Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, January 12, 2014

Burger terbaik di Permatang Pauh - Burger Boy

  Mohd Shubhi       Sunday, January 12, 2014
Burger Boy Penanti
Kalau anda pergi ke Permatang Pauh dan kawasan sekitar dengannya, dan mahu makan burger, di mana agaknya burger terbaik di Permatang Pauh berada?

Di sini saya nak kongsikan maklumat buat orang luar atau mungkin juga orang Pulau-Pinang yang masih tak tahu kat mana boleh makan burger terbaik di Permatang Pauh.

Jumlah peniaga burger di mana-mana saja adanya penempatan memang ramai. Kebanyakan stall burger menyediakan menu yang hampir sama di mana-mana saja.

Cuma baru-baru ini, terutamanya di sekitar Kula Lumpur dan Selangor, telah muncul berbagai olahan semula makanan pantas kegemaran ramai ini di negara kita. Antara yang ramai dah pernah dengar adalah burger bakar.

Kalau di Subang Jaya pula ada burger special yang bukan dijual di stall lagi, sebaliknya dibuat kedai khas seperti sebuah restoran. Paling menarik bila diperkenalkan pula burger yang menggunakan roti berwarna hitam!. Tapi burger tersebut dimiliki oleh usahawan berbangsa Cina. Saya tak pasti status halalnya.

Boy Burger, Burger terbaik di Pekan Penanti

Bermulanya perniagaan Boy Burger ini ada kaitan dengan Parlimen Permatang Pauh. Dia mula pulun jual burger ketika demam pilihan raya merebut kerusi Parlimen di Permatang Pauh. Sebab itu jika anda ke kedai burger tersebut ada banner dengan hiasan pangkah...tanda undi pilihan raya.

Saya dah pernah buat artikel pasal Bor Burger sebelum ini agak lamam dulu. Tetapi ketika itu dia masih beroperasi di tepi pagar berhadapan jalan raya utama Pekan Penanti bersebelahan dengan Balai Polis Pekan Penanti.

Baru-baru ini ketika balik ke Penanti, sempat pula saya makan burger dengan kawan-kawan di kedai baru Boy Burger. Dia sudah berpindah masuk ke kedai yang dulunya dikenali sebagai Restoran Faiz.

Kini Boy Burger sudah punya perniagaan di kedai khas. Ada bumbung, ada banyak meja dan ada banyak kerusi. Ada banyak juga pilihan makanan lain.

Keadaannya jauh lebih selesa dan tidak mangacau lalu lintas lagi seperti dahulu. Ramai orang boleh datang sekali gus tidak krem macam dahulu.

Restoran Boy Burger sekarang tak berapa jauh dari tempat asalnya dulu. Dia hanya berpindah ke depan sikit dari Balai Polis Pekan Penanti. kini kedudukannya bertentangan dengan sekolah rendah Penanti.

Kalau anda datang dari Masjid Kubang Semang menuju ke Mengkuang atau Lunas atau Guar Perahu, anda pasti akan melalui kedai Boy Burger ini. Cuma kedai burger tersebut hanya beroperasi pada waktu malam sahaja. Tidak sebagaimana kedai McDonald's.

Gambar di atas, adalah salah satu burger special yang dihasilkan oleh Boy Burger. Saiznya besar! triple XL dan makan 4 orang tak akan habis. Harganya pula...jeng,jeng,jeng............RM50 sahaja. Nah ambik kau, makanlah nak makan sangat. Dan malam itu kami terpaksa bungkus bawa balik sebab makan tak habis!.

Lain kali, kalau anda lalu di Pekan Penanti pada waktu petang atau malam, jangan lupa singgah kat kedai Burger Terbaik di Permatang Pauh. Pesan pada taukehnya yang bernama Boy katakan 'Bihi' kirim salam dan katakan pada Boy, saya minta komisyen hasil promote burgernya di blog ini...komisyen itu boleh digunakan sebagai diskaun burger yang anda makan....itupun kalau Boy setuju nak berikan komisyen.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Burger terbaik di Permatang Pauh - Burger Boy

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Baru tau burger ni. hihi. Tak perasan bila balik p.pauh. Nanti hujung bulan ni balik kampung boleh try =) inshaaAllah.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !