Friday, 31 May 2013

Jenguk sebentar ke Pengkalan Balak

Posted by   on

Selasa baru-baru ini aku dapat panggilan ketika sedang berjalan waktu pagi di sekeliling padang depan rumah. Aku tengok jam baru pukul lapan. Pelik? biasanya jarang ada panggilan awal sebegitu. Aku keluarkan telefon bimbit dari poket dan tengok siapa yang telefon.

Rupanya seorang kawan dari Melaka. Dia menumpang orang dari Melaka untuk ke Institut Jantung Negara di Jalan Tun Razak. Kawan aku tu ada masalah jantung yang asyik tersumbat pada arteri, jadi kena selalu periksa di IJN untuk pemantaian perkembangan kesihatannya.

Orang yang dia tumpang pulak tak mahu masuk ke dalam pusat bandar kerana takut jem. Jadi dia nak tinggalkan kawan aku tu di tol UPM Aku cuba pujuk dia agar cari tempat yang lebih mudah untuk aku pergi ambil tapi nampaknya dia ada sebab tersendiri untuk lepaskan di situ jugak.


Walaupun baru dua pusingan aku berjalan kaki pagi tu, aku terpaksa berhenti untuk bersiap pergi ambil kawan tu. Kalau tak, kesian dia menunggu keseorangan di tol UPM Serdang. Dah la sakit jantung tak larat, dibiarkan pula begitu.

Aku pecut terus melalui jalan belakang menuju ke UPM dan sampai saja aku terus ambilnya dan menuju ke Pusat Bandar melalui Sg Besi. Oleh kerana dia masih belum makan dan aku juga belum sarapan, aku terus bawanya ke restoran Haslam, restoran kegemaran aku.

Macam biasa tak ada ruang kosong untuk letak kereta depan restoran, aku berhenti depan restoran suruh dia pergi masuk agar dia tak perlu jalan jauh. Aku pergi cari ruang kosong agak jauh letakkan kereta dan berjalan ke restoran. Bagus juga dapat berpeluh.

Kami kakan bersama dan berbual tentang kehidupan. Aku lebih banyak mendengar dari bercakap seperti biasa. Selesai makan aku bayar dan suruh dia tunggu sementara aku pergi ambil kereta. Kemudiannya aku terus hantarnya betul-betul depan tangga IJN dan terpaksa bergegas balik ke pejabat sebab ada urusan penting.

Aku pecut pula ke Shah Alam dan selesaikan urusan. Sejam selepas itu aku telefon semula kawan akau takut-takut kalau dia dah selesai. Niat nak pergi jumla kawan di Seksyen 13 terbatal sebab dia dah siap. Aku terpaksa patah balik ke KL dan mengambilnya semula.

Aku tanya macam mana dia nak balik ke Melaka. Dia kata tak tahu. maknanya akulah yang kena hantar. Aku batalkan semua urusan aku dan tangguh hingga ke petang sebab nak kena pergi Melaka. Aku terus pecut melalui SG Besi sekali lagi untuk ke Malaka sepantas mungkin.
Aku suka ambil jalan PD untuk ke Melaka. Oleh itu aku belok menuju ke Sepang terlebih dulu dan kami singgah solat di Masjid Sepang. Untung ada kemudahan jamak dan qasar. Aku siapkan semuanya agar lebih selesa untuk cepat sampai menghantar kawan aku itu.

Selesai solat kami teruskan perjelanan dan singgah di Lukut untuk makan tengahari. Kami makan di satu restoran Melayu tepi jalan dan sambung balik terus menuju ke Melaka. Sepanjang jalan kawan aku tu tidur. Mungkin kerana letih dan tak berapa segar.

Untuk hilangkan mengantuk aku telefon habis kawan-kawan ayang ada untuk berbual sambil memandu sehinggalah sampai ke depan rumah kawan aku tu. Aku tak singgah lagi sebab kena bergegas patah balik untuk sampai semula ke Shah Alam.

Begitulah urusan aku habis satu hari. Tolong orang yang memerlukan bantuan. Aku harap dapat ganjaran yang setimpalnya di akhirat nanti. Waktu balik, hari dah petang. Cuaca pula baik dan aku rasa nak singgah ambil gambar di Pengkalan Balak untuk kenangan.

Gambar yang aku paparkan di sini semuanya di Pengkalan Balak. Masa aku letak kereta di tepi jalan dan turun jalan kaki ke pantai, aku melalui sebuah rumah kampung di depan laut. Aku tengok ada dua kanak-kanak comel sedang rehat duduk bersandar atas kerusi sedang menikmati waktu petang sambil mengadap pantai.

Terpancar kedamaian pada kedua kanak-kanak itu walaupun penginapan mereka cukup sederhana. Aku rasa rindu pada zaman kanak-kanak semula. Alangkah indahnya jadi macam mereka. Tak ada masalah dan tak ada orang nak salahkan mereka.

Bila dah besar ni tanggung jawab besar pula. Bila kerap sangat nasihat orang, orang kata kita pandai sangat pulak. Aku pernah kena sound pandai bertingkat-tingkat sebab memberi nasihat. Maknanya orang yang aku nasihat itu tak iktiraf status kelayakan aku.

Jadi jalan terbaik adalah hentikan nasihat pada orang yang pandang rendah pada kita. Biarlah orang yang dia pandang tinggi menasihatinya. jangan susuahkan hidup kita buat benda yang tak mendatangkan hasil.

Apa yang aku cuba praktiskan dalam projek ambil gambar aku sekarang adalah konsep ringkas dan damai. Oleh itu aku perlu pastikan gambar aku tak berserabut dan kurangkan bahan dan juga kurangkan kepelbagaian warna. Cuba tengok gambar yang aku ambil. Aku rasa dah agak menepati ciri-ciri ringkas tersebut.

Setakat itu saja kali ini celoteh aku.

2 comments:
Write comments
  1. Saya juga sama berdoa dgn Quote"kemboja_emas"
    Mudah-mudahan TT dilimpahi rahmat Allah SWT...banyak jasamu membantu sahabat2 yg kesusahan"unquote

    Ameeeeen..

    Tentang Nasihat..memang orang kita masih di bawah pengaruh British..atau "British oriented" di mana semangat pengabdian atau jiwa abdi masih kekal wpun dah hampir 60 tahun Merdeka...

    Biasa nya Orang kita hanya akan memandang org Bangsawan.,orang kaya kaya,orang ada pangkat ada kedudukan..sebagai yg layak memberi nasihat dan mereka akan menurut/ mengikut apa jua nasihat mereka ini secara membabi buta.,dalam masa yg sama akan menolak Nasihat atau pandagan para Ulama'.


    Jadi jangan Saudara berkecil hati...NASIHAT lah Katakan lah apa yg baik..kerana Allah amat mengatahui apa yg kita rahsiakan apa yang kita zahirkan dan apa yg kita usahakan...

    Bukankan Allah sebaik baik tempat bagi kita serahkan dn memohon pertolongan.

    In sya Allah.

    Jgn Maree...



    ReplyDelete
  2. Putra IJ80,
    Terima kasih atas nasihat. Benar sekali kata tuan... Allah lah sebaik-baik tempat mengadu tempat memohon tempat berlindung.

    Cukup hanya Allah bagi aku...tk

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter