Saturday, 25 April 2015

Apa tanda awal masalah jantung ?

Posted by   on

Hampir kesemua keluarga sebelah ayah meninggal dunia dengan masalah serangan jantung. Memang itu semua sebab saja untuk nak jadikan kematian. Mutlaknya adalah dalam kuasa Allah.

Tapi belajar dari sejarah yang lalu dan berusaha untuk menjauhi bahaya merupakan satu saranan yang perlu dilakukan oleh semua orang yang masih bernyawa. Apa nak jadi selepas ini, esok lusa tiada siapa yang tahu. Daripada menunggu begitu saja lebih baik buat sesuatu.

Disebabkan sejarah keluarga ada masalah jantung, maka otak sentiasa membuatkan saya rasa macam nak rebah setiap kali ada rasa sakit mencucuk di sebelah kiri bahagian dada. Sakit sikit saja mula terbayangkan akan berlaku sesak nafas dan kematian akan muncul tak lama lagi.


Tapi kalau ada bersama dengan kawan-kawan, kekuatan dan keyakinan kembali pulih. Sekurang-kurangnya kalau benar-benar nak mati, ada kawan sebelah yang boleh ajar mengucap dua kalimah syahadah. Itu yang buat rasa lega sedikit.

Semenjak dua menjak ini, rasa pedih sakit menyucuk semakin menjadi. Tak sakit sangat sebenarnya, tak sampai lah rasa macam tak boleh tahan. Tapi fobia pada serangan jantung membuatkan tubuh badan jadi lemah.

Oleh itu, marilah kita buat ulangkaji semula perkara-perkara yang kita perlu tahu pasal masalah jantung. Lebih penting lagi adalah mengetahui apa tanda awal masalah jantung. Saya petik tulisan ini dari sini.

Tanda awal masalah jantung

Sakit yang berkenaan jantung merupakan pembunuh nombor satu negara. Maknanya kemungkinan untuk menghadapi masalah jantung amatlah tinggi. Elok kita kenal beberapa tanda-tanda yang mungkin memberikan indikasi bahawa kita ada masalah jantung.

  1. Lidah atau gusi menjadi bengkak atau sakit - berkemungkinan jantung kita ada masalah seperti lemak berlebihan, Injap jantung lemah atau saluran koronari tersumbat. 
  2. Terasa kebas tangan kiri dan juga lengan - Jika sakitnya berpanjangan pada lengan tangan kiri ada kemungkinan anda akan diserang sakit jantung dalam masa terdekat. (Bagi perempuan sakit terasa pada kedua-dua belah tangan)
  3. Lidah terasa tegang dan pendek.
  4. Rasa seronok teruja atau rasa bimbang tiba-tiba tanpa sebab.
  5. Rasa sakit pada dada (Ulu hati sedikit ke sebelah kiri) - biasanya terasa seperti dada sedang dihempap oleh benda berat.
  6. Daripada sakit dada rasa sakit mula merebak pada tangan, lengan, tengkok, belakang, abdomen dan rahang 
  7. Rasa tidak selesa pada dada seperti dipam angin penuh, atau rasa pedih.
  8. Batuk tiba-tiba dan berpanjangan atau terasa ada kahak dan sentiasa mahu berdehem.
  9. Rasa kepala berpusing tidak seimbang.
  10. Rasa keletihan sepanjang masa.
  11. Rasa meloya dan tidak ada selera makan.
  12. Degupan jantung tidak menentu.
  13. Nafas terasa pendek.
  14. Berpeluh dengan tiba-tiba walaupun sedang duduk rehat atas kerusi.
  15. Membengkak pada bahagian seperti sendi-sendi di kaki atau abdomen.
  16. Saat-saat paling hampir pada serangan jantung biasanya membawa kepada keletihan atau tidak bermaya yang teruk.

Kepantasan anda mendapatkan rawatan mampu menyelamatkan nyawa anda. Begitu juga saya, kalau ada rasa semua atau sebahagian daripada senarai di atas kenalah berhati-hati dan jangan duduk seorang diri. Pastikan ada kawan yang boleh ajar anda mengucap kalau-kalau tak sempat pergi ke Hospital.

Walau bagaimanapun, tak pernah lagi rasa semput nafas, dan rasa macam dihempap dengan benda berat atas dada. Cuma ada sakit sikit bahagian otot kat dada sikit ke kiri.

Bila bahagian itu diurut perlahan-lahan secara konsisten, akan terus sendawa berkali-kali keluar angin. Bila jadi begitu, fikiran akan memujuk perasaan bahawa itu hanyalah masalah angin. Makan tak ikut jadual atau lewat makan, sebab itu jadi macamtu.

Itulah masalah besar sebenarnya. Gejala gastrik rasa sebijik macam gejala nak kena serangan jantung. Orang yang ada masalah angin yang banyak dalam badan, senang panik bila rasa pedih ulu hati.

Kalau asyik buat andaian itu masalah angin sahaja bahaya juga. Ada kawan yang meninggal tahun lepas mengalami serangan jantung pada pukul 3 pagi. Dia memang kuat berlahak atau sendawa buang angin. Bila sakit rasa meloya bahagian dada, dia akan kata alah! itu angin. Dan akhirnya berita datang dia telah selamat dikebumikan. Oleh itu berhati-hatilah!

7 comments:
Write comments
  1. Sakit jantung ni mcm mcm jenisnya, tp org biasa biasa bila sebut sakit jantung ni, biasanya dikaitkan dgn sakit jantung koronari, iaitu saluran darah yg bekalkan darah ke otot dinding jantung tersumbat sepenuhnya atau separa. Kalau sepenuhnya doktor doktor sebut "infarct" iaitu dinding jantung yg berkenaan mati terus, kalau baikpun, akan meninggalkan parut pd dinding jantung. Kalau sumbat separa, doktor doktor sebut "ischaemia".
    Punca sumbat yg utamanya ada dua, satu, yg doktor doktor sebut artroma kat saluran darah jantung, keduanya, bila dah ada arthroma ni mudah pulak darah terbeku kat situ, tu yg jadi samada sumbat sepenuhnya atau sumbat separa tu.
    Kalau kena infarct, sumbat sepenuhnya, aku rasalah umurnya tu 50-50 dlm masa 48 jam, ingat ingat ajelah, bnykkan taubat, istighfar, terutamanya jika yg tersumbat tu bnyk (doktor sebut massive), atau yg sebelah kiri (saluran darah koronari kiri), atau ada pulak berserta dgn tanda tanda kegagalan jantung, samada tekanan darah menurun, berpeluh peluh sejuk, atau sesak nafas yg agak serius, kalau ada mcm tu bnyk bnykkan ngucap, jgn lepas dr lidah dan hati.
    Punca jadi artroma ni, yg utamanya kolesterol, lebih lebih lg kalau ada pulak darah tinggi atau kencing manis, kalau ada dua dua lagilah. Kolesterol ni takda tanda, tau tau artroma tu dah jadi aje, so kalau umur dah lebih 30 tu gi lah check, jgn tunggu sakit, kalau dah sakit tu dah non reversible, dan kalau mmg tinggi makanlah ubat, jgn tinggal, kena makan seumur hidup, jgn pulak lepas makan ubat bila kolesterol dah turun berenti makan pulak, kena makan selagi ada umur, ikut ajelah nasihat doktor yg merawat. Kencing manis darah tinggi pun kena makan ubat seumur hidup. Selain tu maintain jugak diet yg sihat dan senaman senaman ringan. Ni semua ikhtiar kita utk kekal sihat dan pnjg umur setakat yg kita mampu ikhtiarkan. Kan ke bila pnjg umur, sihat tubuh bdn lbh bnyk amalan, lbh bnyk taubat dpt kita lakukan dan lbh bnyk manfaat boleh kita sumbangkan.
    Penting sgt sgt, jgn tunggu sakit, kalau belum pernah check, gi lah check kolesterol dan tekanan darah. Dua ni biasanya silent, kencing manis biasanya ada tanda tanda, biasanya org akan gi check bila ada tanda tanda.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tambah sikit, salur darah tersumbat ni kalau jadik kat jantung org panggl serangan jantung, kalau jadik kat otak org panggil stroke, dua dua pun bahaya, biasanya takda tanda awal. jadik tiba tiba aje, so sebelum jadik, mudah mudahan tak, elok check. Kalau takde masalah Alhamdulillah, tp elok jugak check at least setahun ke dua tahun sekali. Kalau ada masalah, ikut la nasihat dr.

      Delete
    2. Terima kasih Dr Anon. Maklumat yg berharga dikongsikan di sini, amat bermanfaat. Insyaallah akan pergi check bila ada kesempatan. Sebenarnya dah pi check 4 kali dah setiap kali jadi begitu dan doktor kata semua ok.

      Last year pergi hospital check doktor kata ok juga tapi dia bagi surat refer ke pakar untuk dapakkan kepastian lagi kalu nak tau punca sakit pedih ulu hati. Dia siruh jumpa pakar jantung dan juga pakar gastrik... sampai sekarang tak pi lagi.

      Apapun terima kasih sekali lagi atas maklumat dan nasihat. Jazakaullahuqaira kasiran...!

      Delete
  2. Sakit dada, selain disbbkan jantung, selalu jugak disbbkan gastrk atau cramp otot dada.
    Gastrik biasanya sakit bila perut kosong atau penuh sgt, bila ditekan kat bhgn atas perut tu terasa sakit dan senak hingga ke bhgn tgh dan belakang dada.
    Cramp otot dada pulak biasanya sakit bila penat, letih, cuaca sejuk atau stress, terutamanya jika kandungan kalsium dlm darah rendah. Biasanya akan lebih sakit jika dada ditekan atau berlaku pergerakkan pd otot dada berkenaan.
    Kalau rasa sakit tu kat bhgn tgh dada bawak ke kiri, ke lengan kiri dan ke leher dan rahang kiri, rasa berat pedih, tekan tekan perut rasa sakit sama aje, tekan tekan dada dan gerak gerakkan bahu dan dada pun rasa sakitnya sama aje, mk kemungkinan besar sakit tu dr jantung, kena cepat dptkan rawatan. Kalau resting ECG normal, to clear the mind elok buat stress ECG (yg kena berlari atas treadmill tu). Tp kalau kolesterol normal, takde darah tinggi, takde kencing manis, BMI ok, rajin pulak buat senaman, risiko sakit jantung ni minimal, takyah risau kot.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa lega pula dengar panduan tu. Resting ECG normal dah buat. Dah buat juga Stress test, normal. Kolestrol setakat sebelum 6 bulan lalu normal. Takda darah tinggi, takda kencing manis, BMI ngam, senaman hampir setiap pagi sejam, puasa dah berbelas tahun isnin khamis... gaya hidup nampak macam sihat. Mungkin makan tak tentu kalu menjadi punca masalah kot. Harap-harap ok kot. Tq Dr Anon atas pencerahan yang baik kat atas.

      Delete
    2. Saya pun ada masalah sama ecg test normal. Check darah kolestrol pun semua alhmdulillah. Saya rasa sesak dada ni bermula akhir feb tahun ni.. Bbrapa mgu kblakgn ni tgn kiri kebas2. Tegang.. Lidah pula mcm xselesa. Xsakit tp mcm tebal pula.. Tgl nk buat stress ecg je bulan 1 ni.. Risau juga.. Mmg hilang sesak dada tu klu sendawa.. Ya Allah jauhknlh dr penyakit2 bhy ni..

      Delete
  3. Assalam.. Memang bermanfaat.. Sy juga mempunyai tanda2 diatas dan ecg normal. Sy cuba buat stress nanti.. Sebelum ni dr bagitau kemungkinan GERD.. Sy xtahu berkaitan penyakit tersebut.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter