Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, September 25, 2013

Segmen - Saya mahu ditegur

  Mohd Shubhi       Wednesday, September 25, 2013
Kebiasaannya kita terutamanya orang Melayu memang pantang ditegur. Kita tak suka apabila kesilapan yang dilakukan ditegur apatah lagi secara terang-terangan. Pantang tok nenek bila kena tegur. Kerana teguran dianggap sebagai satu ancaman.

Tapi saya terpanggil untuk ubah tradisi pantang ditegur setelah terpanggil untuk turut sama menyertai segmen- saya mahu ditegur anjuran seorang blogger the flavour of life Eyriqazz.com, great teacher onizuka.

Dengan terbukanya segmen-saya mahu ditegur ini saya berharap dapat menerima sedikit teguran agar aktiviti blogging di blog wartashubhi ini dapat diperbaiki khas untuk kepuasan pada pengunjung yang masuk dan membaca segala penulisan di blog ini.


Teguran boleh saja samada pedas atau manis, pahit atau masam, tawar atau mencuka...asalkan semuanya mampu membina ke arah kebaikan buat kepuasan para pembaca.

Tegurlah apa saja dari segi penulisan, dari segi tema blog, dari segi bahasa yang digunakan ataupun dari segi isu yang diutarakan. Anda boleh juga berikan cadangan perubahan berdasarkan kesesuain mengikut citarasa anda untuk ditulis di blog ini.

Buat para penegur yang menyertai segmen saya mahu ditegur ini, saya berblogging sejak 2008 secara suka-suka. Semuanya hasil galakan daripada seorang kawan yang merupakan blogger politik. Maka mulah saya berblogging secara suka-suka dengan menulis apa yang saya suka.

Kemudiannya aktiviti blogging mula beralih ke arah politik dan juga isu masyarakat. Politik mendapat perhatian istimewa saya sehinggalah berakhirnya pru ke 13 lalu dan blog ini mula menyimpang ke arah yang lebih produktif.

Dari situlah blog ini mula memberikan fokusnya kepada isu semasa, masyarakat dan juga agama sebagai bahan penelitian dan juga berbahasan. Penulisan sebegitu akan diteruskan sehingga entah dalam masa berapa lama lagi...ok! cukup celoteh dan sila buat teguran di ruang komen di bawah.

Terima kasih bebanyak atas teguran anda!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Segmen - Saya mahu ditegur

Previous
« Prev Post

15 comments:

  1. blog ini okey..simple dan lancar...dan banyak info juga

    ReplyDelete
  2. Salam...

    Blog yang simple dan kemas. I like it..
    Mempunyai pelbagai informasi.. :)
    Keep it up ! :)

    ReplyDelete
  3. Blog ni dah cukup rempah ratus dah.. Takde sebarang komen atau teguran.. Teruskan kongsi entri2 menarik.. Best baca..

    ReplyDelete
  4. Salam, Nor pun join segmen ni :).
    Komen daripada Nor :
    1. Blog boleh tengok di mobile.
    2. Penampilan di mobile tidak sama dengan desktop.
    3. Loading ok di desktop dan mobile.

    Selamat bersegmen :)

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Belum join tapi teringin juga nak join untuk kebaikan... Memang ramai orang tak suka ditegur, tapi bab menegur orang lain tak kena itu ini memang dialah juara. Harap-harap kita semua bukanlah macam tu...

    p/s : suka dgn theme blog ni,kemas je.Menarik :)

    ReplyDelete
  6. dah memang cantek dah blog nih. lawa.

    ReplyDelete
  7. Salam ziarah sini
    sedikit teguran

    1) header tu macam kosong, banyak lagi boleh letak lagi kasi meriah.

    Overall blog ni simple dan kemas..
    tahniah

    ReplyDelete
  8. Salam sdr Mohd Shubhi,
    Blog menarik dan simple. Banyak cabang maklumat yang boleh digali di sini. Boleh juga kalau tambah lagi tab kat atas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat, penulis berpengalaman. Ringkas melambangkan identiti dan gaya hidup. Tahniah

      Delete
  9. blog yang ringkas dan blog Hidup Ringkas lebih menarik..apapun terbaik kerana kerana ruang untuk saya membuat teguran lebih banyak..

    ReplyDelete
  10. tak dinafikan, blog ini agak menarik dari segi header, penceritaan dan susunan widget :)

    ReplyDelete
  11. Blog ni dah cantik..kemas dan loading pun laju...semoga kekal berblogging sampai bila-bila..hehe

    ReplyDelete
  12. Sumber informasi masyarakat dan rakyat. Teruskan.

    ReplyDelete
  13. Teguran saya :

    1) Nama blog tidak catchy. Susah ingat,susah eja
    2) Header blog tidak cukup menarik
    3) Template blog too simple

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !