Jas duit

Jasduit - Just do it !

Thursday, September 27, 2012

Terserempak benda halus!

  Mat Bihi       Thursday, September 27, 2012


Diri atau otak sentiasa sibuk. Ketika solatpun otak sibuk. Macam-macam nak difikirkan. Kesibukan otak berfikir dah jadi habit yang tak boleh ditinggalkan. Sambil jalan kaki otak masih sibuk, sambil bawa kereta otak tetap sibuk. Bila nak berhenti dari penyakit sibuk ni?

Bila dah tak tahan dengan sibuk, aku bawa diri dan anak-anak mandi jeram tepi hutan. Aku harap dapat mencari ketenangan. Aku harap dapat melihat apa yang aku tak perasan selama ini. Aku harap dapat lihat benda halus yang manusia sudah mula tidak perdulikan lagi.


Memang benar ada benda halus. Kewujudannya yang tak begitu halus tetap tidak dilihat oleh kita. Kita leka. Kehadirannya kita buat tak tahu. Tak mahu ambil tahu. Kita biasa faham benda halus tu orang bunian atau makhluk jin. Tapi masih ada lagi benda halus dalam ertikata halus yang kita tak perasan.

Di tepi jeram di celah batu-batu, aku terlihat banyak benda halus. Bukan main indah lagi kehalusannya. Apakah kehadirannya sia-sia? aku yakin tidak sama sekali, ada fungsinya. Namun kita buat tak perasan dan kita pijak saja.

Pokok-pokok halus banyak tumbuh di celah-celah batu. Banyak juga di celah-celah perdu pokok. Di tepi-tepi pagar, di tepi longkang rumah kita malah di sepanjang jalan di negara kita. Namun kita buat tak tahu. Tak ambil sedikit masa untuk tunduk merenung bunga-bunga halus dan ajaib tersebut. Lalu kita sebut Masya'allah!, Subhan'allah!, Allahuakbar!.

Mari kita layan sebentar benda-benda halus yang aku rakamkan dengan kamera aku di tepi jeram, di celah batu. Hebat ciptaan Allah!












logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Terserempak benda halus!

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment