Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, July 30, 2014

Siri Pembelajaran Pemanduan Defensif – Siri 3

  Mohd Shubhi       Wednesday, July 30, 2014
Siri Pembelajaran Pemanduan Defensif – Siri 3
Lanjutan dari artikel di Siri 2 yang lalu, kali ini saya ingin mengambil peluang untuk memberi penerangan serba sedikit tentang pemanduan defensif.

Apakah yang boleh kita fahami dengan maksud defensif ini? Antara lain, pemanduan defensif ialah satu bentuk “budaya memandu” yang diterapkan ke atas pemandu yang mengikuti kelas pemanduan agar dapat mengelakkan musibah atau kemalangan jalan raya.

Memandu di jalan raya merupakan satu aktiviti yang merbahaya. Mengikut laporan terkini World Health Ranking, Malaysia berada pada kedudukan ke-20 buat Kadar Kematian akibat Kemalangan Trafik – iaitu lebih tinggi daripada negara-negara lain di Asia Tenggara kecuali Thailand.

Menurut World Health Ranking, Malaysia kini mempunyai kira-kira 34.5 kes kematian akibat kemalangan jalan raya bagi setiap 100,000 penduduk.

Jika dibandingkan dengan negara kecil Singapura (kedudukan ke-175) dan negara sebesar China (kedudukan ke-67) yang mempunyai 5.3 dan 20.8 kes masing-masing, situasi kemalangan yang membimbangkan di Malaysia tampak amat jelas sekali.

Kita tidak boleh mengambil sikap sambil lewa atau sikap “Tidak Apa”ketika memandu di jalan raya. Oleh itu sikap pemanduan defensif penting didalam merangka perjalanan.

Saya akan cuba mengupas sedikit-demi sedikit pada siri-siri akan datang. Pada kali ini, saya akan cuba memberikan sedikit sebanyak langkah-langkah yang boleh diambil serta informasi yang sesuai diketahui bagi merencanakan perjalanan anda.

Anda kena pastikan bahawa diri anda tidak mengantuk dan berada pada tahap pemanduan yang positif. Kadang kala keadaan mengantuk atau sifat terlalu marah ataupun terlalu gembira juga boleh menjadikan anda tidak fokus kepada keadaan jalan raya serta aktiviti pemanduan.

Pemanduan defensif atasi betul atau salah

Oleh kerana tujuan utama kita ialah ingin mengelakkan daripada terjadinya sesuatu kemalangan, kadang-kala kita mungkin tidak boleh berkira samada kita ini “betul”dari segi undang-undang, tetapi perlu melihat kepada aspek keselamatan mendahului soal siapa betul dan siapa salah.

Contohnya Kes – Undang-Undang atau Keselamatan?

Saya sering melihat pada simpang empat yang ada lampu isyarat. Saya berada pada kedudukan hadapan di salah satu daripada 4 lampu isyarat di sesebuah simpang empat. Namun, jika saya hendak mengikut undang-undang jalan raya dan “protocol”nya, maka apabila lampu isyarat saya sudah berwarna hijau, maka saya hanya perlu bergerak ke hadapan, ke kiri atau ke kanan.

Tetapi jika anda mempelajari teknik pemanduan defensif, anda tidak akan bergantung semata-mata kepada lampu isyarat semata-mata kerana seringkali saya melihat ada kenderaan seperti kereta atau motosikal yang bergerak laju dari arah yang berlainan.

Mungkin dengan harapan untuk pemandu atau penunggang tersebut hendak “beat the yellow atau red light” dan dengan kelajuan kereta atau motosikal tersebut, saya masih tidak bergerak walaupun lampu isyarat saya hijau dan membiarkan kenderaan lain melepas lampu isyarat dahulu sebelum saya bergerak.

Contoh yang lain ialah, ketika saya hendak membelok ke selekoh kiri dan setelah saya memberikan “signal”kenderaan saya.

Biasanya saya akan memberikan “signal”pada kadar yang agar jauh dari selekoh yang bakal saya masuki kerana saya khuatir kenderaan dibelakang saya tidak nampak.

Jadi, saya sering berdepan dengan isu penunggang motosikal yang cuba nak “memotong” atau overtake” melalui sebelah kiri saya, sedangkan saya sudah memberikan isyarat hendak ke kiri dan kadang-kadang saya sudahpun sampai ke selekoh tersebut, namun, apabila saya melihat cermin sisi kiri kereta saya atau cermin belakang kereta saya, saya dapati kelajuan motosikal tersebut agak laju dan jika saya membelok juga, maka kemungkinan akan berlaku pelanggaran.

Jadi, berpandukan sedikit ilmu pemanduan defensif, maka saya akan teruskan perjalanan walaupun sudah melepasi selekoh tersebut dan membiarkan motosikal tersebut “memotong”kenderaan saya.

Seterusnya, saya akan cuba mencari jalan semula untuk menuju ke selekoh tersebut.

Ini hanyalah 1-2 contoh pembelajaran defensif yang boleh saya nyatakan. Terdapat banyak lagi contoh-contoh lain.

Apa saya saya cuba terangkan disini ialah dalam kebanyakan masa, pemandu perlu memikirkan aspek keselamatan dan bukan soal äku betul dan dia salah.”

Apabila sudah berlaku kemalangan, tidak timbul isu “aku betul atau dia salah”lagi kerana kedua-dua akan menjadi mangsa keadaan.

Sebab itulah TIC Advanced & Performance Driving Academy menggunakan mantra atau tema “Safety First, Last and Always”. Ini tertera dengan jelasnya ada baju T akademi tersebut seperti gambar baju di atas sekali.

(http://www.youtube.com/watch?v=-ccyB35q9_s) - Ini merupakan satu “link”kepada teknik pemanduan Ädvanced”dan bukan “Defensive yang penulis jalankan kepada artis popular iaitu Alif Satar.

Siri Pembelajaran Pemanduan Defensif – Siri 3

Gambar di atas merupakan salah satu contoh ketika penulis memberikan “briefing” kepada ahli-ahli AROCKV (Alfa Romeo Owners Club Klang Valley). Sekumpulan pemandu AROCKV telah datang ke Ipoh bagi satu sesi penerangan dan juga praktikal teknik pemanduan defensif.

InsyaALLAH kita akan bertemu lagi pada Siri 4. Sementara pembaca yang beragama Islam masih merayakan hari raya dan sentiasa bergerak dari satu lokasi ke lokasi yang lain, berhati-hatilah ketika memandu dan ingat bahawa menulis “Text Messages”atau “Whatsapp”atau apa sahaja bentuk aktiviti adalah amat merbahaya.

Fokus kan kepada pemanduan anda. Selalu ingat bahawa “Safety First, Last and Always”. Saya pun nak bergerak untuk berhari raya.

Azad Jasmi
TIC (TAJ International College)
Advanced & Performance Driving Academy
saya boleh dihubungi di azad@taj.edu.my

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Siri Pembelajaran Pemanduan Defensif – Siri 3

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. baru tahu pasal tentang pemanduan defensif...biasa dengar pemanduan berhemah

    Entri terbaru saya dalam Blog Hero Borneo

    ReplyDelete
  2. Baru sy blaja dlm driving ada pelbagai teknik dan iatilah driving

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !