Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, June 26, 2015

Bagaimana tahu yang anda dah dekat nak mati

  Mohd Shubhi       Friday, June 26, 2015
Bagaimana tahu yang anda dah dekat nak mati
Bolehkah kita mendapat petanda bahawa ajal kita dah hampir dekat dan kita dah dekat nak mati? (sumber photo - stockpic)

Itu satu persoalan yang amat menarik untuk kita renungkan. Kalau tahu bahawa ajal kita dah semakin menghampiri, maka seeloknya kita perlu buat sesuatu untuk sediakan diri.

Dan rasanya persediaan terbaik adalah dengan bertaubat dan menyesali bersungguh-sungguh segala kesilapan yang berlalu samada sengaja atau tidak sengaja.

Jika ada kesalahan keterlanjuran pada orang lain, eloklah kita pergi bertemu degan mereka dan segera memohon maaf akan segala kesilapan. Kalau kaum sejenis, molek jika peluk dia dengan ikhlas.

Jika ada kesalahan orang terhadap diri kita, yang kita masih tak puas hati dan berdendam, segera maafkan kesemua kesalahan orang lain itu. Hilangkan dendam dan akui bahawa semua orang buat silap macam kita juga. Buatlah apa saja untuk hilangkan rasa dendam tersebut.

Kisah imam yang tahu dah dekat nak mati

Berdasarkan pengalaman daripada anak kepada seorang imam yang saya kenal, memang ada bukti bahawa ada orang yang tahu yang dia dah dekat nak mati.

Berdasarkan cerita kawan saya itu, sebelum ayahnya menghembuskan nafas terakhirnya, dia macam tahu saja dah dekat nak mati.

Ketika itu ayahnya terbaring di hospital masih sedar seperti tak ada apa-apa. Ketika itu giliran kakak kawan saya menemani ayah mereka. Pada pagi itu, kakak kawans aya itu nak keluar dari bilik untuk ke tandas.

Bila bangun nak keluar, ayah kawan saya tanya nak ke mana?, dijawab nak ketandas.., lalu ayahnya kata kalau boleh tunggu dulu jangan keluar kerana masanya untuk pergi dah tiba. Lalu kakak kawan saya itu tunggu dan rapatkan dirinya pada ayahnya sambil berbisik kalimah syahadah. Dan sekejap saja ayahnya menghembuskan nafas terakhir. Macam tak percaya..!

Malah bila disemak rentetan dari awal, rupanya ayahnya sudah meninggalkan segala kelengkapan wang dan peralatan serta kafan sejak awal lagi pada ibu mereka. Habis sudah dibuat pesanan dan amanat lebih awal lagi.

Ketika memandikan mayat ayah mereka, didapati tidak ada najis yang tinggal pada mayat kerana ayah mereka dah mula enggan makan sebelum itu. Mungkin bersedia untuk tidak mengosongkan perutnya.

Petanda dah dekat nak mati

Berikut saya kongsikan petua yang diberikan orang bagaimana anda boleh tahu bahawa anda dah dekat nak mati. Bagus juga perhatikan kalau-kalau dah ada semua petanda itu pada diri anda.

Dan jika semua petanda ada, dan kemudiannya ternyata memang anda telah menemui ajal selepas itu, cuba fikirkan cara bagaimana nak sampaikan pada yang masih hidup ini. Salah satu caranya adalah dengan mencatatkan kejadian tanda pada diri anda samada pada akaun Facebook anda atau dalam diari..

Jom kita kenali petanda dah dekat nak mati..

" TANDA-TANDA KEMATIAN "

ALLAH Subhanahu Wata'ala telah memberi tanda kematian seorang muslim sejak 100 hari, 40 hari, 7 hari, 3 hari dan 1 hari menjelang kematian..

Tanda 100 hari menjelang ajal

Selepas waktu Ashar (Di waktu Ashar karena pergantian dari terang ke gelap), kita merasa dari ujung rambut sampai kaki menggigil, getaran yang sangat kuat, lain dari biasanya, Bagi yang menyadarinya akan terasa indah di hati, namun yang tidak menyadari, tidak ada pengaruh apa-apa..

Tanda 40 hari menjelang kematian

Selepas Ashar, jantung berdenyut - denyut.. Daun yang bertuliskan nama kita di lauh mahfudz akan gugur.. Malaikat maut akan mengambil daun kita dan mulai mengikuti perjalanan kita sepanjang hari.. 

Tanda 7 hari menjlang ajal

Akan diuji dengan sakit, Orang sakit biasanya tidak selera makan.. Tapi dengan sakit ini tiba-tiba menjadi berselera meminta makanan ini dan itu..

Tanda 3 hari menjelang ajal

Terasa denyutan ditengah dahi, Jika tanda ini dirasa, maka berpuasalah kita, agar perut kita tidak banyak najis dan memudahkan urusan orang yang memandikan kita nanti..

Tanda 1 hari sebelum kematian

Di waktu Ashar, kita merasa 1 denyutan di ubun-ubun, menandakan kita tidak sempet menemui Ashar besok harinya.. Bagi yang khusnul khotimah akan merasa sejuk di bagian pusar, kemudian ke pinggang lalu ketenggorokan, maka dalam kondisi ini hendaklah kita mengucapkan 2 kalimat syahadat..

Walau apapun, samada anda akan mati segera atau lambat lagi, jangan abaikan tugasan kita sebagai khalifah di muka bumi ini.

Kita mestilah berusaha menegakkan keadilan dan mengimarahkan muka bumi dengan menjadi makhluk yang bermanfaat samada sesama manusia mahupun untuk semua makhluk lain.

Berdoalah dan berusahalah agar kita tidak terperangkap dengan ego rasa selamat seperti mana yang digambar dalam Al-Quran terhadap pendeta Yahudi dan Nasrani. Islam itu adalah cara hidup.

Islam mengajar manusia macam mana nak menjalani kehidupan atas muka bumi ini supaya selamat samada di dunia mahupun di akhirat. Samada anda lebai, ustad, bisnesman, ahli politik, guru, ahli sains, buruh kasar, kaya, sederhana, atau apa saja, jawatan atau status bukan penentu kepada tahap ketaqwaan anda !
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana tahu yang anda dah dekat nak mati

Previous
« Prev Post

2 comments:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !