Friday, 2 March 2012

Adakah perkara sesat juga ciptaan Allah?

Posted by   on

Sekadar hiasan
Cerita ini telah saya paparkan lama dahulu pada tahun 2008 masa saya mula-mula belajar menulis di blog. Saya siarkan semula sebagai buah tangan kepada mereka yang mahu memikirkannya.

Ceritanya begini...

Guru saya pernah menceritakan dalam satu majlis ilmu ketika kami belajar akidah di sebuah Masjid di luar negara tentang seorang yang berfahaman Qadariah.

Si Qadarie itu sedang berdakwah kepada seorang Paderi Kristian agar memeluk agama yang dianutinya.

Pada satu ketika si Qadarie menumpang melintasi sebuah sungai dengan sampan. Bersamanya ialah seorang Paderi Kristian yang menumpang sampan yang sama. Si Qadarie lalu mengambil kesempatan untuk berdakwah pada Paderi tersebut:

Qadarie: "Kenapa engkau tak memeluk Islam, sedangkan Islamlah agama yang benar"

Paderi: "Apa nak buat, Allah tidak berkehendak begitu"

Qadarie: "Engkau salah berfikiran begitu, Allah memang hendak kamu Islam tetapi Iblis lah yang menyesatkan kamu"

Paderi: "Kalau begitu lebih baik aku sembah yang lebih kuat, iaitu Iblis yang telah mengatasi Allah dalam menyesatkan aku"

Lalu terdiamlah Si Qadarie memikirkan jawapan spontan yang diluahkan oleh Paderi Kristian tersebut.

Begitulah ceritanya, ringkas tetapi mendalam untuk kita renungi fahaman Qadariah yang percaya bahawa Allah mencipta hanya perkara kebaikan sahaja.

Mereka berfahaman bahawa segala perkara yang tidak baik bukan ciptaan Allah. Terdapat juga dikalangan masyarakat sekarang ini tidak dapat menerima bahawa perbuatan baik atau buruk semuanya adalah dicipta oleh Allah tidak ada yang terkecuali.

Cuba renungkan !

6 comments:
Write comments
  1. apa yang saudara paparkan ini sangat membuka minda.

    ReplyDelete
  2. Untuk Donribwan, kenapa ucapkan Terima Kasih...?

    ReplyDelete
  3. Terima kasih daun keladi..
    Itu maknanya...

    ReplyDelete
  4. Segalanya, baik atau buruk, Allah swt yg ciptakan, daya upaya seseorg utk berbuat keburukkan juga Allah swt yg ciptakan, tp kitalah yg memilih dan kitalah yg berusaha melakukan atau melaksanakannya (khiyar dan ikhtiar), di situlah letaknya taklif (beban pertanggungjawaban) kpd makhluk mukallaf manusia dan jin.
    WaAllahu'alam.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter