Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, August 19, 2015

Rahsia tidur mengiring yang anda perlu tahu

  Mohd Shubhi       Wednesday, August 19, 2015
Masa zaman kanak-kanak dulu, saya diperkenalkan kepada pergerakan Tabligh oleh kawan-kawan sekampung yang lebih senior. Kebanyakan daripada rakan-rakan senior itu belajar mengaji dengan Arwah Haji Mahmud, Tok Imam Masjid Kubang Semang yang biasa kami panggil Pak N'dak Mud, atau ada juga yang panggil Pak Long Mud.

Tok Guru mengaji kami itu aktif dengan jemaah Tabligh. Dia sering keluar dakwah 3 hari dan adakalanya lama juga. Bila dia keluar Tabligh, urusan mengajar mengaji kami diambil alih oleh orang lain dari kalangan pelajar atau tok guru Pondok. Biasanya saya amat tak suka akalau ada orang lain yang ajar mengaji. Cara mereka tak sama terlebih lagi para Ustad yang muda, yang biasanya panas baran dan suka hentak pelajar.

Mungkin disebabkan Tok Guru mengaji aktif Tabligh, rakan-rakan senior yang saya rapat juga aktif Tabligh, maka saya turut sama suka pergerakan Tabligh ketika zaman kanak-kanak. Setiap hari Jumaat malam Sabtu, akan ada perhimpunan di markas Tabligh Kubang Ulu. Iaitu di Madrasah Pondok Pengajian Darul 'Ulum. Kalau tak ada cerita Melayu yang menarik, saya akan pergi dengar bayan di perhimpunan mingguan itu.

Zaman itu kat rumah masih tak ada TV, walaupun sekadar TV hitam putih. Jadi kalau nak nonton TV, saya akan pergi ke rumah jiran yang merupakan seorang guru yang punyai sebuah TV hitam putih di rumahnya. Saya hanya akan pergi menonton TV setiap hari jumaat malam sabtu untuk cerita filem melayu. Biasanya cerita p Ramlee atau cerita pendekar melayu menjadi pilihan saya. Selain dari cerita sebegitu, lebih baik saya pergi markas tabligh.

Tidur cara tabligh, cara Rasul

Pendedahan kepada jemaah tabligh membuatkan saya tahu bagaimana tidur cara tabligh. Orang tabligh cuba mengamalkan apa saja amalan atau cara Rasulullah sebaik mungkin. Dan tidur cara Rasulullah itu adalah antara amalan yang mereka sering ingatkan pada para jemaah.

Oleh itu, bila bersama para jemaah Tabligh, ketika tidur saya juga turut sama mengamalkan cara tidur Rasulullah. Biasanya bila keluar 3 hari, jemaah tabligh akan bermalam samada di masjid atau di surau. Bila tidur, badan akan mengiring menghadap kiblat dengan rusuk kiri kanan berada di bawah.

Masa itu antara yang difahamkan pada saya adalah tidur macam tu antara lain dapat memelihara jantung. Saya difahamkan ketika itu bahawa jantung ada di sebelah kanan kiri dada. Jadi jika mengiring ke kiri kanan, kerangka badan tak akan hempap jantung.

Maka sejak dari kecil, tidur mengiring sebelah kiri kanan dah jadi amalan biasa ketika nak tidur terutamanya jika tak ada bantal. Lengan dijadikan bantal dengan cara tidur mengiring sebegitu. Kalau ada bantal, biasanya lebih selesa tidur terlentang.

Kelebihan tidur mengiring

Baru-baru ini, saya terbaca satu kajian yang dijalankan oleh para pengkaji di Stony Brook University, Amerika. Mereka menjalankan kajian untuk melihat apakah perbezaan yang berlaku pada otak dalam keadaan tidur dengan cara yang berbeza.

Tiga keadaan tidur dilihat dan dipantau, iaitu, tidur cara terlentang, tidur cara meniarap dan tidur cara mengiring. Hasil daripada kajian mendapati, tidur dalam keadaan mengiring membuatkan proses pembersihan otak menjadi jauh lebih berkesan berbanding tidur cara terlentang atau meniarap.

Saintis mengetahui bahawa antara fungsi tidur adalah untuk membolehkan berlakunya proses memberisihkan otak bagi membuang apa yang dipanggil 'amyloid beta' dan 'tau proteins'. Itu adalah bahan kumuhan yang perlu dikeluarkan daripada otak supaya ianya tidak berkumpul dan menyebabkan otak menjadi tidak sihat.

Jika anda mahu elakkan kemungkinan adanya masalah seperti Alzheimer atau nyanyuk atau yang seumpama dengannya, pastikan anda usahakan untuk tidur nyenyak. Ada kaitan antara mereka yang nyanyuk dengan masalah tidur yang tidak nyenyak atau susah tidur.

Ada kemungkinan bahawa tidur tidak nyenyak membuatkan proses pembersihan otak terbantut dan akan bertimbun bahan kumuhan yag saya sebutkan di atas, lalu otak jadi tak sihat.

Dan pastikan anda cuba tidur secara mengiring sebanyak mungkin kerana terbukti ianya adalah posisi tidur paling berkesan dalam proses otak membuat pembersihan dari bahan buangan.

Sumber: The Sun, Wednesday, 19th August 2015
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Rahsia tidur mengiring yang anda perlu tahu

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Betul tu. Saya ada dengar juga cara ni. Maaf jika saya tak silap. Menereng kanan tuan. Rusuk kanan berada dibawah. Jantung kita ada sebelah kiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ! baru perasan ! terima kasih betulkan tuan ! akan saya betulkan semula.

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !