Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, April 7, 2012

Jalan-Jalan Menara KL

  Mohd Shubhi       Saturday, April 7, 2012
Sambungan perjalanan minggu lepas. Selepas mandi manda di Ulu Yam, waktu dah masuk tengahari aku suruh semua berkemas untuk cabut balik. Kalau ikut kata orang tua-tua tak baik mandi sungai tengah rembang. Bukanlah aku suruh depa kemas untuk balik sebab tu tapi aku guna alasan tu untuk ajak semua balik.
Orang dah makin ramai datang berpusu-pusu ke situ dan aku pulak sibuk nak balik. Tempat wakaf yang aku tinggalkan bakal direbut pulak oleh mereka yang bernasib baik.

Kami sekeluarga bertolak balik perlahan-lahan. Keluar ke Batu Cave dan naik MRR2. Sampai ke simpang keluar Ampang aku terus keluar sebab nak meronda masuk dalam pusat Bandar. Lagipun hari ahad time tu KL masih tak sibuk maklumlah hari ahad.

Sambil memandu aku tengok kiri kanan suasana pusat bandar hari ahad. Jalan rasa selesa masa tu membuatkan aku rasa macam makan angin sebagai pelancong. Kami lalu KLCC melalui Jalan Ampang sehinggalah anak-anak aku nampak Menara KL tersergam indah di depan mata.

Semua anak-anak aku termasuk isteri aku tak pernah jejak kaki ke tempat tu. Aku pun sepanjang duduk sini lansung tak pernah masuk kawasan menara KL tu. Memandang ada terlalu banyak alasan untuk aku pergi maka aku terus kona steering menuju ke Menara KL.

Terciptalah sejarah hari itu aku, isteri dan anak-anak aku telah menjejakkan kaki ke menara KL. Lepas ni kalau kawan anak-anak aku tanya pada mereka tentang menara KL tentu mereka dengan bangganya boleh berkata kami dah pergi, walaupun aku tak bawa mereka naik ke atas tu. Tengok dari bawah cukup lah.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jalan-Jalan Menara KL

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !