Thursday, 31 July 2014

Pendapatan bisnes online meningkat di bulan ramadan

Posted by   on

Pendapatan bisnes online meningkat di bulan ramadan

Menarik bila membaca laporan dari Bernama tentang rezki di bulan ramadan yang berlaku pada para peniaga bisnes online. Anda boleh membacanya di sini.

Bernama melaporkan bahawa pendapatan bisnes online meningkat di bulan ramadan. Bukan saja pendapatan para peniaga offline terutamanya para peniagan di bazar ramadan bertambah, malah orang yang buat bisnes online juga mendapat habuan lumayan hasil dari rezki di bulan ramadan.

Tambah pendapatan dulu dan sekarang

Fenomena ini tidak dapat dirasai oleh para peniaga dahulu yang hanya mengharapkan bisnes secara konvensional sahaja untuk tambah pendapatan.

Dahulu, jika tak dapat tempat atau tapak berniaga, maka hilanglah peluang untuk menambah pendapatan di bulan ramadan. Kalau mahu juga terpaksa menjaja dari rumah ke rumah atau anjurkan pasti tupperware.

Tapi sekarang, semua orang dah boleh berniaga. Tak perlukan tapak di bazar ramadan. Tak perlukan tapak di pusat beli belah atau pasaraya. Apa yang diperlukan hanyalah sedikit kemahiran menggunakan media sosial untuk aktiviti pemasaran.

Peluang tambah pendapatan secara online

Ramai saya kenal yang rajin berusaha tambah pendapatan daripada bisnes online. Kebanyakannya adalah daripada kaum wanita.

Mereka menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan secara online menjual barangan kegemaran kaum wanita. Barangan seperti alat solek, bahan kecantikan, pakaian wanita dan pakaian kanak-kanak adalah antara barangan kegemaran untuk tambah pendapatan secara online.

Bagi yang rajin sedikit, mereka akan ikuti kursus pemasaran dengan menggunakan media sosial bagi memantapkan perniagaan mereka. Bagi yang ada masa boleh baca sendiri perkongsian dari mereka yang dah berjaya di laman sosial.

Itulah untungnya mereka yang ada minda keusahawanan, dunia internet memudahkan semua orang yang ada impian untuk tambah pendapatan. Tak ada lagi alasan kaum wanita tak boleh aktif berniaga macam kaum lelaki.

Kaum wanita boleh berniaga hanya dari rumah dan tak perlu tergedik-gedik keluar sana keluar sini atau merambu atas jalan cari pelanggan. Internet nampaknya bagus dari segi itu. Mengurangkan kebergantungan terhadap aktiviti fizikal ke sana-sini untuk para usahawan. Semuanya boleh dijalankan hanya dari rumah.

Isteri boleh tambah pendapatan bantu suami

Rasanya para isteri yang selama ini menjadi suri rumah sepenuh masa sebab ramai anak perlu ambil kesempatan ini.

Belajarlah berniaga dan ambil peluang tambah pendapatan dengan buat bisnes online. Minta tolong suami bantu sedikit seanyak untuk uruskan penghantaran jika perniagaan ada permintaan.

Jika ada permintaan tinggi, boleh minta pos laju datang buat kutipan barang terus dari rumah. Perkhidmatan ini boleh disediakan oleh Pos Laju jika anda ada perniagaan yang memerlukan penghantaran fizikal.

Jika para isteri aktif buat bisnes online, bolehlah bantu para suami untuk tambah pendapatan isi rumah. Legalah sedikit para suami kerana isterinya bukan hanya pandai berbelanja, malah pandai juga tambah pendapatan.

Tips tambah pendapatan bisnes online

Saya ada sedikit tips untuk anda terutamanya para suri rumah yang menjalankan perniagaan secara online untuk tambah pendapatan. Ini adalah tips tentang pemasaran.

Cara terbaik untuk lakukan aktiviti pemasaran adalah dengan memberikan tumpuan pada satu produk atau kategori produk untuk satu masa. Bukannya tak boleh buat macam-macam, tapi buatlah aktiviti pemasaran satu persatu dan bukannya cuba buat semuanya sekali gus.

Ini lebih mudah dan lebih mesra bisnes online dan tidak sama dengan bisnes secara offline. Jangan samakan bisnes offline dengan bisnes online. Bisnes offline buat display semua barang yang ada dalam kedai tak sama dengan aktiviti kita sebarkan maklumat produk di media sosial.

Jangan sesakkan maklumat pada pembaca di media sosial dengan terlalu banyak barang secara serentak. Jangan juga berikan terlalu banyak pilihan kerana banyak pilihan dalam online sama macam tak ada apa-apa yang menarik.

Kalau anda rajin, jangan lupa naikkan blog untuk membuat aktiviti perkongsian maklumat terhadap apa yang anda perniagaankan. Kemahiran blogging dengan penggunaan keyword yang betul boleh menjemput bakal pembeli mendapatkan produk yang anda tawarkan.

3 comments:
Write comments
  1. Salam Tuan Shubhi. Sy amat bersetuju dgn pendapat tuan dlm artikel ni kerana memang jualan online sy meningkat sepanjang ramadhan terutama akhir ramadhan walaupun sy kurangkan aktiviti pemasaran. Kawan2 lain yg bisnes online juga terkejut sbb banyak dapat tempahan. Raya ke-3 sudah mula dapat order dari customer2. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rezki ramadan lah tu, alhamdulillah. Moga bertambah lagi hendaknya.

      Delete
    2. Ameen. Terima kasih Tuan Shubhi

      Delete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter