Jas duit

Jasduit - Just do it !

Saturday, October 5, 2013

Inilah Masjid terbaik No. 1 seluruh Selangor

  Mat Bihi       Saturday, October 5, 2013
Masjid As-Salam masjid terbaik no 1
Tahukah anda dalam banyak-banyak Masjid di seluruh negeri Selangor, masjid yang mana satukah yang paling hebat?

Masjid terbaik seluruh Selangor yang menduduki tempat teratas sebagai yang pertama dan terbaik antara kesemua masjid di Selangor letaknya di atas sebuah tasik di Puchong.

Oleh kerana kedudukannya berada di atas tasiklah maka ia juga dikenali sebagai Masjid Terapung. Jika anda pernah menaiki Kapal Terbang untuk turun ke Lapangan Penerbangan Antara Bangsa Sepang, anda dapat lihat Masjid ini dengan indah sekali di kawasan Tasik di Puchong Perdana.

Kenapa Masjid nombor satu di Seluruh Selangor


Ini berdasarkan aktiviti serta sistem pengurusan Masjid yang cukup meriah dan hebat berbanding kesemua masjid yang wujud di seluruh jajahan negeri Selangor.

Masjid As- Salam, itulah namanya. Ia diterajui oleh Nazirnya yang cukup hebat Tuan Haji Yasim Mohamed yang merupakan seorang pemidato yang hebat dan bersemangat. Beliau juga merupakan seorang penceramah dan motivator kepimpinan yang diiktiraf oleh Dale Carnegie Institute of Leadership.

Masjid As-Salam ini sentiasa menyusun berbagai program untuk berusaha menjadi ajen perubahan masyarakat di kharian Puchong. Mereka bukan saja mengadakan ceramah di dalam kawasan masjid, malah ceramah berkala juga diadakan di sekitar kawasan awam di Puchong seperti di kawasan padang permainan, di penempatan flat dan pangsapuri dan lain-lain lagi.

Jika anda mahu tahu lebih lanjut sila lawati blog Masjid As-Salam untuk melihat segala program yang telah dan akan diatur di sana. Sekarang ini sedang berlangsung program anjuran TV9 yang dinamakan Raudah Di Hatiku TV9.

Jika anda tinggal berdekatan sila beramai-ramai bawa seluruh keluarga anda ke sana...ada Upin dan Ipin dan bermacam-macam lagi...
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Inilah Masjid terbaik No. 1 seluruh Selangor

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Sam sama kita imarahkan masjid kawasan kita...ameen

    ReplyDelete
  2. Tahniah dan Takziah.,Tahniah kerana Pihak Pengurusan Masjid As Salam telah meletakkan Masjid As Sllam ditempat yg sewajarnya menjadi contoh Pengurusan Terbaik Negeri Selangor....Takziah kerana penilaian Allah swt mengambil perkara yg tidak dicapai oleh penilaian manusia...Ia merupakn AMANAH .,Ia merupakan KEIKHLASAN..yg dengannya segala amal itu diterima...Semoga Pihak pengurusan Masjid As Salam mencapai martabat ini dan menjadi amal soleh dan solehah bg mereka untuk dihisab di akhirat kelak...Aameen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak faham pada ucapan takziah tu....mohon anon ajarkan ilmu tersebut!

      Delete