Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, September 3, 2012

Cara mudah kuatkan sperma!

  Mohd Shubhi       Monday, September 3, 2012
Orang lelaki kalau setakat bertubuh sasa macam Incredible Hulk tetapi mempunyai sperma yang tak sihat dan kuat, tak ada gunanya.

Tubuh kuat mesti disertai juga dengan sperma yang sihat. Apa yang dikatakan sperma tak sihat?, sperma tak sihat biasanya:

  • Tak pandai berenang atau tak kuat berenang. Kalau tak kuat berenang macam mana nak pergi jauh untuk aktiviti persenyawaan. Bila lemah berenang alamat terkandas ditepian lah jawabnya.
  • Sperma tak sihat juga mempuinyai kepekatan yang rendah.
  • Bentuk yang tidak normal tidak segak tampan bergaya dan tidak cergas juga menandakan sperma tidak sihat. 
  • Cromosome tidak normal juga adalah tanda-tanda sperma tak sihat.
Jika sperma sihat belum tentu akan melekatkan zuriat. Apatah lagi jika sperma tidak sihat, bertambahlah lagi kemungkinan tak menghasilkan zuriat. Jadi kalau nak sihatkan sperma macam mana?

Senang saja, makan walnut setiap hari. Jadikan ia sebagai diet harian anda. Kajian menunjukkan amalan makan walnut setiap hari menyihatkan sperma. Sperma menjadi cergas, pandai dan kuat berenang, tahap kepekatan juga bertambah baik.

Tapi nanti dulu. sebelum anda pergi kedai dan beli stok walnut, baca ini terlebih dulu. Kajian dilakukan terhadap mereka yang berumur 21 hingga 35 tahun sahaja. Kajian tidak pula nyatakan jika umur anda melebihi 35 tahun mempunyai kesan yang sama dengan makan walnut.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cara mudah kuatkan sperma!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !