Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, April 9, 2015

Jalan kaki masuk Kampung Padang Enggang, Wakaf Che Yeh

  Mohd Shubhi       Thursday, April 9, 2015
Sekali lagi berada di negeri Kelantan. Kali ini juga, menginap di Hotel Holiday Villa Wakaf Che Yeh. Hotel itu jadi pilihan sebab waktu malamnya hidup. Jadi ada kesempatan pada waktu malam untuk cuci mata meronda di kawasan gerai jualan beraneka barangan di depan Hotel itu.

Selain dari Hotel Holiday Villa, ada banyak lagi hotel lain yang berpatutan harga sewaannya. Semua berada di sekitar kawasan pusat jualan di Wakaf Che Yeh. Kebanyakannya adalah hotel kecil yang menawarkan harga sewaan antara RM50 ke RM120 satu malam.

Mungkin orang perempuan lebih gemar datang ke pusat membeli belah di Wakaf Che Yeh ini. Kebanyakan daripada barangan yang dijual memang khas untuk kaum wanita. Barang untuk orang lelaki tak berapa banyak sangat. Kalau ada lelaki yang masuk ke kawasan itu untuk beli barang, tentu disebabkan mendapat pesan daripada isteri atau mana-mana wanita yang dikenalinya.

Masuk Kampung Padang Enggang

Masuk meronda di sekitar pasar jualan Wakaf Che Yeh itu dah biasa di lakukan setiap kali tinggal di Hotel Holiday Villa. Tak pernah pula masuk ke sekitar kampung yang ada di belakang Hotel Holiday Villa itu.

Oleh itu, kesempatan kali ini, saya terus masuk melalui jalan tar yang ada di sebelah kiri Hotel tak jauh daripada bangunan McDonald. Mulanya nak bersenam jalan kaki di waktu pagi di sekitar jalanraya utama sekitar Wakaf Che Yeh. Tapi bila mula berjalan, rasa lemas dengan jumlah kenderaan yang terlalu banyak dan laju di atas jalan.

Waktu awal pagi sebegitu, orang ramai sibuk nak pergi ke tempat kerja. Sebab itu jalan amat sibuk dan ramai yang bawa laju macam nak terberak. Kalau nak cari damai berjalan kaki di waktu pagi dalam keadaan sebegitu, tentu tidak berkesan.

Bila saya masuk ke dalam lorong jalan bertar yang membawa masuk ke Masjid Padang Enggang, barulah rasa lega. Masih ada kenderaan terutamanya motosikal yang melalui jalan itu untuk keluar ke jalan utama, tapi hanya sekali sekala sahaja.

Kampung Padang Enggang di waktu pagi

Tak sangka pula ada sebuah kampung besar betul-betul di belakang Hotel Holiday Villa yang tinggi itu. Dan suasana kampung itu amat segar di waktu pagi. Cukup mendamaikan sekali bersenam dalam keadaan sebegitu bagi orang kampung macam saya. Teringat waktu merayau pagi-pagi keliling kampung ketika zaman kanak-kanak dulu.

Gambar yang saya paparkan kat atas tu merupakan salah satu gambar yang dirakamkan dengan menggunakan telefon pintar yang saya ada. Kita boleh lihat kabus tebal masih berada di situ. Kabus yang terperangkap di celah tumbuhan yang segar di basahi embun pagi amat cantik sekali untuk ditatap.

Walaupun segala tumbuhan yang ada itu hanyalah sekadar pokok-pokok menerung yang liar tidak terurus, tapi dari segi terapi penglihatan pemandangan suasana pagi, masih ada manfaatnya. Kalau ada kamera DSLR tentu lebih menarik rakaman gambar tersebut.

Sepanjang berjalan kaki di dalam kampung itu saya lihat ada banyak juga bangunan rumah mewah tersergam indah dalam kampung. Dari segi pembinaan dan apa yang ada di sekeliling pagar rumah tersebut, ia mempamerkan lambang kekayaan yang hebat. Apa agaknya sumber pendapatan mereka.. itu pertanyaan saya dalam hati.

Pemandangan kotor di jalan utama Wakaf Che Yeh

Kedamaian yang tercetus ketika melilau dalam kampung padang Enggang itu terus hilang sebaik saja keluar ke jalan utama semula di depan sekolah. Suasana sibuk kelam kabut muncul semula dan saya berjalan kaki sepanjang jalan utama untuk pulang kembali ke Hotel.

Dari situ mata mula liar melihat pambangunan yang tak tersusun di sepanjang jalan utama di kiri dan kanan Jalan Kuala Kerai tersebut. Sampah merata-rata walaupun ada tng sampah disediakan oleh Majlis Perbandaran.

Bangunan yang dibina tentu merupakan usaha persendirian orang ramai yang mungkin memiliki tanah di sebelah jalan tersebut. Sebab itu kesemua bangunan yang ada tidak seragam dan pesediaan infra juga tidak menentu.

Perparitan amat menyediahkan sekali. Kelihatan sampah sarap penuh minyak dalam longkang. Longkang dipenuhi selut hitam busuk kotor dan tebal. Melihat keadaan tebal kekotoran itu sudah tentu menunjukan ianya sudah terlalu lama tidak diselenggara.

Ada banyak gambar yang dirakamkan sepanjang berjalan kaki menunjukkan kegagalan pengurusan pembangunan di sepanjang Jalan Utama Kuala Kerai di Qakaf Che Yeh, Kota Bharu Kelantan. Terfikir pula kenapa tidak ada usaha menyelenggara perparitan dan lain-lain lagi sedangkan ianya adalah kawasan Kota Bharu.

Dalam hati masih jelas terbayangkan sekeping poster yang saya lihat tertampal di Kota Bharu semalam dengan ayat... Kota Bharu, Bandaraya Islam... mungkin Wakaf Che Yeh bukan sebahagian daripada Kota Bharu.. orang Kelantan tolong jangan marah ok !, cuma nayatakan saja pendapatan anda kalau ada kat ruang komen.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jalan kaki masuk Kampung Padang Enggang, Wakaf Che Yeh

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Setuju dgn nda dan terima kasih .. MPKB gagal dlm menjaga prasarana rakyat kb... Xda duit mungkin tp susun le strategik cari duit utk jaga kebersiahn... Semua kat MPKB tu dok makan gaji buto barangkalinya....

    ReplyDelete
  2. pekerja mpkb tak mantop... malas nak cuci makan gaji kotoq

    ReplyDelete
  3. http://imarah.blogspot.com/2017/11/asal-nama-kampung-wakaf-che-yeh.html

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !