Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, December 23, 2012

Dari Penang ke Langkawi

  Mohd Shubhi       Sunday, December 23, 2012
 Baru-baru ni balik ke Penang untuk menjenguk Ibu. Kebetulan ada urusan di Langkawi jadi lepak beberapa hari di Penang sebelum bergerak ke Pulau Langkawi. Di Penang sempat berjumpa dengan Datuk Seri Rahman Maidin untuk makan tengahari sambil bincang hal ehwal politik.


 Makan beramai-ramai bersama Rahman maidin dengan disertai oleh wartawan Harakah nampak berselera. Aku tengok saja kerana kebetulan hari Isnin aku berpuasa.
 Keesokkan harinya bersama dengan 2 lagi rakan pergi ke Tanjung untuk dengar kuliah BJ Habibie. Macam biasa kalau ke sana tak pekena nasi briani Hamidia tak sah...
 Ini menu biasa yang diambil. Sedap sungguh, ceritapun tak boleh nak uraikan...
 Zaid Ibrahim juga hadir dalam kuliah BJ Habibie


 Malam tu singgah pulak kat Gelugor pekena nasi kandar kat situ. Kami makan 4 orang isi penuh dengan macam-macam lauk. Aku pergi bayar cuma RM15 saja...memang murah dan terlalu berbaloi...
 Tengok lauk tu! berbagai-bagai...
 Tengok mulut dia senget sambil isi lauk dalam pinggan...
Selepas tu baru pi Langkawi kat sini...tengok laut, bincang dan balik ke Penang hari tu juga...
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Dari Penang ke Langkawi

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !