Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, February 10, 2012

Apa orang nak baca dalam blog ini?

  Mohd Shubhi       Friday, February 10, 2012
Terima ksih pada semua yang telah sudi meluangkan masa menjawab survey saya tentang apa yang mereka mahu blog ini tulis. Berikut keputusan yang telah diperolehi:

  1. Agama - 100
  2. Kesihatan - 63
  3. Politik - 62
  4. Masyarakat - 53
  5. Tahukah anda? - 49
  6. Alam sekitar - 48
  7. Pendidikan - 48
  8. Petua - 42
  9. Photography - 37
  10. Keusahawanan - 34
  11. Kembara - 33
  12. Tak menulis lagi bagus - 21
Dalam semua-semua pilihan, yang paling menarik adalah terdapat seramai 21 orang yang telah mengesyorkan saya agar lebih baik jangan menulis saja, namun ia merupakan jumlah yang paling sedikit dalam keseluruhannya. Saya yakin mereka yang membuat pilihan tersebut adalah dari kalangan mereka yang berfahaman politik yang berbeza.

Pilihan yang paling ramai adalah mahukan blog ini menulis tentang agama. Menunjukkan kebanyakan daripada pengunjung blog ini adalah mereka yang lebih cenderung terhadap penulisan keagamaan dan merupakan mereka yang baik-baik belaka.

Hakikatnya penulis blog ini bukanlah seorang yang arif dalam bidang agama dan bukan juga seorang yang baik dari segi akhlaknya. Betapa buruknya akhlak penulis mungkin lebih difahami oleh ibu serta isteri kepada penulis sendiri kerana merekalah manusia yang paling rapat dalam menjalani kehidupan seharian penulis.

Sebaik saja keluar dari rumah, penulis akan bertukar rupa menjadi pelakon yang handal dan sering menutur serta menasihatkan perkara-perkara yang penulis sendiri tidak dapat melaksanakan. Penulis sentiasa bertopeng ketika diluar terutamanya apabila berhadapan dengan masyarakat. Allah saja yang mengetahui segala rahsia kejelikan yang tersemat di dalam hati penulis, dan dengan RahmatNya sajalah penulis pohon agar segala keaiban penulis dilindungi.

Pilihan yang kedua terbanyak adalah berkenaan tulisan kesihatan dan juga politik yang mana keduanya memang merupakan minta penulis sejak sekian lama. Dalam hal politik penulis bukanlah seorang penggiat politik namun sentiasa mengikuti perkembangan politik tanahair dengan penuh minat, mungkin sumbangan penulis dalam politik adalah dengan menjadi seorang pengkritik politik.

Dalam bab kesihatan pula memang satu bidang yang penulis gemar dan sentiasa mengharapkan dikurniakan kesihatan yang baik sehingga ke saat akhir kehidupan. Kata orang berapa lama kita hidup tidak penting asalkan kehidupan itu sentiasa dipenuhi dengan penuh berkualiti dan kualiti hidup sudah tentu maksimum jika tubuh badan kita sihat terhindar daripada sakit yang teruk dan kronik. Apa guna hidup sampai umur seratus tahun dan 20 tahun terakhir kita hanya tersadai lemah diatas katil.

Sebagai rumusannya penulis kini mendapat sedikit ilham tentang apakah yang penulis perlu berikan perhatian agar dapat menyumbang sedikit sebanyak kepada mereka yang gemar membaca di dunia maya ini. Sekali lagi diucapkan terima kasih atas kerjasama semua yang mengundi.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa orang nak baca dalam blog ini?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !