Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, January 10, 2012

Dulu Mat Rempit, Kini Jutawan Kaya-Raya

  Mohd Shubhi       Tuesday, January 10, 2012
Kesibukan dalam urusan seharian membuatkan saya lansung tak sempat menjengguk blog ini untuk membuat artikel sepertimana biasa. Saya akan cuba buat juga artikel tapi lebih kepada pengalaman sendiri dalam bentuk kejayaan kawan-kawan atau sesiapa saja yang saya kenali sebagai motivasi untuk kita menempa kejayaan yang sama.

Kali ini saya mahu kongsikan cerita bagaimana seorang kawan yang satu kelas dengan saya ketika di Sekolah menengah dulu. Sejak dibangku sekolah dia memang minat dengan apa saja benda yang ada roda yang sinonim dengan kelajuan dan prestige.

Jadi tidak menghairankan selepas tamat sekolah dia menjadi hero pujaan mat rempit dengan kehebatannya menunggang motorsikal. Masa kat kampung dulu orang panggil dia Mat Rapi. Saya tinggalkan dia dan terpisah selepas saya sambung pelajaran ke KL dan seterusnya ke Eropah.

Selepas saya pulang saya melihat dia sudahpun berjaya sebagai seorang usahawan dan saya sendiri pernah bekerja dengannya. dari situ saya mula mendapat sedikit sejarah perjalannya dari dirinya dan juga kawan-kawan. 

Kini dia berpendapatan bersih jutaan ringgit sebulan dan mempunyai rumah banglo yang dibeli lebih daripada 2 juta dan mempunyai kapal sendiri. Kereta Ferrari yang menjadi idamannya sudah berjaya dimilikinya dan dia masih lagi mengumpul kekeyaan demi kekeyaan sehingga sekarang.

Saya tak sempat nak cerita panjang kali ini. Cukup setakat itu saja dulu dan akan saya sambung selepas ini bagaimana perjalanan kisah perniagaan dan apakah kelebihannya yang membuatkan dia berjaya walaupun kelulusannya hanya setakat SPM.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Dulu Mat Rempit, Kini Jutawan Kaya-Raya

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !