Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, August 2, 2014

Stesen keretapi Bukit Mertajam dah pindah !

  Mohd Shubhi       Saturday, August 2, 2014
Siapa yang pernah bersekolah samada di Sekolah Rendah Stowell ataupun di Sekolah Tinggi Bukit Mertajam (BM High School), tentu masih ingat pengalaman melintas stesen keretapi Bukit Mertajam ini.

Biasanya pelajar yang tinggal jauh dari sekolah macam saya, terpaksa pergi sekolah dengan menaiki bas. Pada zaman saya sekolah rendah dulu, stesen bas di Bukit Mertajam terletak agak jauh daripada sekolah stowell.

Tak ada bas pula yang boleh diambil untuk pergi ke sekolah daripada stesen bas bukit mertajam. Jadi biasanya saya akan naik bas dari kampung, pergi ke Bukit Mertajam, berhenti di stesen bas awam tersebut dan mula berjalan kaki menuju ke sekolah.

Stesen bas awam bukit mertajam ketika itu letaknya bersebelahan dengan Pejabat Pos Bukit Mertajam. Sekarang ini, pejabat pos masih kekal ada di tempatnya, manakala stesen bas awam sudah lenyap tak ada lagi di situ.

Naik jejambat stesen keretapi Bukit Mertajam

Maka berjalan kakilah kami beramai-ramai. Perjalanan melintasi pusat bandar Bukit Mertajam dengan deretan kedai dua tingkat, pasar basah, BM supermarket, panggung wayang Cheok Sah dan akhirnya sampai ke Stesen Keretapi Bukit Mertajam.

Tidak ada cara lain untuk seberangi jalan atau rail keretapi selain daripada melalui stesen keretapi bukit mertajam. Di stesen itu ada tersedia jejambat yang membawa anda melintas landasan keretapi untuk ke seberang dan seterusnya naik ke atas kawasan berbukit, lintas jalan dan sampai ke sekolah tinggi Bukit Mertajam.

Begitulah perjalanan kami hari-hari dari isnin sampai jumaat, selama bertahun-tahun. Suasana stesen keretapi di situ masih terlekat jelas dalam kepala akibat dah terlalu biasa di situ. Di situ juga jadi pusat ambil angin jika keletihan. Kami akan duduk sebentar atas kerusi yang disediakan dalam stesen tersebut.

Perjalanan balik dari sekolah juga akan melalui jalan yang sama. Kena lintas stesen keretapi bukit mertajam terlebih dahulu dan kemudiannya berjalan kaki jauh ke stesen bas awam Bukit Mertajam.

Pekena laksa campur stesen kereta bukit mertajam

Kalau balik lewat sedikit, kereta tolak empat tayar yang menjual laksa campur sedap lagi lazat depan stesen keretapi Bukit Mertajam akan sedia berniaga. Kalau tak makan kat situ memang tak sah. Sedapnya bukan kepalang dan sampai sekarang masih teringat.

Ketika saya menceritakan kisah ini, ketika sedang tulis ini, air liur bergenang dalam mulut, terliurkan laksa stesen keretapi bukit mertajam. Letak tauhu pedas, letak sotong kering pedas, letak cucur udang, ada telur rebus meneneh.... perggggh! lazat mak oooi!

Saya ada rakamkan gambar kereta tolak yang menjual laksa depan stesen keretapi Bukit Mertajam di bawah. Saya tak pasti samada kedai itu masih menjalankan operasi mereka atau sudah berhenti. Tapi dah bertahun-tahun saya tak makan di situ.

Kalau ada yang duduk di kawasan tersebut dan ada maklumat tolonglah beritahu samada dia masih berniaga atau sudah berhenti. Kalau masih ada, insyaallah akan ke sana segera bila balik nanti.


Stesen kereta Bukit Mertajam dah pindah

Seperti tajuk yang saya tuliskan di atas, artikel ini nak beritahu bahawa stesen keretapi yang gambarnya saya rakamkan di atas kini telah usang dan tidak berpenghuni lagi.

Stesen keretapi Bukit Mertajam sudah berpindah ke tempat baru jauh dari tempat asalnya. Kalau nak pergi naik keretapi di Bukit Mertajam perlu melalui jalan ke Permatang Rawa menuju ke Bandar Perda. Anda akan melalui kawasan stesen kereta Bukit Mertajam baru di situ.

Syesen keretapi Bukit Mertajam sekarang hanya tinggal kesan dan nostalgia lama. Terpahat indah dalam kepala dan sudah pasti tak akan saya lupakan selama-lamanya.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Stesen keretapi Bukit Mertajam dah pindah !

Previous
« Prev Post

19 comments:

  1. Aku dulu sekolah di SMSPP-sekolah sains-tiap kali outing,kami akan mai stesen ketapi untuk pekena cucoq udang..5 kupang sepiring..memang lazat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu salah satu menu kegemaran. Masa tu ada gerai makan di sebelah stesen tu...tak dak lagi dah semua tu..Tahun berapa tu Hj Shah?

      Delete
    2. Selain bm supermarket..ada satu lagi supermarket lama di BM...ingat tak nama dia

      Delete
    3. Betoi, ada satu lagi yg terletak antara Panggung Cheok Sah dengan BM Supermarket. Selalu singgah juga tengok kad raya kat situ .. tak ingat pulak nama dia !

      Delete
  2. habis sekolah naik tingkat satu rumah kedai depan gate KTM main billiard hang tak cerita? lepas tu kalu line clear pi ushar ayam-ayam cari makan disebelah tu tak cerita nampak !!? Kah..Kah..Kah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada ka student buat kerja macam tu.., mohon maaf saya tak buat kerja ushar jalang kat Lak Kok tu, tahu tapi ada persepsi kotor pada tempat tu dan biasanya hanya yang langgan tu pengotor juga.

      Kedai Billiard tu bila dah habis sekolah baru belajar naik. Main video game saja tapi tak main billiard sebab tak pandai...

      Terima kasih ingatkan memori tu...

      Delete
  3. tempat Chop Mat Rebiah dok lepak dulu...

    ReplyDelete
  4. Chop mat rebiah the legend haha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha... memang legend. Kalau kenal tu sah orang seberang perai tengah..!

      Delete
  5. kenangan ni stesen ketapi, dr soksek ke stesen keretapi

    ReplyDelete
  6. Hahahaha....terbaik la blog hg nih. Hr tu hg up kedai roti tawag. Ni stesen keretapi bm pulak. Laksa tepi tu memang terbaik la. Setiap kali balik aku mesti p usar depa bkk la tutup. Kalau sapa ada info blh la share dlm nih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada kedai laksa taste sama macam kat stesen ni. Lokasi dia kat Kpg Pelet.. Laksa Pak Chin

      Delete
  7. Ingat cam na dari Seberang Jaya naik bas turun kat BM, jalan kaki rentas landasan, panjat BMHS. Ketaq lutut sebab tinggi. Balik laju sebab menurun. Supermarket Bm pon dah terbakaq. Kalau pi stesen keretapi, selalu beli komik Spiderman, Batman, Superman.... murah dan penuh berwarna.Perpustakaan awam pun atas bukit. Jenuh panjat. Kenangan remaja.

    magua_putra@2000- HSBM Tahun 1991-92

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya! baru teringat bab beli komik kat stesen Keretapi BM tu...hehe, memang situ macam-macam jenis komik ada dijual. Tapi tengok sajala sebab masa tu duit poket hanya 10 atau 20 sen saja...

      Delete
  8. Soksek tu Sek Tun Syed Sheh Shahabudin...hehe..aku batch 90..laksa campoq tu bapak member batch aku kat Soksek..yg Kg Pelet tu tak silap dia punya la..

    MDUSJ

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !