Thursday, August 23, 2012

Ada masalah lelah: Baca ini !

  Mat Bihi       Thursday, August 23, 2012
Lelah atau Penat atau Asthma merupakan penyakit biasa di kalangan kita. Ada yang kena sejak kecil dan ada yang dewasa baru terkena. Biasanya ia disebabkan oleh:

  1. Alahan kepada debu, makanan, minyak wangi dll.
  2. Senaman terlebih sampai semput atau ketawa berlebihan sampai naik lelah.
  3. Masalah emosi. Risau, seronok atau takut sangat sampai naik lelah.
  4. Kombinasi sebahagian atau kesemua di atas.
Ada berbagai petua orang tua yang kita dengar bagi merawat masalah penyakit penat ini. Kebanyakannya masih tidak ada bukti saintifik yang membenarkannya. Tetapi ia tetap popular dan masih ada yang mencubanya. maklumlah, bila sakit apa saja yang orang kata untuk melegakannya kita cenderung untuk ikut. Antara petua tersebut adalah:
  1. Telan anak tikus
  2. Makan permaisuri anai-anai yang besar duduk dalam tanah tu.
  3. Makan anak burung merpati.
  4. Ada juga yang percaya jika telan sarang labah-labah boleh ubati asthma. Kumpulkan sarang labah-labah, uli jadi bulat macam bola dan telah semua sekali gus.
  5. Ada kepercayaan orang Barat yang mempetuakan kita tidur atas bulu biri-biri yang dah di potong dan belum di basuh. Kononnya bulu biri-biri tersebut akan menyerap penyakit lelah itu.
  6. Keparcayaan orang barat juga menyuruh kita bela anjing Chihuahua, sejenis anjing Mexico yang bogel tak ada bulu lansung. Kononnya lelah akan pergi pada anjing itu dan anjing tidak terkesan dengan penyakit lelah.
  7. Ada juga kepercayaan untuk memakai loket batu ambar di leher bagi merawat dan melegakan asthma.
Walau apapun tak payahlah cuba resepi di atas. Kalau nak cuba juga lebih baik anda cuba cara tradisional di bawah terlebih dahulu yang lebih mudah dah tidak bahaya.
  1. Makan bawang putih. Cuba lenyekkan bawang putih seketul dan makan begitu saja. kalau tak boleh, campurkan bersama secawan jus limau dan minum. Setelah biasa, tambahkan kuantiti bawang putih sedikit demi sedikit. Seketul kepada dua ketul dan seterusnya sehingga 10 ketul. Lihat perubahannya.
  2. Kunyit sangat bagus untuk merawat asthma. Anda boleh cuba campurkan sesudu serbuk kunyit bersama dengan segelas susu. Minum sebanyak 2 atau 3 kali sehari. Elok diminum ketika perut kosong. Amalkan selalu dan lihat perubahannya.
  3. Buah ara juga boleh digunakan untuk merawat asthma. Buah ara adalah buah yang orang selalu bawa balik dari mekah bersama kurma. Buahnya banyak biji dan manis. Ambil 2 atau 3 ulas buah ara kering tersebut, basuh sebersihnya dengan air suam dan rendamkan ke dalam secawan air. Biarkan satu malam. Esoknya makan buah ara itu terlebih dahulu dan minum sekali air rendamannya. Lakukan selama sekurang-kurangnya 2 bulan dan lihat perubahannya.
  4. Campurkan sesudu madu, 1/4 sudu jus bawang dan 1/8 sudu lada hitam dan minum. Ini juga salah satu cara merawat asthma
  5. Jika anda nafas anda mula berbunyi tanda asthma nak datang, segera 2 perca kain putih, rendam ke dalam cuka putih dan ikat longgar pada pergelangan tangan anda. Bagi kebanyakan orang ini mampu menghentikan serangan lelah mengganas dengan lebih teruk lagi.
  6. Makan 3 hingga 6 biji buah appricot satu hari. Jadikan ia amalan untuk merawat keadaan paru-paru anda yang teruk dilanda lelah.
  7. Ambil seberkas jug penuh dengan madu. Tunduk dan letakkan hidung anda betul-betul di atas madu tersebut dan tarik nafas perlahan-lahan. Udara terhasil dari madu itu membuatkan anda boleh bernafas dengan mudah dan tenang.
Ada banyak lagi petua secara tradisional yang ada. Insyallah lain kali saya akan cuba sambung lagi. Selamat mencuba pada yang terkena penyakit lelah.

logoblog

Thanks for reading Ada masalah lelah: Baca ini !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment