Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, May 11, 2012

Kuasai lebih dari satu bahasa mampu tingkat kreativiti dan personaliti anda

  Mohd Shubhi       Friday, May 11, 2012

  • Kajian terbaru mendapati jika anda berupaya menguasai 2 bahasa berbeza dengan baik, ia membuatkan keupayaan anda dalam skill menyelesaikan masalah meningkat dan personaliti anda juga berubah seolah-olah anda punyai keupayaan yang bersamaan dengan dua orang.
  • Kajian yang dilakukan ke atas kanak-kanak yang dibesarkan dengan pendedahan dua bahasa menunjukkan mereka mempunyai keupayaan yang jauh lebih hebat daripada kanak-kanak yang membesar dengan hanya satu bahasa.
  • Salah satu penerangan logik kenapa ini berlaku adalah apabila anda menguasai lebih daripada satu bahsa, setiap kali anda mendengar perbualan di radio umpamanya otak anda akan ligat membezakan setiap perkataan dan mula mencari maksud daripada berbagai perbendaharaan kata yang banyak terselit di dalam memori anda dan memilih bahasa dan makna yang sesuai. Latihan saraf yang jauh lebih berat daripada mereka yang kuasai hanya satu bahasa ini meningkatkan keupayaan otak anda.
  • Adakah berbaloi untuk mula mempelajari bahasa baru dalam umur yang telah lanjut? berikut kata pakar:
    • Much has been made of the difficulties of learning a new language later in life, but the evidence so far suggests the effort should pay off. "You can learn another language at any age, you can learn it fluently, and you can see benefits to your cognitive system," says Marian. Bialystok agrees that late language-learners gain an advantage, even if the performance boost is usually less pronounced than in bilingual speakers. "Learn a language at any age, not to become bilingual, but just to remain mentally stimulated," she says. "That's the source of cognitive reserve."
  • Jika anda mahu merubah personality anda dan menjadi lebih hebat, cuba belajar bahasa baru untuk anda kuasai dan barangkali buat seorang muslim, Bahasa Arab sepatutnya menjadi pilihan.
  • Baca laporan terperincinya di sini
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kuasai lebih dari satu bahasa mampu tingkat kreativiti dan personaliti anda

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !