Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, May 20, 2016

5 perkara perlu elak dibuat pada kenderaan automatik

  Mohd Shubhi       Friday, May 20, 2016

Ramai orang yang bawa kenderaan automatik sekarang ini. Mungkin jumlah kereta automatik sekarang, jauh melebihi jumlah kereta manual kat atas jalan raya.

Dulu saya juga suka bawa kereta manual berbanding kereta automatik. Tapi semenjak datang menetap dan tinggal kat Lembah Kelang, dengan keadaan jalan raya yang cukup mudah jem, penggunaan kereta manual boleh membuatkan kaki kejang dan lenguh.

Sekarang lebih selesa bawa kereta jenis automatik sahaja. Tak payah nak tekan clutch dengan kaki dan goyang-goyang pemegang kepala gear untuk tukar kelajuan dengan tangan, sekejap naik sekejap turun.

Bila dah bawa kereta jenis auto, perlu tahu serba sedikit apa yang boleh dan tak boleh dilakukan terhadap kenderaan jenis automatik ini.

Saya yakin yang sebenarnya, ramai orang, walaupun dia pakai kenderaan automatik, tapi tak tahu tentang 5 perkara yang perlu dielakkan pada kenderaan jenis ini.

Berikut adalah 5 perkara yang anda perlu elak, jangan buat pada kenderaan jenis automatik.

1. Letak kedudukan gear P jika kereta masih bergerak

Jangan buat macam ni !. pastikan kenderaan anda benar-benar telah berhenti sebelum meletakkan gear auto anda pada posisi P atau Parking.

Ada satu pin yang akan kunci gear anda supaya tidak bergerak ketika anda letakkan pada posisi parking ini.

Jika kereta masih begerak dan anda terus masukkan gear P, dikhuatiri pin itu akan rosak.

2. Jangan undur ketika sedang ke depan

Jika kereta anda sedang bergerak ke depan dan tiba-tiba rasa nak kena undurkan kereta, jangan terus tarik gear pada posisi R. Tak boleh buat secara terus tiba-tiba macam tu.

Pastikan terlebih dahulu kereta anda berhenti dengan menekan brek. Kemudian barulah masukkan gear oada posisi R untuk undur ke belakang kereta anda.

Lagi satu, jangan gunakan gear untuk hentikan kereta, itu akan merosakkan gear automatik kereta itu dengan lebih cepat dan mudah. Gunakan brek untuk berhenti sebab itulah kegunaan brek!

3. Jangan aktifkan gear di lampu isyarat

Ramai yang tak amalkan perkara ni.

Jika anda sedang menunggu lampu isyarat untuk bertukar ke hijau dalam kereta automatik, anda perlu masukkan gear N atau Neutral, itu adalah lebih baik untuk ketahanan sistem gear automatik kenderaan anda itu.

Kalau tunggu lama sangat kat depan trafik light tu, anda boleh masukkan gear P, tak ada masalah. Kenderaan sekarang bijak. Banyak kenderaan yang akan jimatkan penggunaan tenaga jika diletakkan ke N atau P

4. Jangan rem kemudian masuk gear

Mungkin ada yang pernah terfikir nak buat begini !

Atau anda dah pernah cuba buat macam tu?

Tekan minyak, rem kuat-kuat ketika gear dalam posisi N, kemudian terus masukkan gear D. lihat apa akan jadi.

Kenderaan anda akan bergerak pantas ke depan dengan hebat, anda boleh jimatkan masa beberapa saat ke depan dengan berbuat begitu, tetapi anda akan bazirkan duit untuk repair gearbox automatik anda nanti yang akan cepat haus.

5. Jangan turun bukit dan letak gear N

Terfikir juga nak buat macam tu kan?

Masa kereta sedang laju turun bukit yang curam, apa salahnya masukkan saja gear N, jadi boleh jimatkan tenaga dan minyak ?

Tak payah nak buat macam tu semata nak jimatkan tenaga sebab kenderaan anda dah cukup bijak untuk jimatkan penggunaan tenaganya tanpa perlu letakkan pada N.

Dengan berbuat begitu anda akan hilang sedikit penguasaan pada kenderaan anda, dan ini boleh mendatangkan bahaya.

Moga panduan ini memberikan sedikit manfaat pada anda.

Maklumat asal.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 5 perkara perlu elak dibuat pada kenderaan automatik

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !