat di Padang Arafah

Jemaah berhimpun di kubur Saidatina Maimunah

Percetakan yang dibina oleh kerajaan Othmaniah di Mekah

Pandangan umum di Kota Mekah

Kota Mekah yang dikelilingi oleh bukit pada tahun 1885 

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Macammana Rupa Mekah Zaman Tok Nenek Kita Dulu (1889 Masehi) - Bergambar

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !