Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, July 6, 2013

Kenangan belayar #11 ; Pulau Kapas lagi

  Mohd Shubhi       Saturday, July 6, 2013
Di Pulau Kapas, kami minum dan makan free di sebuah Restoran Resot yang dinamakan Qimmi Chalet. Pemiliknya seorang usahawan yang berubah arah dari seorang usahawan dalam industri logistik menjadi pengusaha resort.

Dia menyelamatkan diri pada zaman kegawatan ekonomi tahun 1997. Habis perniagaannya merosot pada waktu itu. Lalau dia buat keputusan nekad menjual semua perniagaan dan apa saja aset yang ada dan balik ke Terengganu dan membeli sebidang tanah di Pulau Kapas dan mengubahnya menjadi resort sebanyak 13 buah Chalet. Dia habis RM1.5 juta untuk merealisasikan semua itu.


Dengan usaha gigih dan bijak akhirnya dia berjaya menyara kehidupannya sekeluarga dengan baik di sana. Mereka tinggal diresort sekeluarga. Setiap pagi dia akan menghantar dua anaknya ke Tanah Besar untuk bersekolah di Internasional School di sana. Maknanya gaya hidupnya agak tinggi kosnya dan ini menunjukkan dia mampu menyara kehidupan dengan perniagaan yang di ada sekarang.

Restoran dan resortnya telah penuh sepanjang tahun. Orang tempah penuh dan kesemuanya adalah dari pelancong luar negara. Dia pasarkan resortnya itu hanya diinternet untuk pasaran antarabangsa. Pantai di kawasan Chaletnya itu cukup cantik damai dan bersih sekali. Masalah cuma banyak nyamuk, itu saja yang mengacau pengunjung.

Kami berbual panjang dan bila hari hampir malam kami ke kapal semula untuk tidur. Ini malam terakhir kami di Pulau Kapas dan menjadi malam terakhir pelayaran yang cukup menarik bagi aku. Pengalaman sepanjang hayat.

Lihat beberapa gambar yang aku rakamkan di sana. Ada lagi sedikit gambar pemandangan pulau kapas akan aku pamerkan selepas ini insyallah.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenangan belayar #11 ; Pulau Kapas lagi

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !