Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, May 23, 2012

Bagaimana menghalang rumah anda dari dimasuki Syaitan

  Mohd Shubhi       Wednesday, May 23, 2012

Ketika belajar mengaji dengan Imam Masjid Kubang Semang di kampung saya dulu, dia ada memberikan petua kalau masuk rumah baru dan mahu pastikan rumah itu selamat dari gangguan Syaitan hendaklah membaca surah Al-Baqarah sehingga habis.

Tak kisah kalau mengambil masa beberapa hari untuk habiskannya atau jika boleh elok baca lengkap sempurna satu hari dari mula surah tersebut sehingga habis.
Palajari tafsir mimpi

Bacalah dengan sempurna dan jangan tergopoh-gapah sehingga membuat kesilapan. Baca dengan terang dan penuh tartil agar kita mendapat keberkatan. Bagi yang tak tahu baca Al-Quran, elok pergi belajar dan pastikan anda sendiri yang membacanya di rumah anda.

Jika dah habis baca satu surah Al-Baqarah tersebut, janganlah anda berhenti setakat itu sahaja. Teruskan secara istiqamah sehingga habis satu Al-Quran, walaupun ianya mengambil masa satu tahun. Insyallah anda mendapat keberkatan.

Mafhum Hadis di atas : Jangan kamu jadikan rumah kamu sebagai kubur, rumah yang tidak dimasuki syaitan adalah rumah yang dibaca oleh penghuninya Surah Al-Baqarah.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana menghalang rumah anda dari dimasuki Syaitan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !