Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, June 19, 2015

Masalah brek Toyota Hilux selesai akhirnya

  Mohd Shubhi       Friday, June 19, 2015
Sebelum ini saya ada kongsikan masalah yang dihadapi dengan kereta Toyota Hilux yang dipakai. Jika anda berminat nak baca antara masalah yang bakal dihadapi dengan membeli dan memakai Toyota Hilux, boleh baca artikel tersebut di sini.

Secara umumnya memang Toyota Hilux tidak memberikan banyak masalah terhadap mereka yang membelinya dari segi keadaan fizikal dan prestasi kenderaan tersebut. Memang berpuas hati sangat setakat ini dengan kenderaan Toyota Hilux ini.

Kos selenggara untuk pastikan kenderaan Toyota Hilux anda sentiasa hebat juga amat rendah berbanding dengan semua kenderaan lain yang sama taraf dengannya. Saya ada kongsikan berkenaan kos selenggara Toyota Hilux selama setahun di artikel kat sini.

Tetapi dari segi keselamatan kenderaan itu sendiri memang ada sedikit masalah kerana ia merupakan antara kenderaan yang paling banyak dicuri oleh perompak kenderaan di negara kita. Nak baca maklumat berkenaan kenderaan paling hangat kena curi boleh pergi kat sini.

Masalah brek pada Toyota Hilux

Dalam artikel lalu saya ada sebutkan bagaimana setiap kali membawa kenderaan Toyota Hilux yang saya beli, kereta itu akan bergetar setiap kali brek ditekan dalam kelajuan kereta melebihi 100 km/j.

Pada mulanya getaran yang dihasilkan setelah tekan brek masih boleh diterima. Getarannya hanya manja dan tidak menimbulkan cuak dalam dada. Lagipun pernah saya tanya pada salah seorang penasihat servis di Pusat Servis Toyota Shah Alam berkenaan perkara itu, dia kata itu biasa saja disebabkan ABS.

Saya terima maklumat itu dan ada logik juga dengan katanya. Memang sebelum ini getaran manja berlaku hanya bila waktu hujan di mana jalan dan kenderaan menjadi basah. Jika tekan brek waktu hujan memag ada sedikit getara manja.

Tetapi semakin lama, getaran itu makin menjadi-jadi. Saya sengaja bawa laju atas lebuh raya sampai mencecah 140 km/sejam dan kemudiannya mula tekan brek. Mak oooi!, bergetar kuat macam nak luruh segala enjin dan steering Toyota Hilux saya. Kata orang utara beringgut kuat nak mampuih!.

Mengadu masalah brek Toyota Hilux

Kebetulan baru-baru ini servis rutin setiap 5 ribu kilometer sudah datang waktunya. Dah terlajak lebih dari 1500 km sebab tak sempat nak hantar servis. Mahu taknya, saya mencapai 5 ribu kilometer dalam tempoh kurang dari sebulan sebab tak berhenti pergi dan balik atas lebuhraya Utara Selatan.

Masa hantar Toyota Hilux ke pusat servis di Shah Alam, servis consultant kali ini adalah Mr James. Dia berpengalaman dan saya adukan sekali lagi masalah brek yang saya rasa terlalu kuat. Kata saya padanya takut kalau-kalau boleh terbalik berguling atas lebuhraya jika dibiarkan begitu.

Dia memberitahu itu masalah biasa pada piring brek yang ada pada Toyota Hilux. Piring tersebut sudah bengkok dan tidak rata untuk mendapat cengkaman yang baik setiap kali kita tekan brek.

Hairan juga saya sebab tak pernah langgar apa-apa lagi dan tidak berlaku apa-apa kemalangan ngeri sebelum ini. Macam mana piring brek boleh bengkok?

Servis brek toyota hilux percuma

Kata James, akibat daripada keadaan cuaca yang panas dan sejuk saban hari, piring brek itu boleh bengkok dan tidak rata seperti asal. Sebab itu Toyota ada berikan jaminan selama 3 tahun atau sejauh 100 ribu kilometer perjalanan untuk semua kenderaan Toyota Hilux yang dibeli.

Wah! baru saya tahu tentang kelebihan yang diberikan oleh Toyota Hilux tersebut. Nasib baik saya laporkan pada mereka dan nasib baik juga saya tak pernah hantar mana-mana kedai luar untuk servis Toyota Hilux. Kalau tidak tentu tak tahu dan terlepas peluang baiki secara percuma sahaja.

Memag selama ini dari hari pertama saya pakai Toyota Hilux itu sampai sekarang, hanya hantar servis ke Pusat Servis Toyota sahaja dan kekal sentiasa di Shah Alam. Itu rupanya kelebihan konsisten pada satu pusat servis yang sama sahaja. Kita boleh bina hubungan dan mereka kenal kita dan layan dengan baik.

Maka selang beberapa hari, saya buat temujanji lain khas untuk servis piring brek toyota hilux itu sahaja. Ia memakan masa lama dalam satu hari sebab nak kena buka dan kasi licin dan rata piring brek tersebut. Saya tak kisah sebab semuanya percuma. Asalkan ia kembali pada keadaan asalnya sudah amat menggembirakan.

Setelah siap, saya mencuba brek ketika membawa kenderaan tersebut dengan laju dan ternyata semua getaran yang merisaukan sudah tak ada. Semuanya kembali seperti asal lancar dan meyakinkan. Jika anda ada masalah yang sama terhadap kenderaan Toyota Hilux anda dan masih kurang dari 3 tahun pemakaiannya atau urang dari 100 ribu perjalanan, jangan tunggu lagi. Pi hantar servis !
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Masalah brek Toyota Hilux selesai akhirnya

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Tuan ,
    Pihak Toyota hanya 'skim' balik ke disc tu?
    Patutnya mereka mengantikan dengan disc yang baru jika mereka tawarkan warranty.
    Skim disc hanya menipiskan disc asal untuk meratakan permukaan yang bengkok tersebut.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !