Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, November 20, 2013

Bagaimana buka tin sadin tanpa guna pembuka tin

  Mohd Shubhi       Wednesday, November 20, 2013
petua buka tin sardin
Bila masanya kita perlu guna teknik buka tin tanpa guna pembuka tin ini? dalam zaman moden ini biasanya kes sebegini jarang berlaku.

Lagipun, dah banyak tin makanan yang ada pemegang pembuka khas untuk ditarik dengan mudah jika mahu membukanya.

Namun begitu kadang-kadang ada berlaku juga keadaan di mana kita buntu atau hilang arah apabila ada makanan dalam tin tetapi terlupa bawa peralatan membuka tin. Tentu teknik nak buka tin tanpa pembuka boleh membantu.

 Mungkin anda pernah alami kes pergi berkhemah dalam hutan atau tepi pantai dan sebagainya dengan membawa bekalan makan berupa makanan dalam tin. Kemudiannya bila nak buka untuk masak atau untuk makan, baru tahu terlupa membawa pembuka.

Biasanya kalau terjadi kes yang serupa masa berkhemah dalam hutan atau tepi pantai, saya akan gunakan pisau. Pisau tak pernha dilupakan setiap kali buat aktiviti perkhemahan sebegitu. Dengan menggunakan pisau, jari-jemari perlu kuat. Biasanya potongan tin dengan menggunakan pisau membuatkan bukaannya tidak rata dan tidak elok.

Ada masanya kita mungkin tersesat dalam hutan atau di mana-mana sahaja dan ada membawa bekalan makanan dalam beg tetapi tak ada peralatan tajam maupun alat pembuka tin. Dalam kes sebegitu, teknik membuka tin tanpa sebaran peralatan pembuka tin ini boleh digunakan.

Untuk membuka tin makanan dengan teknik survival ini, apa yang perlu ada hanyalah seketul batu yang kasar. Bukan untuk menghempap tin makanan dengan ketulan batu tersebut, tapi untuk digunakan sebagai pengasah muka tin.

Ambil tin makanan yang nak dibuka itu dan asah bahagian atas tin tersebut pada batu. Setelah diasah beberapa ketika, cuba lihat kesan geseran dan cuba tekan tin tersebut. Anda akan dapati tudungnya akan tersembul terbuka dengan mudah.

Ini disebabkan ikatan antara dinding dengan tudung yang dibuat oleh mesin itu adalah satu ikatan nipis yang mudah untuk dihilangkan jika di asah. Tapi anda perlu berhati-hati kerana tudung tin itu tajam. Jangan sampai tangan luka ketika menekan badan tin untuk mengeluarkan tudungnya. Untuk lebih faham lihat video yang saya lampirkan di atas.

Sumber artikel
Sumber gambar
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana buka tin sadin tanpa guna pembuka tin

Previous
« Prev Post

6 comments:

  1. Bagus panduan ni. Time sesak-sesak pembuka tin hilang, bole try. Maklum aje, tengah-tengah bulan macam ni, sardin dalam tin dah jadi menu utama saya. Hehe

    ReplyDelete
  2. pernah buat masa kem pengakap kecil kecil dulu ... ...masalah mungkin habuk masuk masa asah tu ..

    ReplyDelete
  3. biasa memang bawak pisau masuk hutan. Jadi, takde masalah sangat. hoho..

    ReplyDelete
  4. oh... selalu buat masa kecil-kecil dulu... tapi bukan buat dekat tin yang masih ada makanan. buat dekat tin susu pekat manis yang dah kosong. biasanya orang buka tin susu pekat manis tu dia tebuk sikit saja.. bila susu dah habis, tin-tin kosong tu saya dan rakan2 jiran kumpul, dan asah atas simen kasar seperti dalam video diatas. bila penutup dia sudah terbuka, kami basuh dan buat 'telefon mudah' yang menggunakan 2 biji tin dan tali yang disambungkan pada tin tersebut... utk buat main pondok2.. huhu~

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !