Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, July 24, 2013

Tunjuk langit !

  Mohd Shubhi       Wednesday, July 24, 2013
Setiap kali aku senam jalan kaki keliling padang aku akan perhatikan buah yang pelik di atas pokok tu. Dalam hati tertanya-tanya apa jenis punya buah agaknya itu. Nampak macam sedap saja dari jauh sebab ada macam rupa buah Binjai sedikit. Aku tunggu-tunggu bila buah ni nak jatuh untuk melihat isi kandungannya.


Satu hari aku lihat sebiji buah itu jatuh di bawah pokok. Aku pergi dapatkannya dan pecahkan untuk melihat apa isi di dalamnya. Ternyata tidak menyelerakan. Tak ada apa-apapun yang menarik di dalamnya melainkan seperti kepingan pucuk atau daun yang tidak menarik. Lalu aku tinggalkannya begitu saja.

Aku dah dapat jawapan atas kemusykilan selama ini. Jelas bahawa buah itu tak best. Itulah yang aku fikirkan dan sejak itu aku biarkan saja tidak memperdulikannya lagi.

Satu hari adik ipar datang dari Kuantan. Dia ke taman dan melihat pokok serta buah yang ada di taman itu. Katanya itu buah 'tunjuk langit'. Harganya sangat mahal dan orang berebut nak dapatkan buahnya. Dia pernah panjat pokok untuk dapatkan buah tersebut.

Aku mula beri perhatian semula pada pokok dan buah tersebut. Aku google maklumatnya dan ternyata buah tunjuk langit berkhasiat tionggi dan mampu merawat berbagai penyakit. Kalau nak kuruspun boleh makan buat tu dan kalau nak gemukpun boleh makan juga. Ertinya dengan makan buah tunjuk langit, badan anda akan jadi sedang-sedang saja.

Buah tunjuk langit melancarkan perjalanan darah, mengawal tahap gula, mengawal tekanan darah, mengawal masalah gout dan lain-lain lagi.....aku terus mula pergi kutip buah itu setiap kali ada kelapangan. Sekarang ada bekalan buah tunjuk langit itu dalam tuperware. Buah itu hanya berbuah setahun sekali, selepas ini tak ada lagi bekalan selama setahun jadi aku simpan bekal untuk setahun.




logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Tunjuk langit !

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Salam, ingat lagi masa mula-mula rasa buah ni. Pahitnya ya amat, sampaikan makan apa pun lepas tu masih lagi terasa pahitnya. Tak sanggup nak mencuba lagi. La ni makan dan jual yang dah dikapsulkan ajer.

    Sebenarnya Tunjuk Langit ni jika diadun dengan rempah ratus yang lain baru menampakkan kesan penyembuhan lagi cepat.

    Kepada sesiapa yang ingin membeli sila layari web dibawah:

    http://tunjuklangit.bestoneoffour.com/

    ReplyDelete
  2. Terbaik kapsul tunjuk langit! Sekarang mudah telah dikapsulkan..

    ReplyDelete
  3. Salam...Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm30....cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi)

    Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak...melancarkan darah...buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..meningkatkan tenaga dan mencergaskan badan bagi lelaki dan wanita yang berumur berkesan lebih hebat berbanding tongkat ali...mencuci buah pingang..kurangkn kolestrol..menurunkan darah tingi..buah ini selamat di makan...rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan

    Buah tunjuk langit mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.

    Buah yg sy jual adalah asli...bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany....sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan...
    Keluaran sy adalah asli..nama syarikat sy JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !