Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, January 7, 2012

Negara Manakah Pengguna Ganja Terbesar Dunia?

  Mohd Shubhi       Saturday, January 7, 2012
Kajian terbaru menunjukkan terdapat seramai 200 juta pengguna dan penagih dadah di seluruh dunia. Pada tahun 2008 laporan menyatakan terdapat seramai 191 juta penghisap ganja di seluruh dunia.

Negara paling ramai penagih dadah ganja di dunia adalah negara Australia dan juga negara New Zealand. Di kedua negara tersebut seramai 10% ke 15% daripada penduduknya yang berumur antara 15 ke 64 tahun merupakan pengguna ganja.

Asia merupakan kawasan paling sedikit jumlah pengguna ganja iaitu antara 1.2% ke 2.5% daripada penduduknya. Australian dan New Zealand juga merupakan negara pengguna terbesar dadah jenis lain iaitu seramai 2.8% daripada jumlah penduduknya.


HIV merupakan salah satu daripada kesan buruk menggunakan dadah namun agak pelik kerana Australia merupakan salah satu negara yang pesakit AIDS nya paling sedikit iaitu sekitar 1.5%. Mungkin para pengguna dadah di sana peka dengan aspek kesihatan mengelakkan HIV.

Tak sangka pulak saya yang negara Australia dan New Zealand mempunyai terlalu ramai pengguna ganja. Saya ingat satu masa dulu kampung saya mempunyai terlalu ramai penagih ganja. Kenduri kendara kalau tidak dihidangkan ganja memang tak sah pada waktu itu. Ganja diletakkan di dalam mangkuk pada malam potong bawang dan mereka yang bergotong royong buat persediaan memasak turut sama bergotong royong menghabiskan stok ganja yang disediakan.

Setelah undang-undang ganja dikuat kuasakan di bawah akta dadah merbahaya. Harga ganja meningkat naik dengan drastik sekali dan ramailah para pengedar ganja di berkas atau tutup kedai kerana tak berani ambil risiko.

Sekarang ini masih ramai lagi otai-otai yang masih tak dapat lepaskan ketagihan ganja walaupun harganya terlalu mahal. Kalau dulu saya ingat satu kartus hanya dijual dengan harga seringgit sahaja. Daun ganja dibalut dengan kertas minyak berbentuk cilinder kecil sedikit daripada saiz rokok dan dalam 1/3 panjang daripada saiz rokok. Sekarang saya tak pasti berapa ganja haram tersebut dijual satu beg plastik kecil.

Walau bagaimanapun bersyukurkan pada mereka yang tidak terjebak dengan ketagihan ganja itu, jika tidak jenuh nak cari duit untuk beli bekalan ganja yang semakin sukar didapati di pasaran walaupun gelap.

Baca laporan di sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Negara Manakah Pengguna Ganja Terbesar Dunia?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !