Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, August 16, 2014

Restoran ramzan Pulau Pinang

  Mat Bihi       Saturday, August 16, 2014
Restoran Ramzan ini terletak di Lebuh Ah Quee, Pulau Pinang. Saya tak pernah makan kat restoran ini sebelum ini dan kawan-kawan kat Pulau Pinang yang perkenalkannya pada saya masa balik dan solat jumaat di Masjid Melayu Lebuh Echeh, Pulau Pinang.

Masjid Melayu Lebuh Acheh merupakan sebuah masjid yang didirikan pada tahun 1808 di atas sebidang tanah yang diwakafkan oleh seorang saudagar berketurunan Arab dari Acheh bernama Syed Sheriff Tengku Syed Hussain Al-Aidid. Beliau datang ke Pulau Pinang pada tahun 1792.

Selepas selesai solat jumaat di Masjid tersebut, kami berjalan kaki pergi ke Restoran Ramzan yang terletak tidak berapa jauh dari Masjid Lebuh Acheh itu. Restoran Ramzan itu dah lama bertapak kat situ sejak sebelum merdeka lagi.

Saya perhatikan restoran Ramzan ini agak bersih keadaan kedai, dapur serta tandasnya. Biasanya bila makan kat Pula Pinang, saya akan pergi masuk ke dalam tandas terlebih dahulu untuk melihat tahap kesedaran pengendali restoran tentang kebersihan. Ternyata tandasnya selesa, bersih dan terurus. Jadi boleh makan kat Restoran Ramzan ini.

Keadaan dapurnya juga bersih dan tidak bersalut dengan berbagai lemak macam kebanyakan restoran lain yang dikendalikan oleh mamak Penang.

Tuan punya Restoran Ramzan juga kelihatan bersih. Dia sentiasa berpakaian mamak dan berkopiah putih serta berkain pelikat. Ketika kami makan di situ dia juga sedang tenang menyuapkan nasi makan tengahari. Orangnya tenang dan daripada temubual, saya dapati dia merupakan keturunan orang baik-baik yang banyak menyumbangkan harta wakaf pada masyarakat muslim di Pulau Pinang.


Gambar di atas adalah kurma daging kambing yang kami ambil untuk dimakan dengan nasi beriani. Mulanya kami ambil seketul saja untuk dikongsikan bersama 3 orang. Tapi bila laju sangat habis, kami ambil seketul lagi. Memang lazat rasanya.

Daging kambingnya lembut. Tak ada bau kambing menunjukkan daging itu dibasuh dengan baik. Biasanya daging kambing yang dibasuh dengan tepung gamdum akan hilang bau ala kambing yang biasa kita rasa bila mengunyah daging kambing.

Penceduk nasi dan lauk di atas sporting membiarkan saya merakamkan gambarnya untuk tatapan pembaca peminat nasi kandar bersih di Pulau Pinang.

Lihat peralatan dapaur di restoran Ramzan itu, bersih dan tidak hiam berdaki macam kebanyakan restoran mamak lain di Plau Pinang. Anda yang pentingkan kebersihan bolehlah pergi cuba makan di kedai mamak itu. Tentu selesa makan tanpa was-was.
Gambar di atas adalah lauk pauk yang kami ambil. Sederhana saja pilihan kami walaupun makan untuk 3 orang. Kami biasa ambil 2 atau 3 lauk sedikit-sedikit untuk dikogsikan. Jadi boleh rasa macam-macam jenis lauk.

Kalau nak ikutkan nafsu memang nak belasah semua yang ada. Tapi tak baik bersifat pelahap sebegitu. Biar bersederhana dalam makan apa saja, baru terasa nikmat kelazatannya. Syukur dapat makan begitu. Teringat juga bagaimana umat Islam lain di negara yang sedang menghadapi kacau bilau. Kadang-kadang rasa bersalah bila rasa terlalu selesa sedangkan orang lain melarat kesukaran hidup mereka.
Ini pula adalah gambar penguli roti canai di Restoran Ramzan. Mulanya saya tak tahu yang tengah makan didepan itu adalah taukeh restoran Ramzan. Selepas makan dan berbual baru tahu itulah taukehnya. Selesai makan dia pergi duduk kat kaunter untuk mengambil bayaran. Sempat juga berbual dengan beliau bertanyakan khabar.

Walaupun kedai dah lama seperti kelihatan pada gambar di atas, namun kebersihan ta semestinya perlu ada kedai baru. Benda lama bersifat rustik sebegitu jika berkeadaan bersih lebih nyaman dan menarik berbanding kedai baru.

logoblog

Thanks for reading Restoran ramzan Pulau Pinang

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Jika sedang mencari Box Makanan yang cocok untuk usaha Anda, pake aja Greenpack. Gratis biaya cetak. Kemasan akan dicetak dengan desain Anda tanpa dikenakan biaya tambahan lagi.

    ReplyDelete