Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, October 17, 2014

Resepi bingka ubi guna Santan King

  Mohd Shubhi       Friday, October 17, 2014
Ini artikel promosi penggunaan Santan King. Santan King merupakan produk santan istimewa lazat berkhasiat keluaran bumiputera yang boleh didapati di seluruh rangkaian pasaraya Giant dan juga Giant Coldstorage seluruh Malaysia.

Anda boleh gunakan Santan King untuk membuat Bingka Ubi ini. Dapatkan di mana-mana pasaraya Giant dan Coldstorage berdekatan tempat anda tinggal. Santan King tersedia dalam bentuk santan cecair pekat sedia untuk digunakan.

Kalau kat kampung saya bingka ubi dipanggil dengan nama Bengkang Ubi. Bengkang ubi ni memang salah satu kuih kegemaran saya masa kecik-kecik dulu.
Resepi bingka ubi guna Santan King

Orang kampung masa tak ada kemampuan untuk beli oven satu masa dulu buat bengkang dengan menggunakan cara tradisi periuk kayu. Untuk kasi masak dengan sekata, mereka terpaksa panaskan bengkang ibu dari atas dan juga dari bawah. (sumber gambar)

Pemanasan dari atas dibuat dengan membakar sabut yang disusun atas penutup bengkang. Bara dari sabut itu dikipas sampai asap keluar berkepul-kepul memenuhi ruang rumah.

Rasa macam nak pengsan bila terpaksa menahan bau asap berkepul dalam rumah waktu itu dan biasanya semua orang akan lari keluar rumah sebab tak tahan duduk dalam asap.

Tapi itu semua kisah dulu-dulu. Sekarang tak ada lagi orang yang masak gunakan cara tradisi macam mak saya masak bingka ubi menggunakan dapur kayu dan sabut kelapa. Barangkali orang muda-muda sekarang tak pernah merasai bagaimana siksanya nak makan bingka ubi macam saya dulu.

Resepi Bingka Ubi dengan Santan King

Bahan-Bahan yang diperlukan untuk membuat bingka Ubi

  • 4 cawan ubi kayu yang telah diparut- toskan atas penapis santan selama 30 min utk buang airnya
  • 1 cawan ‪ Santan King
  • 2 biji telur
  • 1 cawan gula pasir - guna 3/4 cawan saja pun ok jugak
  • 4 sudu makan minyak jagung untuk dicampur dalam adunan
  • secubit garam 
  • sedikit pewarna kuning
  • 2 sudu makan minyak jagung untuk dileserkan pada loyang

Cara membuat bingka ubi dengan Santan King

  1. Panaskan oven 150 darjah Celcius selama 10 minit
  2. Campurkan semua bahan hingga sebati
  3. Tuangkan ke dalam loyang yang telah dileserkan dengan minyak jagung tadi
  4. Bakar adunan ini selama 1 jam atau hingga masak pada suhu 150 darjah Celcius
  5. Sejukan terlebih dahulu dan baru dipotong


Begitulah resepi yang boleh anda ikut untuk menyediakan makanan Bingka Ubi dengan menggunakan Santan King lazar berkhasiat. Tak perlu risau tentang penggunaan Santan kerana ianya bukanlah satu masalah untuk kesihatan anda. Asalkan tidak berlebihan dalam makan dan berhenti makan sebelum kenyang, anda akan ok saja... insyaallah!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Resepi bingka ubi guna Santan King

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !