Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, June 28, 2013

Kenangan belayar # 8: Dibuai warna

  Mohd Shubhi       Friday, June 28, 2013
Antara ciptaan indah yang banyak memberikan kesan dalam jiwa manusia adalah warna. Banyak kajian dilakukan terhadap kesan warna kepada mood atau perasaan atau jiwa manusia. Ada juga yang memerhatikan kesan warna pada tarikh lahir seseorang individu.

Hasil daripada berbagai kajian terhadap warna yang mampu mempengaruhi mood manusia, para peniaga menggunakan atau lebih tepat lagi mengekploitasikan warna serta hiasan di dalam perniagaan mereka. Mereka gunakan warna merah dalam meletakkan harga dan diskaun, mereka gunakan warna biru untuk produk lelaki dan berbagai-bagai teknik lagi.

Pelayan atau promoter juga dipilih untuk memakai warna tertentu dalam urusan harina mereka bergantung di mana mereka bertugas dan dengan siapa mereka bakal melayan. Semua ini dapat memberikan pengaruh pada keputusan orang yang akan kita cuba yakinkan.

Nah! kalau begitu, tidak hairanlah jiwa terlalu asyik dan shaydu sepanjang berada di lautan terutamanya pada waktu pagi dan waktu senja....damai! Semua itu indah sekali apatah lagi dengan adanya berbagai warna.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenangan belayar # 8: Dibuai warna

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !