Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, August 12, 2012

Kenapa Tunku pilih 31hb Ogos 1957 tarikh merdeka?

  Mohd Shubhi       Sunday, August 12, 2012
Sejak aku celik mata sampai sekarang akt tak pernah pulak terlintas nak tanya soalan seperti di atas. Tak tertanya pulak aku kenapa 31hb Ogos 1957? apasal tak boleh tunggu satu hari lagi ke 1hb Sept 1957, kan mudah.

Tak sangka pulak bila aku baca buku tulisan Subky Latif aku terjumpa jawapan yang aku tak pernah tanya. Subky dalam buku Anak Apak mencatitkan memoir kehidupannya sebagai seorang wartawan bermula dengan zaman kanak-kanaknya sehinggalah dia ditawarkan sebagai wartawan Utusan Melayu. 

Dalam buku tersebut Subky menceritakan pengalamannya menyambut laungan merdeka pada tahun 1957. Di situ juga terbongkar kenapa Tunku memilih tarikh 31 ogos sebagai tarikh merdeka.

Menurt Subky, Tunku kenal baik dengan Ulamak serta Mufti Pulau Pinang yang juga seorang penyokong kuat Umno, Sheikh Haji Abdullah Fahim. Adalah diberitakan Tunku meminta nasihat ulama tersebut yang juga merupakan seorang pakar falak bagi menentukan hari yang terbaik bagi diistiharkan kemerdekaan.


Maka berkiralah Sheikh Haji Abdullah Fahim lalu menemui tarikh di mana semua planet penting di alam raya ini berada dalam kedudukan sebaris di angkasa Tanah Melayu. Kedudukan barisan planet itu juga berada betul-betul diatas angkasa raya langit tinggi Kuala Lumpur.

Tarikh keramat tersebut adalah pada 31 hb Ogos 1957. Ia merupakan fenomena yang teramat jarang berlaku. Menurut ulama itu lagi ia hanya akan berlaku dalam masa beberapa minit sekitar tengah malam masuknya 31hb Ogos 1957.

Sheikh Abdullah Fahim juga menyatakan dengan mengambil tarikh dan waktu tersebut, maka ia dapat memberikan pangaruh kekuatan tenaga yang kuat. Adalah diharapkan Tanah Melayu akan turut mendapat semangat dan kekuatan tenaga yang mencukupi bagi membangunkan tanah air yang telah merdeka itu.

Apa lagi, Tunku bersetuju sungguh dengan tarikh tersebut ditambah lagi dengan adanya faktor kekuatan tenaga yang bakal terjadi pada masa itu membuatkan tarikh itu amat penting dan segala perancangan perlu dilaksanakan bagi membolehkan bendera Union Jack diturunkan daripada tiang bendera digantikan dengan bendera Malaya.

Upacara penurunan Union Jack dan menaikkan bendera Malaya akan berlaku serentak dengan berbarisnya planet-planet penting di cakerawala atas langit Kuala Lumpur. Segalanya bakal berlaku di padang Kelab Selangor dan jam besar di Bangunan Sultan Abdul Samad bakal berbunyi menandakan masuknya tarikh 31 hab menggantikan 30 hb ogos 1957.

Tunku akan menyaksikan kesemua itu dan beliau dijadualkan akan berarak dengan diiringi puluhan motosikal dari rumah kediamannya (sekarang merupakan Bangunan Wisma Putra bersebelahan dengan Dewan Bahasa Dan Pustaka) menuju ke Padang Kelab Selangor.

Tapi apa nak buat kita hanya boleh merancang Tuhanlah jua yang menentukan segalanya. Malang sungguh Tunku apabila rombongan perarakannya tersekat dan terkantoi akibat kesesakan lalulintas yang dibanjiri oleh ribuan manusia yang memenuhi jalanraya. Polis yang pada waktu itu masih belum lagi dibawah kawalan Tunku tidak dapat mengawal keadaan. Maka terlambatlah Tunku sampai jauh daripada waktu sepatutnya.

Untuk mempastikan segalanya berjalan seperti dirancang. Jam besar perlu menunggu kehadiran Tunku sebelum berdetik dan berbunyi menunjukkan pukul 12. Maka berpeluhlah para petugas Jabatan Ukur yang merupakan pengawal jam besar tersebut pada waktu itu menahan pergerakan jam selagi Tunku belum tiba.

Hari keramat itu ditambah dengan ramainya manusia yang berkumpul membuatkan semua tidak merasakan bahawa jam tidak bergerak. Mungkin begitu agaknya bila manusia dalam penantian saat-saat penting dalam sejarah hidupnya. Dan akhirnya tibalah Tunku dan berbetik dan berbunyilah jam besar menunjukkan pukul 12 tengah malam.

Walau bagaimana pun planet di atas angkasa Kuala Lumpur tidak menunggu Tunku, mereka telah lama keluar dari barisannya meneruskan tugas masing-masing sebagaimana yang diperintahkan Tuhan. Punah harapan Tunku untuk menumpang tenaga fenomena barisan planet tersebut pada malam itu.

Begitulah lebih kurang ceritanya !
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa Tunku pilih 31hb Ogos 1957 tarikh merdeka?

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. percaya kepada keajaiban planet untuk menentu masa depan negara! adakah ini satu bentuk syirik yang paling nyata!??

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !