Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, October 9, 2015

Dakwah Bil-Hal & Exspedisi Ziarah di Kudat, Daerah Pitas, Sabah

  Mohd Shubhi       Friday, October 9, 2015
Kepada anda yang berminat untuk menabur bakti tanam saham akhirat dengan membantu saudara kita di Sabah, berikut saya war-warkan satu program yang menarik !

Persatuan Infaq Kebajikan Ummah Takaful Pulau Pinang (myIKUT Pulau Pinang) akan mengadakan siri ke-2 Dakwah Bil-Hal & Exspedisi Ziarah.

Program ini akan melakukan kerja-kerja lawatan terhadap keluarga kepada saudara-saudara kita di Kudat, Daerah Pitas yang mana keluarga mereka di sana masih belum menerima Islam.

Program akan bermula dari 30hb. Nov hingga 6hb. Dis 2015.


Dakwah Bil-Hal & Exspedisi Ziarah di Kudat - Siri 1

Siri pertama telahpun berjalan pada tahun 2014 yang lalu. Dalam siri pertama tersebut, seramai orang penduduk telah menerima Islam dan mula menjalani cara hidup Islam.

Ianya kemudian telah disusuli oleh seramai lebih 30 orang penduduk di situ lagi selepas kami berangkat pulang dari Sabah.

Dakwah Bil-Hal & Exspedisi Ziarah di Kudat - Siri 2

Program Dakwah Bil-Hal & Exspedisi Ziarah myIKUT kali ini akan melibatkan University Malaysia Sabah (UMS) serta beberapa NGO dari Pulau Pinang dan juga  dari Sabah.

Tujuan program ini adalah untuk menyokong keperluan saudara baru di sana. Kehidupan mereka yang serba kekurangan menyebabkan ramai yang dahagakan keperihatinan umat Islam yang boleh membantu.

Tiada kemudahan asas

Antara pengalaman myIKUT yang menyedihkan dalam siri pertama Dakwah Bil-Hal & Exspedisi Ziarah tahun 2014 ialah, apabila mengetahui bahawa ada perkampungan di sana dengan penduduk Islam yang tiada surau dan tanah perkuburan.

Malah kebanyakan kampung bergantung kepada hujan untuk sumber keperluan air.

Setelah menziarahi 4 perkampungan pada tahun 2014, myIKUT telah memutuskan untuk menjadikan Kampung Perupok di daerah Pitas, Sabah sebagai Kampung Angkat dan sebagai Pusat Aktiviti Bantuan Kehidupan yang pertama.

Antara bantuan yang telah disalurkan ialah pembesaran surau di kampung perupok dengan perbelanjaan kos lebih kurang RM3000.00.

Kemudahan pengangkutan air juga ditingkatkan dengan bantuan pembelian bot sebanyak RM1000.00.

Kini suara azan sudah mula berkumandang di tengah-tengah hutan. Jumlah orang Islam mula bertambah. Bantuan dan sokongan terus diberikan.

Malah kami dijanjikan dengan kehadiran kali ini dengan beberapa lagi penduduk sekitar yang amat berminat untuk mengetahui dan mengikuti cara hidup Islam.

Kampung Perupok ini dipimpin oleh seorang anak muda Ustaz Jumani.

Ustaz Jumani memeluk Islam beberapa tahun yang lalu sebelum melanjutkan pelajaran ke Pusat Dakwah Islamiah di Kudat, Sabah.

Dengan izin ALLAH ziarah kami pada tahun 2014 telah berjaya membawa kedua ibubapa Ustaz Jumani memeluk Islam.

Ziarah kami pada Jun 2015 yang lalu pula membawa nenek Ustaz Jumani untuk memeluk Islam. Dan kini seluruh saudara mara keluarganya di Kampung Perupok sudah memeluk Islam.

Itulah kekuatan yang terbina menyebabkan Ustaz Jumani terus istiqomah dalam membawa lebih ramai penduduknya mengenal Islam.

Ustaz Jumani juga adalah Tok Ketua Kampung Perupok.

Bantuan dan sumbangan diperlukan

Misi ziarah kali ini lebih mencabar. MyIKUT mensasarkan kutipan dana sebanyak RM30k dalam siri lawatan ke beberapa kampung.

Sebahagian daripada dana ini akan digunakan untuk membantu membina paip air untuk keperluan penduduk sekitar dan juga membina surau di Kampung Perupok.

Kos pembinaan ini dianggarkan sekitar RM5000.

Dengan ini myIKUT ingin memohon jasa baik tuan / puan untuk menghulurkan sokongan / bantuan sekadar mampu.

Kami sarankan RM100 untuk setahun seorang yang bersamaan dengan RM8.33 sebulan. Sumbangan ini mampu meringankan begitu banyak beban yang dipikul saudara seislam kita di Sabah.

Andaikata ada yang mampu beri lebih tersangatlah dialu-alukan. Pihak myIKUT akan terus memantau keperluan mereka disana.

Buat mereka yang ada lebihan, anda boleh menyumbang terus kepada:

Nama akaun: Infaq Kebajikan Umah Takaful (IKUT)
No Akaun : 5571 3923 0356
Bank Akaun : Maybank

Boleh turut serta dalam program

Kepada mereka yang ingin turut serta bersama kami dalam Program ini sangat dialu-alukan. Anda boleh melihat sendiri apa yang kami maksudkan di atas tadi.

Anda boleh berhubung terus dengan saya Nur Azley Stanley - Pengerusi myIKUT Pulau Pinang di talian: 017-5313272 atau melalui data 019-4471105.

Jangan biarkan kelemahan dan kekurangan saudara kita di Sabah mencengkam kesejahteraan hidup mereka di sana.

Kita boleh terus membantu kehidupan mereka di sana dan seterusnya mereka pula dapat menabur bakti membantu kehidupan saudara-mara mereka yang belum Islam.

Islam adalah cara hidup yang benar, lurus dan selamat. Jom kita pamerkannya.

Nur Azley Stanley
Pengerusi myIKUT
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Dakwah Bil-Hal & Exspedisi Ziarah di Kudat, Daerah Pitas, Sabah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !