Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, February 13, 2012

Demo Masakan Mudah Menggunakan Perencah Serbuk

  Mohd Shubhi       Monday, February 13, 2012
Masakan dengan menggunakan perencah basah yang kita panggil paste memang dah biasa sekarang ini. Brahim's pula menyediakan makanan yang siap dibungkus dan hanya perlu dipanaskan saja sebelum di makan.

Saya berpeluang mengikuti demo memperkenalkan rencah masakan dengan menggunakan perencah serbuk luar biasa dan mudah untuk dimasak oleh suri rumah tangga atau para usahawan industri makanan.

Rencah serbuk ini dibuat oleh usahawan melayu dan sudah mendapat sambutan memberangsangkan daripada beberapa rangkaian restoran terkenal di tanahair.


Cara masaknya mudah sahaja. Jika anda mahu masak gulai ikan. Anda hanya perlu campurkan serbuk kari ikan dengan air dan terus masak sehingga mendidih. Selepas itu masukkan santan dan biar mendidih dan masukkan pula ikan serta tambahan lain seperti potongan tomato, bendi, atau terung dan potongan bawang besar. Siap masak anda terus boleh makan bersama dengan nasi.


Serbuk yang disediakan sudah dicampurkan sekali didalamnya dengan rempah kari, bawang kecil, bawang putih, dan lain-lain. Jadi anda tak perlu lagi menumis sebagai biasa kita masak gulai ikan. Ia lebih mudah dan dapur anda lebih bersih daripada biasa kerana tak perlu kupas bawang merah serta bawang putih. Rasanya memang lazat seenak masakan ibu di kampung.
Ada berbagai serbuk perencah yang enak-enak. Antaranya adalah rencah masak gulai, rencah masak sup, rencah masak nasi briani, rencah masak asam pedas, rencah masak kurma, rencah masak rendang tok, rencah masak gulai kawah dan macam-macam lagi
Jika sebelum ini anda mengambil masa selama 1 jam untuk menyediakan masakan dirumah atau direstoran, dengan menggunakan rencah tersebut anda hanya akan mengambil masa selama setengah jam sahaja dan dapur anda tidak berserakan dengan berbagai kulit bawang dan cili.
Satu lagi kelebihan menggunakan rencah serbuk ini adalah anda juga tidak perlu lagi menghancurkan bawang, cili dan seumpamanya untuk menyediakan masakan anda kerana semuanya telah dimasukkan sekali di dalam rencah tersebut.
Anda akan menjimat masa membeli barangan seperti bawang, merah putih, cili, lengkuas, halia ,serai dan lain-lain dan jimatlah juga ruang simpanan anda di dapur.
Serbuk rencah sambal tumis juga boleh disalutkan pada ayam atau daging untuk digoreng sebagai hidangan. Rasanya teramatlah lazatnya.
Bahan seperti santan atau kerisik masih perlu ditambah ke dalam masakan anda. Begitu juga bahan hiasan seperti daun sup, daun saderi, daun kunyit dan lain-lain seumpama dengannya untuk menambahkan lagi rasa dan persembahan makanan anda.
Anda juga boleh menambah baik serbuk rencah mengikut selera dengan membuat beberapa ramuan tambahan sendiri ataupun menambahkan lagi bawang atau cili jika mahu menyediakan makanan pada kumpulan yang lebih ramai.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Demo Masakan Mudah Menggunakan Perencah Serbuk

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !