Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, March 19, 2013

Audit lesen membunuh

  Mohd Shubhi       Tuesday, March 19, 2013

Ini gambar proses audit bagaimana kerja-kerja membunuh makhluk perosak industri pertanian dijalankan. Salah satu syarat untuk membolehkan apa saja barang pertanian atau barang hutan seperti kayu serta yang berkaitan dengannya masuk ke negara luar di seluruh dunia adalah mesti bebas daripada sebarang serangga dan makhluk perosak.

Untuk itu, satu teknik yang dinamakan fumigasi perlu dijalankan bagi membunuh segala makhluk serta serangga perosak yang terdapat samada di bahagian luar ataupun di dalam kayu atau hasil pertanian. Dalam kerja membunuh itu gas beracun yang paling bahaya dalam kategori racun digunakan. Gas tersebut dinamakan Methyl Bromide.

Oleh kerana gas itu terlalu merbahaya dan tidak ada rawatan jika terkena manusia, maka segala kerjanya diwajibkan berlesen. Daripada urusan membeli, menyimpan dan menggunakan kesemuanga wajib dicatit dan di tunjukkan apabila audit dijalankan.

Kerjanya pula akan dipantau oleh pihak berkuasa dari jabatan pertanian. Semuanya perlu dilaksanakan dengan selamat dan betul.

Kenapa perlu pakai gas?
Ini disebabkan dalam segala jenis racun, hanya gas sahaja dapat membunuh dengan berkesan dan masuk ke dalam rongga kayu atau hasil tani. Apabila diudarakan bebas, gas akan mudah terurai dan keluar bercampur dengan udara tanpa tertinggal di dalam bahan yang dirawat.

Jika bahan kimia cecair digunakan, sudah pasti segala bahan tidak dapat digunakan lagi kerana akan melekat segala racun di dalam bahan kayu atan bahan tani tersebut.

Setakat ini, tidak ada lagi bahan yang lebih berkesan untuk digunakan menggantikan bahan merbahaya Methyl Bromide ini di pasaran.
Pasir digunakan untuk menutup kebocoran pada paip gas yang masuk ke dalam kontena
Sebenarnya, dengan penggunaan gas bagi merawat serangan serangga perosak terhadap hasil pertanian, dunia dapat mengelakkan kerosakan serta kemusnahan berjuta-juta tan makanan rugi seperti beras, gandum, jagung dan lain-lain.

Tanpa gas tersebut, lebih 20% bahan makanan dunia akan hancur dirosakkan oleh serangga perosak ketika disimpan di dalam stor. Begitulah kepentingan aktiviti Fumigasi dalam industri pertanian.
Namun untuk melakukan tugas rawatan menggunakan gas, segalanya perlu dikira. Keselamatan perlu menjadi perkara utama. Jumlah gas tidak boleh lebih dan tidak boleh kurang dan masa juga perlu dipantau dengan betul.

Jumlah gas yang akan digunakan bergantung pada isipadu kawasan yang mahu dirawat.

Segala bahan yang akan dirawat berada di dalam kontena yang dibalut dengan kanvas tebal

Pegawai audit memeriksa air dipanaskan. Ia digunakan untuk melalukan gas
agar lebih pantas dan berkesan


Gas merbahaya perlu dihadapi dengan alat keselamatan yang betul. Penapis yang digunakan
perlu dipantai masa penggunaannya

Pegawai audit bertanyakan soalan teknikal pada pekerja untuk menguji tahap kemahiran pekerja

Memeriksa jika ada kebocoran dengan menggunakan alat pengesan elektronik


Ada kebocoran dikesan. Pekerja menekan sandsnake agar rapat menutup kebocoran




Petugas dari jabatan pertanian sedang mengaudit bacaan gas yang telah dilepaskan

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Audit lesen membunuh

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !