Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, February 29, 2012

Adakah bau-bauan yang mampu menjadikan kita lebih bijak?

  Mohd Shubhi       Wednesday, February 29, 2012

Kebanyakan orang suka pada bau-abuan yang harum. Jarang sangat ada orang yang suka pada bau yang busuk.

Yang membezakan antara seseorang dengan yang lain hanyalah bau wangi macam mana yang lebih disukai olehnya.

Ada orang suka bau minyak atar. Ada yang suka bau bunga rose. Ada pula yang suka bau minyak wangi kuat dari Paris dan macam-macam lagi jenis bauan yang sedap.

Jika anda duduk di dalam satu tempat yang berbau wangi, status diri anda sudah tentu berbeza berbanding jika duduk di dalam tempat yang tak bau apa-apa. Bau wangi biasanya membuatkan diri rasa lebih nyaman. Itu pasti.

Tapi macam mana pula dalam bab berfikir?

Apakah kita akan dapat berfikir dengan lebih bijak apabila berada di dalam suasana yang harum? 

Tentu ada yang pernah memikirkannya bukan?

Rosemary mampu jadikan anda bijak

Rosemary atau dalam bahasa saintifiknya 'Rosmarinus Officinalis' merupakan sejenis tumbuhan herba yang sering dijadikan sebagai pokok hiasan. Ia juga selalu dijadikan sebagai ramuan masakan dan juga sebagai ramuan ubat.

Rosemary dikatakan mampu meningkatkan tahap ingatan seseorang dan sering dikaitkan dengan simbol 'kenangan'.

Kajian terbaru mendapati bauan rosemary yang disembur di dalam bilik kerja telah membuatkan individu yang berada di dalam bilik tersebut menjadi lebih bijak.

Orang yang berada dalam bilik tersebut didapati telah berlaku peningkatan dalam daya ingatan mereka.

Agaknya, ada tak tumbuhan yang menghasilkan bau yang wangi, di negara kita? Tentu ada banyak juga kan. Tapi adatak terdapat tumbuhan seumpama ini yang boleh kita jalankan ujikaji?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Adakah bau-bauan yang mampu menjadikan kita lebih bijak?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !