Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, August 6, 2012

Melilau di Kuala Kangsar

  Mohd Shubhi       Monday, August 6, 2012
 Aku turun ke Kuala Kangsar lama sebelum puasa hari tu, tapi tak sempat nak buat posting. Olah kerana gambar dah ada elok jugak aku tulis sesuatu tentang lawatan aku ke K Kangsar tu. Sebenarnya aku pergi Sungai Siput kubu Samy Vellu suatu masa dulu, makan kenduri rumah bapa mertua abang aku. Kesempatan tu aku dapat jumpa keluarga aku yang datang dari Bukit Mertajam di rumah kenduri. Lepas kenduri aku ajak mereka jalan-jalan ke Kuala Kangsar.


Istana kayu kat atas tu adalah istana hebat yang dibina oleh seorang pandai kayu dari Bukit Mertajam. Tukang kayu tu diimpor khas untuk membinanya. Tak ada sebatang besi atau paku pun pada istana tersebut semuanya daripada kayu. Bukan senang nak cari orang yang mampu buat pertukangan sebegitu lagi sekarang ni.

Perak sebelum ini diperintah oleh sultan yang cukup kuat menentang British. Dia lansung tak suka Mat Saleh jahat tu memandai-mandai nak tunjuk kuasa di Perak. Tapi malangnya British yang licik tu akhirnya membuang sultan tersebut ke Cyprus atas alasan bersekongkol dengan pembunuhan orang besar British. Lalu sultan baru dilantik dengan penuh adat istiadat menggantikan Sultan anak jantan yang bermaruah. Apa nak buat ditakdirkan pihak yang menentang British berada dipihak yang kalah.

Aku suka pergi ke Perak. Aku suka suasana negeri tersebut yang punya banyak sejarah dan mempunyai kampung-kampung indah penuh dengan kebun buah-buahan.

Tak jauh dari Istana kayu tu ada Masjid lama yang tidak kurang hebatnya jugak. Aku pergi ke sana tengok keindahan Masjid tersebut. Ruang solatnya tidak luas macam masjid zaman sekarang. Maklumlah manusia tidak seramai sekaran pada masa British dulu.

Orang Melayu sikit amat dan pernah satu ketika orang Cina yang diusung bawa dari Tanah Besar Cina hampir nak teng jumlah orang Melayu di negara kita. Tapi kemudiannya jumlah Melayu ramai semula. Aku tak kaji pulak macam mana jumlah Melayu naik balik secara mendadak selepas merdeka. Tapi aku pasti warga Indonesia ramai jugak yang diserap jadi warga melayu di negara kita.

Apapun nikmatilah sedikit gambar yang sempat aku rakamkan dalam lawatan singkat ke Kuala Kangsar









logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Melilau di Kuala Kangsar

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !