Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, March 6, 2013

Boikot kedai mamak - Cari rempah kari DIY

  Mohd Shubhi       Wednesday, March 6, 2013
Aku rasa bagus juga ikut seruan orang ramai untuk boikot kedai-kedai atau restoran mamak yang ikrar untuk sokong BN dalam PRU 13, walaupun aku tak nampak macam mana mamak-mamak ni boleh gunakan kedai mereka untuk sokong BN.

Kononnya sebanyak 18 ribu kedai restoran mamak akan sokong BN diumumkan oleh persatuan mereka sebelum ini. Taukeh kedai mungkin sokong dengan beri undi pada BN, tapi para pekerja kedai mamak ni 99.9% semuanya import dari luar, mereka bukannya pengundi melainkan jika telah dineri kerakyatan secara percuma hasil dari ikrar para taukeh kedai mamak.

Ditolak dan dicampur, mamak ni cuma nak dapatkan publisiti murahan dengan hasrat kedai mereka akan dikunjungi oleh para pennyokong BN setiap malam sepanjang kempen PRU13 berjalan. Ini kerana majoriti kedai mamak buka 24 jam tanpa henti. Mereka sama tamak himpun duit sampai tak kenal waktu rehat dan waktu kerja macam segolongan tertentu di negara kita ini...siapa lagi kalau bukan BN! hehehe.

Memandangkan alternatih makanan mamak perlu dirangka terlebih dulu sebelum berhenti makan di kedai mamak, maka aku bertanya di mana boleh dapatkan rempah kari sempoi yang boleh digunakan untuk menyediakan masakan mamak sendiri di rumah.
Korek sana, korek sini, akhirnya aku jumpa kedai yang jual kari campur original di Pulau Pinang. Kata penunjuk arah, kedainya terletak di market Kepala Batas, kawasan bekas PM, Pak lah. lalu bila balik ke Penang aku pergi cari di sana.
 Bila sampai terjumpalah kedai rempah kari Ali...mamak juga. Real punya mamak datang dari India dan sering balik ke India hantar bekalan pada sanak saudaranya yang dengar kata masih ramai di India. Aku tak sempat beli di kedainya kerana dah nak tutup. Urusniaga di market itu berakhir pada pukul 1 petang.

Kalau nak beli, kata Ali kena ikutnya ke rumah. Kat rumah dia akan kasi campur segala ramuan kari yang aku mahu. Sebelum dia tutup kedainya di market itu aku suruh dia posing dulu sebagai rakaman perjalanan Nah tudia Mamak Ali rempah berda di depan kedainya!
 Aku ikut Ali balik ke rumahnya. Dia kayuh basikal saja dari Market ke rumah sebab tak berapa jauh. Aku kata dalam hati kedekut punya mamak, patutlah kaya raya!. Sampai di rumah dia terus buka kunci dan mula buat campuran rempah yang aku minta:

  • Sup mamak
  • Kari ikan
  • Kari daging
  • Kari dalca
  • Kuah rasam
  • Kari gaul goreng ayam
  • Dll termasuk papedom

 Mamak akan campur berdasarkan jenis kari yang kita minta dan masukkan dalam beg plastik dan goncang untuk gaul sama rata. Masa dia nak goncang, dia buka sikit bukaan plastik dan mulutnya terkumat kamit membaca doa. Doa apa aku tak pasti tapi selepas itu dia hembus sikit sebelum goncang dan ikat dengan kemas.
Mamak Ali tak henti tanya aku pasal kamera yang aku pegang. Dia tanya apa kamera yang bagus. Canon EOS atau Nikon?, nampaknya mamak memang ada minat dengan DSLR. Aku dengar dia sebut DSLR dengan jelas dan terang menunjukkan dia ada menaruh niat nak beli satu. Atau mungkin dia ingat aku nak hadiahkan kamera aku padanya?
Selepas selesai semunya, Ali bagi tips sikit untuk membuat segala masakan yang mahu seperti kari, rasam, goreng ayam, dalca dan lain-lain. katanya ikut petuanya insyallah mujarab ramuan tersebut. Aku senyum dan ucapkan terima kasih.
Isteri aku hafal sedikit sebanyak petua dari Ali. Dia yang nak kena masak dan aku jadi tukang rasa. Setakat ini masakannya memang menyelerakan aku dan aku lebih selesa makan dirumah daripada makan di kedai. Sebab utama bukannya atas rasa sedap, tapi atas faktor dapat menjimatkan wang yang bermakna....itu usaha aku untuk sahut seruan boikot restoran mamak...hangpa macam mana?
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Boikot kedai mamak - Cari rempah kari DIY

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. Rempah ok lagi...Restoran mamak majoriti pakai ayam dr kilang cina di Vador. TLC chiken...ada sijil halal..tapi pajak saja dr pe megang sijil Halal kepunyaan org.Islam yg tak bertanggungjwb....penyembelihan yg amat d ragui..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dengar kata ada restoran yang besar rangkaiannya semalaysia pakai ayam dari valdor ni, sedangkan kehalalannya diragui...ada maklumat kongsi le!

      Delete
  2. Tok Selampit memang tak suka mamak. Cuba tengok dalam posting blog Tok ada citer kat sana.

    ReplyDelete
  3. 1 restoren mamak ada paling kurang 20 pekerja x 18000 = 360,000 worang dpt ic segera & pengundi hantu bayangkan kemudaratan yg akan terjadi kalau perkara ini benar berlaku. mustahil? bagi umnu tiada apa yg mustahil. keturunan ini sanggup buat apa saja asal jadi kaya & kuasa. sejarah telah terbukti robohnya kjn kesultanan melayu melaka krna mamak pedukang

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !