Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, February 24, 2013

Lagi Masjid menarik - Tg Malim

  Mohd Shubhi       Sunday, February 24, 2013
Kawasan wuduk
Aku ada masukkan dalam blog ni gambar sebuah masjid yang ringkas dan menarik yang aku lihat di Kuala Selangor sebelum ini. Aku tertarik dengan senibinannya yang ringkas tapi menarik kemas dan rapi. Aku yakin kosnya juga tidaklah setinggi binaan Masjid-Masjid lain yang cukup hebat dengan hiasan bertatahkan ratna mutu manikam.

 Aku sangkakan Masjid sebegitu hanya terdapat di situ sahaja. Namun baru-baru ini aku ke Utara menggunakan jalan lama. Sedang melalui jalan di Tanjun Malim aku terserempak dengan sebuah masjid yang mempunyai reka bentuk saling tak tumpah sebagaimana yang terdapat di Kuala Selangor.
 Berkemungkinan ianya daripada kontraktor dan arkitek yang sama. Kali ni aku ambil gambar lebih sedikit sebab waktu siang. Lagi tak ada orang ketika itu dalam waktu sekitar pukul 11 pagi.
 Cu alihat bahan-bahan yang digunakan dalam pembinaan masjid tersebut. Ringkas dan manrik. Masjidnya juga lapang dan bersih serta nyaman sekali.
Ruang depan
 Yang paling penting Masjid jenis itu hanya satu tingkat dan tak perlu naik tangga sebagaimana kebanyakan masjid laian sekarang ini yang menyusahkan ramai veteren yang sering ke Masjid.
Dinding ringkas dan menarik
 Masjid tinggi yang memerlukan naik tangga ke dewan utamanya banyak menyusahkan orang tua-tua. Takkan kita mahu tidak galakkan orang tua-tua melazimkan diri ke masjid dengan menyusahkan mereka?. Bagi aku design Masjid yang bertangga tinggi membuatkan ia tidak kondusif bagi warga tua. Aku sering dengar dan lihat sendiri orang tua jatuh tersepuk dan patah kaki ketika sedang tergocoh-gocoh naik tangga nak berjemaah.
Menara Masjid
 Tahap bahaya tangga masjid ditambahkan lagi dengan pemasangan mar-mar yang cantik tetapi licin sebagai perangkap untuk memejamkan mata orang tua-tua lebih awal. Mungkin para perekanya berniat baik untuk memastikan ramai orang tua-tua meninggal jatuh tangga di Masjid, kerana mati ditangga masjid ketika mahu bersolat dilihat baik dan mulia.
Ruang dalam masjid

Musafir tumpang tidur di luar ruang legar Masjid

Taman tempat rehat di depan masjid

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Lagi Masjid menarik - Tg Malim

Previous
« Prev Post

7 comments:

  1. cantik...k.slgr n tg makim ni kat mana... d pekan depa ka? nama?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau Kuala Selangor tu, datang dari Ijok di simpang T trafic light pusing ke kiri (arah Klang) hanya dalam lingkungan 300 meter dari trafik light tu.

      Mungkin betul macam saudara bawah ni komen, itu kat Ulu Bernam, silap tak ambil alamat masjid tu...lepas ni ada kesempatan ambil lain Insyallah.

      Delete
  2. ni kat hulu bernam bukan tanjung malim

    ReplyDelete
  3. tapi syg...bila 'Asar..apa lagi Suboh..... bnyk sejadah dari jemaah....

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, sejadah lebih banyak dari jemaah di kebanyakan masjid dan surau. kita ajar anak-anak kita pergi berjemaah

      Delete
  4. Satu aje nak komen. Tempat wuduk patut ada dinding (sori ..senang macam "tempat buang air kecil tandas lelaki" tu) untuk mengelak air terpercik kepada jemaah lain. Longkang bawah juga patut lebih dalam, juga untuk mengelak air terpercik. Hampir semua masjid di Malaysia tiada, tapi di Indonesia ada.Ini komen umum bagi semua pihak terlibat.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !