Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, May 19, 2016

9 cara halau cicak yang suka berak merata di rumah anda

  Mohd Shubhi       Thursday, May 19, 2016


Ada dua perkara yang ramai orang tak suka pada cicak ini. Pertamanya adalah bunyinya yang sekali sekala agak mengejutkan. Anak-anak kecil terutamanya akan terpegun kaku setiap kali mendengar bunyi cicak yang agak lantang di malam sunyi.

Satu lagi perkara yang paling dibenci oleh orang ramai terhadap cicik ini adalah masalah berak. Cicak suka berak merata tempat di mana saja dia suka. Malah kadang kala dia boleh lepaskan taiknya yang busuk semacam tu atas kepala anda.

Jika anda tinggalkan rumah yang ada cicak kosong seminggu atau dua minggu, kepulangan anda nanti ke rumah bakal menyaksikan pesta taik cicak di merata tempat. Atas meja makan, atas kabinet, kat dapur dan sebagainya.

"Hapuskan pepijat 100% berkesan dengan Haba! Hubungi Puan Siti di nombor 012-2067357 - Easelife Services Sdn Bhd Syarikat Pest Control berlesen"

Ringkasnya cicak memang jenis binatang atau makhluk yang ramai manusia tak suka. Dalam industri pest control, masalah cicak sering menjadi antara pertanyaan pelanggan yang mahu hapuskan cicak dari premis mereka.

9 cara halau cicak dari rumah

Jika anda merupakan salah seorang yang sedang menghadapi masalah cicak yang terlalu banyak di rumah, boleh cuba amalkan 9 cara yang dikongsikan di bawah untuk halau cicak dari bermaharajalela di rumah anda.

1. Perangkap cicak

Anda boleh tangkap cicak yang banyak kat rumah dengan menggunakan perangkap cicak. Boleh beli samada di pasaraya atau di mana-mana hardware berkonsepkan DIY. Biasanya perangkap cicak diperbuat dari kertas tebal yang diletakkan gam di permukaannya.

Ada bahan yang boleh menarik minat cicak datang ke perangkap dan kemudiannya cicak akan melekat. Bila kena cicak, anda boleh buang saja perangkap sekali dengan cicak yang ada melekat kat sinu.

Cara ini mengambil masa beberapa hari dan banyak perangkap yang diperlukan untuk mencapai tahap zero cicak di rumah anda.

2. Penghalau cicak

Ada bahan yang diberikan nama sebagai lizard repellent di pasaran. Kalau pergi cari kat pasaraya, anda mungkin dapat jenis gel atau cecair pekat yang perlu disapukan pada tempat yang anda tak mahu cicak datang.

Ada juga jenis spray dan jenis elektronik. Pilihlah mana satu yang anda rasa nak cuba. Bawa balik dan buat percubaan di rumah.

3. Perangkap buatan sendiri

Anda juga boleh buat perangkap sendiri untuk tangkap cicak. Cara paling mudah adalah dengan pergi hardware, dapatkan gam tikus atau yang kurang kuat dari itu. Ambil sekeping kertas tebal dan sapukan gam di permukaan kertas tersebut.

Selepas itu letakkan di tempat di mana cicak ada banyak. Letakkan sikit makanan atau bahan putih seperti serangga kecil di tengah kertas bergam itu. Anda akan dapat lihat banyak cicak terperangkap pada gam keesokkan harinya.

4. Jadikan rumah tidak mesra cicak

Cicak tak suka rumah yang bersih tak ada sampah dan tak ada langsung bahan makanan. Oleh itu bersihkan rumah anda senantiasa. Jangan biarkan rumah bersepah dan tidak tersusun. Buang semua sampah dari rumah terutamanya di bahagian singki.

5. Jauhkan makanan cicak

Salah satu sebab cicak duduk menumpang dan bernak pinak kat rumah anda adalah disebabkan ada punca makanan yang banyak untuk mereka di situ. Oleh itu, jika anda berjaya hapuskan segala punca makanan cicak, mereka akan berhijrah pergi ke tempat lain yang ada makanan.

Makanan yang cicak amat suka ada serangga terbang seperti nyamuk, rama-rama kecil atau ungas terbang kecil yang lain. Pasangkan jaring supaya semua serangga kecil ini tidak ada dalam rumah anda. Tiada makanan, cicak akan belah.

6. Hapuskan ruang tinggal cicak

Buat pemeriksaan di segenap sudut rumah anda. Mana saja terdapat rekahan atau celahan, anda perlu tutup samada dengan Silikon atau Urethane. Jangan kasi runag langsung untuk cicak jadikan pot tempat melepak mereka.

7. Gunakan bawang putih

Anda boleh gantung bawang putih di bahagian-bahagian yang biasanya banyak cicak di rumah anda. Gantung bawang putih kat tingkap dan pintu serta berdekatan dinding yang ada cicak. Cicak tak suka bau bawang putih.

Atau boleh juga anda buat bancuhan bawang putih yang dicampur dengan air. Masukan dalam penyembur dan mula semburkan campuran air bawang putih tersebut ke dinding, tingkap siling dan lain-lain. Rumah anda akan semerbak berbau bawang putih.

Jangan anda sendiri yang pengsan bau bawang putih dan keluar dari rumah sebab tak tahan bau bawang putih sudahlah !

8. Gunakan bulu merak dan kulit telur

Anda boleh juga cuba gantungkan atau lekatkan bulu burung merak pada dinding dan tempat-tempat lainya. kalau tak ada bulu burng merak, boleh juga gunakan kulit telur. Lekatkan atau gantung di tempat yang ada cicak.

Cicak tak suka kulit atau bulu burung besar sebegitu sebab jenis burung sebegitu akan patuk dan makan cicak.

9. Gunakan air ais sejuk

Jika anda nampak cicak di rumah, cuba semburkan air ais yang sejuk gedik supaya terkena pada cicak itu. Sebaik saja cicak terkena air yang amat sejuk, suhu badan cicak akan turun jadi sejuk dan mereka akan kejang tak boleh bergerak.

Bila jadi macam tu, ambil saja cicak yang tengah jem tersebut masukkan ke dalam beg plastik ikat kuat-kuat dan lepaskan ke dalam sungai supaya cicak itu belayar pergi jauh dari rumah anda. Kalau tak mahu cicak belayar, anda boleh terus bunuh saja cicak itu, selesai cerita.

Selamat mencuba !
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 9 cara halau cicak yang suka berak merata di rumah anda

Previous
« Prev Post

16 comments:

  1. Saya dah cuba beberapa petua di atas. Antara yg terbsik ..guna perangkap bergam .. sy guna brand COSWAY. Pertama kali guna berbelas ekor cicak terperangkap ..berbagai saiz dan jenis. Yg mcm to'kei .. tu pun ada. Penuh sesak kertas gam tu ..nk tanggal oun geli. Sekali dh melekat ..mmg x kan terlps. Ketap jg sy guna .. tp tangkapan makin kurang bkn sbb cicak dah kurang tp cicak dah cerdik. Dia dtg hampir je .. jeling2 tgk perangkap tu .. yg mana krg cerdik or lalai jer ..yg terperangkap. Sekarang ..sy dah stop guna perangkap bergam sbb semua cicak dah cerdik. Guna telur dan penyembur langsung x berkesan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih shaty14 atas perkongsian maklumat percubaan yang telah dilakukan. Saya juga dah cuba dan ternyata teknik pakai perangkap bergam adalah yang paling baik dan berkesan.

      Delete
  2. Kulit telur berkesan tp kena bersihkn & keringkn btul kulit telur. Kmudian tumbuk smpai jd serbuk & tabur d tmpat cicak slalu lalu lepak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih mariff sudi berikan panduan pencerahan.

      Delete
  3. Gantung botol berisi minyak tanah. Pastikan mulut botol terbuka supaya bau minyak tanah boleh keluar .... gantung berhampiran siling di kawasan kawasan sudut ruang... Insyallah cicak akan di hindarkan dari siling anda... Teknik ini ada diguna pakai di mesjid-mesjid.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih sudi berikan satu lagi petua untuk dicuba.. !

      Delete
  4. Masalah saya cicak dirumah saya macam pet (kucing). Berjalan kehulu kehilir atas lantai. Kadang2 terpijak ekor mereka masa bertembung. Dah guna spray serai tapi x jadi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyaknya jumlah cicak kat rumah tu! sampai dah merayap atas lantai !

      Delete
  5. trima kasih sbb bg petua halau cicak.. mmg sakit hati btol, mngu lps dia berak atas bahu sy, ni yg makin benci kt cicak ni.. tikus pon sama..nnt nk try petua ni harap menjadi..

    ReplyDelete

  6. Saja cari sebab I memang guna perangkap cicak yang ada gam tu.. huhu 2 ekor melekat.. seminggu juga tak angkat lah tapi macam sadist tengok depa ye la tak leh bergerak jadi keding atas tu.. uuuugh kesian gak la tapi nak bunuh lagi le seram hahha.. tutup masu plastik buang terus... ughhbg stress

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perangkap gam tu memang berkesan ! terima kasih sudi berkongsi pengalaman !

      Delete
  7. Assalam..nak comments juga..
    Sy guna air tembakau..rrendam tembakau..ambil airnya masukkan dlm botol spray.spray kaw yg selalu ada cicak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik cara ni.. boleh cuba nanti. Terima kasih sudi berkongsi kat sini !

      Delete
  8. saya selalu perangkap cicak guna salotep plaster yg lebar( yg jernih balut kotak).saya rentangkan dgn terbalik plaster tu tarik tegang2 di area dia slalu keluar.esok dapat banyak hasilnya.tambah pula bila umpan serangga.saya suka potong kepala cicak sbb benci sngt.bila tengok kepala yg putus tu sama mcm bentuk serban benggali je..bila dh sembelih saya menyanyi lagu ,"kepala cicaaaaak...topi benggaliiii"...(menyanyi nada sama lagu ..satu ringgit,dua ringgit...(m.daud kilau)

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !