Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Recent Posts

Thursday, March 8, 2012

Kariah Surau An-Nur makan malam di Arabic Cuisine beramai-ramai

  Mat Bihi       Thursday, March 8, 2012
Solat magrib sebelum makan
Semua warga Taman Puchong Intan terutamanya muslim sepatutnya berasa bangga tinggal di penempatan tersebut. Ini disebabkan Taman Puchong Intan mempunyai sebuah surau yang aktif yang dinobatkan sebagai surau bertaraf lima bintang dan menduduki tempat pertama sebagai surau terbaik di bawah naungan Masjid As-Salam.

Pengerusi membuat ucapan

Surau An-Nur yang terletak bersebelahan dengan lebuhraya LDP mudah untuk disinggahi bagi mereka yang datang dari Putrajaya menuju ke Subang Jaya. Surau An-Nur juga amat aktif dalam menganjurkan majlis ilmu dan juga ceramah-ceramah agama sepanjang tahun.

Kaum ibu asyik mendengar tazkirah
Apapun syabas diucapkan kepada kumpulan jawatan kuasa surau terutamanya pengerusi Surau An-Nur yang memang rajin dan amat kuat berusaha mengimarahkan surau. Kerjasama daripada semua ahli jawatan kuasa juga amat memberansangkan.

Tazkirah sebelum makan
Bagi meraikan anugerah yang baru diterima, Surau An-Nur baru-baru ini menganjurkan majlis makan malam di sebuah restoran Arabic Cuisine di seksyen 19 Shah Alam. Ia dihadiri oleh semua ahli jawatan kuasa serta pegawai surau yang turut sama membawa keseluruhan keluarga masing-masing.

Imam (baju kuning) dan yang lain kusyuk mendengar tazkirah
Meriah sekali majlis tersebut dan merupakan satu peluang bagi semua saling kenal mengenali terutamanya bagi kaum ibu. Bagi sesama ahli surau yang lelaki memang dan sering berjumpa ketika berjemaah di surau tetapi agak sukar bagi kaum ibu yang kebiasannya bersolat di rumah sahaja dengan tugasan rumah tangga.

Kalau majlis seumpama itu dapat dianjurkan selalu tentu ikatan ukhwah sesama warga surau dapat dieratkan dan perhubungan baik antara satu keluarga dengan keluarga yang lain dapat digarap seterusnya terbentuklah suasana harmoni di Taman Puchong Intan dan terasa seperti tinggal di kampung kerana saling kenal mengenali dengan rapat.

Pengerusi asyik mendengar tazkirah

Jom makan

Seronok makan ramai-ramai

Berebut nasi arab
Gossip politik agaknya!












Untuk besarkan gambar sila klik pada gambar.




logoblog

Thanks for reading Kariah Surau An-Nur makan malam di Arabic Cuisine beramai-ramai

Previous
« Prev Post

1 comment: